lousy job

Posted by sazali

Salam

Lousy job =  kerja tidak bagus punya.  Posman Malaysia?

Ada berita ini di Star Malaysia 13 Nov 2015.  Bahagian Views.  ms 58.  Cuba baca.
Orang cina mengadu itu.  Sedangkan majoriti posman di Pantai Timur Semenanjung  adalah orang melayu.

Macamana?

2) Beberapa tahun yang lalu, didapati ada 2 - 3 orang posman membuang surat surat mereka ke dalam gaung.  Ini berlaku kerana sikap mereka tersendiri.

3) Izinkan saya menulis ...  kita ada sifat 'malas' sebenarnya.

4)  Malas berlaku kerana kita tidak ada iman kpd tuhan.  Iman payah nak ukur kerana kita umat yang percaya benda yg ghaib.  Syurga tak nampak.  Neraka pun ...kita tak nampak.  Apa tah lagi tuhan - Allah Subhana wa taala.

5) Dulu, selalu jugak organisasi besar besar ..membuat program 'membaiki sikap sambil lewa' dalam kalangan pekerjanya.  Hasilnya bagus jugaklah kerana bila pekerja sedar tanggungjawab ..maka ..produktiviti organisasi pun mula meningkat.

Sekarang tak tahu lah saya .. kerana pihak kerajaan sudah mula menggurangkan budget itu dan ini di seluruh negara 2016.

Saya kurang pasti sama ada ..  program di atas dijalankan lagi atau tidak di sekolah sekolah, politeknik dan universiti.  Kalau ada pun ,, mungkin dijalankan secara dalaman.  Pihak uztaz / uztazahlah ..yg akan digunakan untuk membaca doa pembuka tirai program dan doa untuk menutup tirai program.  Selepas itu beberapa barisan profesor dalaman yg nampak ada sedikit 'gahh' bila dibandingkan dengan pegawai pegawai lain.

Program dalaman - orang tak beberapa nak serious kerana .. mereka tahu perangai masing masing.  Ada itu cakap benda langit langit tetapi ... benda bumi bumi pun tak terbuat.  Oleh yang demikian, ada pegawai datang lewat dengan 1001 alasan seperti kereta tak hiduplah, anak bongsu terpijak paku lah ..dan macam macam lagi.

Jika dijemput Lady Fairplay dari USA/ Russia ..mungkin ramai pegawai yg datang awal ..seawal jam 0730 pagi.  Kita telah dijajah ..beratus tahun yg lalu ..hasil kena jajah ..  otak kita pun senangg jer dijajah.  Begitulah sedikit pengamatan saya.

6) Apa apa pun saya menyokong 1000% program motivasi/ kenal diri / meningkatkan produktiviti ini kerana di Malaysia ini ..  melayu itu islam dan islam itu melayu.

Kalau ada menteri melayu sekejap kena dakwa rasuah dan keesokan harinya ..gambarnya kelihatan sembahyang hajat di belakang mufti wilayah ..  imej melayu islam sudah tak sedap nak ditonjolkan lagi.

Betul tak?

Kita kena naikkkan iman kita masing masing.  Bila iman naik, amalan hidup 24/7 pun akan naik sama.  Improve , improving a lot day by day.

Sekian.
Wallahu aklam bis sawab.  Hari ni jumaat.  Kita kena gi awal ke masjid.  Elok elok nya jam 1100 pagi kita dah mula pergi ke masjid.  Pahala :  telur burung unta Australlia?

0 comments:

Post a Comment