Salam.
Sihat lawannya sakit.
Lulus lawannya gagal.
Hitam lawannya putih. Begitu juga betina lawannya jantan. Semua ini tuhan jadikan untuk kita berfikir mengenai kekuasaannya yg tidak ada tolok bandingnya.
2) Bila sakit, cepat kita ingat pada mati dan kehidupan selepas ini. Apakah persiapan kita ke arah satu tempat yg kekal abadi?
Nak kata kita mengabdikan diri kita secara keseluruhan kehidupan kita masing-masing ..rasa rasanya tidak. Kita sibuk belajar ilmu dunia, khawin, membesarkan anak, berhutang rumah dan kereta dan macam macam lagi jenis aktiviti yg lain. Dalam proses tersebut, ada orang berdengki, melontarkan fitnah, bergaduh, cemburu dan macam macam lagi.
Tak cukup dgn hutang kereta, kita berhutang untuk membeli tanah kebun, rumah kedai, apartment untuk maksud pelaburan dan macam macam lagi 'rancangan proses mengayakan kita, insya allah'.
Kita berhutang, isteri berhutang, anak berhutang PTPTN dan ...
Pendek kata ..masa kita kita tidaklah mengabdikan diri kepada tuhan robbul alameen sepenuhnya.
Kita sudah jauh tersasar bukan?
Disebabkan demikian tuhan menduga kita dengan satu penyakit seperti kanser dan macam macam lagi. Ini untuk menyedarkan kita sejenak. Mesej .. berhenti! Jika berhutang, cepat cepatlah uruskann perkara ini. Jika bergaduh, kita minta berdamai.
3) Rugi sangatlah ..masa sakit pun ..kita tidak menggunakan masa ini untuk memikirkan untung nasib kita di sana kelak.
Jika kita selalu solat di rumah, eloklah kita hadhir bersolat di masjid. Tengok tengok sedikit tanah perkuburan di sebelah masjid tersebut. Yang bagus ..parker kereto kita sebelah dinding tembok besar perkuburan orang orang islam. Hadiahkan Al Fatihah kpd sahabat taulan dan kaum kerabat yg sudah lama berada di alam baqa.
Belajarlah menadahkan telinga sejenak ..dlm majlis majlis agama 30 - 45 minit setiap malam. Insaflah ..kerugian yg telah kita terokai selama ini.
Masa yg lalu tidak akan kembali lagi. Itu perkara yg lepas. Anak anak cucu pun sudah besar dan beranak pinak. Mereka dgn kehidupan masing masing.
Kalau anak kita semua perempuan, maka selepas berkhawin..mereka di bawah kawalan orang lain. Prioriti untuk melayan kerenah dan fiil kita ..bukan menjadi keutamaan lagi. Jika begitulah nasib ini, kesunyianlah sahabat karib kita. Belajar hidup bersendirian atau berdua dgn isteri tersayang. Dia tengok kita menelan ubat itu dan ini dan selepas itu ..kita pula melihat dia menelan ubat-ubatan ber warna warni dengan wajah sayu. Kekuatan kita berkurangan sudah.
Belajarlah mengaji al quran. Belajar berdoa dengan kadar lama tetapi tepat. Minta ampun dgn tuhan kesilapan kita yang lampau-lampau yang mana ada . .. orang menyebut tiada duit , tidak ada apa yg boleh dilakukan. Ya tepat sekali ....syirik itu satu dosa teragung!
Insya allah sakit itu bermanafaat untuk kita sebenarnya.
Sekian. Saya menulis sebagai satu pesanan pada diri saya dahulu dan ingin berkongsi dengan pembaca budiman jauh dan dekat , insya allah.
Sekian.
Wallahu aklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment