Salam
Manusia ada hati. Diringkaskan kita memang berhati.
Imbuhan 'ber' membawa maksud ...mempunyai. contoh pak ali sudah beristeri dua. Maksudnya ..pak ali mempunyai dua orang isteri. Alhamdulilah.
2) bila berhati, kita kena mengambil berat perasaan manusia di sekeliling kita. Jika kita berbuat demikian, masyrakat memandang tinggi diri kita.
3) contoh barhati hati.
Jika masak lauk di dapur, banyakkan kuah. Boleh kita hulurkan sedikit sebanyak kuah itu kepada jiran tetangga. Muhibah kita?
Jika ada anak ramai, pastikan kita berlaku adil. Jika si sulung, kita hadiahkan kasut Bata kerana pencapaiannya 5a dlm upsr semalam ..anak yg lain kita berlaku adil juga tahun hadapan jika angah memperolehi 5a atau 4a, 1b. Kenapa?
Jaga hati anak anak kita ini.
tetapi ..dlm masyarakat kita, perkara ini kurang diberatkan pada masa ini.
bila kita pandai mengambil hati kaki tangan kita , bnyk kerja opis dapat dijalankan dgn sempurna.
kalau tidak, payah kita sebagai ketua.
Bos yg pandai menjaga hati anak anak buahnya..walaupun sudah bersara ..org org lain akan sentiasa membantunya. Bukti? Waktu khawin anak bos, ramai kaki tangan nya yg lama lama akan ikut serta dlm proses rewang, masak memasak khusus untuk menjayakan program istemewa mantan bos tersebut.
bila tak pandai jaga hati anak buah, majlis kenduri anaknya tidak mendapat sebarang sambutan. Bukan sahaja jiran tak datang, adik beradiknya pun sibuk terbang ke luar negara.
tengok apa dah jadi?
oleh itu berhati hatilah bila berkawan.
saya menulis ini sekadar memesan benda yg baik. Org tua kata ..yg baik jadikan teladan.
sekian. Saya nak jogging sedikit. Kasi berpeluh. Insya allah sihat, doktor zol pku, uthm berpesan.
wasallam
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tuan, atas faktor usia dan berat badan juga, saya diajar oleh suami (bekas atlit) kalau berjogging/fast walking biarlah di atas permukaan yang 'lembut' seperti padang rumput atau track yang disediakan bagi mengelakkan mendapat kecederaan ankle & knee. Pastikan memakai stokin jenis cotton yang menyerap peluh dan sepatu yang selesa tidak keras. Berbasikal dan berenang adalah lebih selamat kerana less injury. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Menjadi inspirasi melihat tuan rajin bersenam dan menjaga pemakanan pada usia sebegini.