orang kito tu

Posted by sazali

Salam.

Kita semua mempunyai ibu. Tanpa ibu, kita tidak wujud di dunia ini.

Ibu melalui banyak kesusahan membesarkan kita. Kasih sayang ibu terhadap anaknya ..tidak ada tolok bandingnya.

Mengapa saya kata begitu?

Mengikut pengamatan saya, mulut ibu selalu menyebut nama anaknya d mana mana dan pada bila bila masa. Dalam meeting pun, bos wanita cuba menyebut nama anaknya agar semua maklum bahawa perhatiannya ke atas anak melebihi segala segalanya. Kadang kadang bos hilang sekejap ..tetapi radar tentera dapat mengesannya dgn cepat. Kalau tidak di sekolah anak yg terkecil ..mesti bos berada di universiti berhampiran dengan anak besarnya.

Entahlah ...sifat wanita.

Bos lelaki lain pula. Kalau dia hilang, payah komputer menjejakinya. Di pasar? Mustahil. Di sekolah? Hishhh..buat apa.  Oleh sebab itu, bos lelaki lebih komited dgn meeting dan segala segala berkaitan dgn urusan organisasi.

Mungkin atas dasar ini , belum ada menteri besar dari kaum wanita.

Permerhatian saya seterusnya, ibu sanggup membimbit beg beg anaknya. Jika lepas waktu sekolah, silap silap semua beg berada di opis nya. Kalau ada beg sekolah, anaknya ada jugalah di opis. Homework? Kalau tidak di biliknya, anak anaknya ..berada di sekitar opis. Dengan cara ini, semua staf tahu ......ohh anak bos ya?

Bila ini berlaku, kualiti  fokus seseorang merosot.

Apa boleh buat bukan?
Bos wanita melayu...katakan.
He..he..he..

3) jika saya melihat bnyk beg di bilik bos, saya suka mengelak dari berbincang apa apa dengannya di kantor. Silap silap haribulan, kita ditegur di hadapan anak anak berhingusnya. Malu jugalah kita jika begitu.

Bayangkan jika setiap hari .perkara di atas berlaku. Sudah tentu ..prestasi organisasi  tidak akan mencapai tahap terbaik

Kasihan rakyat negara ini.

Sebagai penutup cerita, walaupun syurga di bawah tapak kaki ibunya ..seseorang hendaklah bersikap profesional bila diberi amanah mengetuai organisasi tertentu.

Ibu misali kena tahu ..garisan pemisah antara rumah dengan opis.

walaupun cinta pada anak itu tinggi, masa perkhidmatan dgn rakyat mestilah di utamakan sepanjang masa.

kasihan ibu terpaksa melayan 1001 macam kerenah ..tetapi jika memegang tompok pemerintahan ..kita kena tahu .mana satu mesti diutamakan.

Dengan cara itu .,ibu akan selamat sepanjang masa.

o yer..lupa nak cakap..budaya melayu ....ada sumpah seranah.  Kalau tak kena lagu orang bawah akan menyumpah. Kalau tak kena ..sumpah seranoh si anu hari ini ,.. mungkin esok ibu akan kena kesan dan akibatnya. Masin jugak sumpahan orang bawahan ni.
Payah cari tok bomoh bu. Oleh itu ber...
waspadalah ibu.

KAlau kena hidung ibu di saat saat ini maaflah banyak banyak. Aku malas nak google tok bomoh mana mana selepas ini.

sekian.

sekadar berkongsi.
wallahu aklam bis sawab.


0 comments:

Post a Comment