Barang free dik

Posted by sazali

Salam.

Kita gemar ke pasar. Di sana bnyk barang dijual. Ada berbayar dan kadang kadang jika nasib kita baik, ada barang diberikan percuma.

Percuma samalah dengan free dalam Bahasa Inggeris.

2) Barang mahal, selalunya kita jaga dengan baik contoh mutiara dan intan belian dari cape town. Kita jg dengan rapi kerana bnyk wang dikeluarkan untuk brgan tersebut.

Kalau brg free, tak bnyk sgt masa kita fikir dan perlu dijaga. Ada ok, tak ada pun tak apa.
Begitulah nasib brgan free of charge ini.

3) Agama islam free. Kita dapat benda ni free. Kita tak berapa menghiraukan sangat atas dasar benda itu free.

Lainlah dgn kereta mahal dan rumah kita di shah alam. Kita sanggup mati untuk menjaga rumah dan harta kita. Tengok sahajalah org org yg kena ancaman banjir. Ada yg mati dihanyutkan air dlm proses menyelamatkan harta bendanya.

Ada viral dalam media sosial itu. Ada org dihanyut air.

Kesungguhan di atas tidak berapa menonjol dlm beberapa buah rumah melayu jika anak bini meninggalkan solat, puasa dan membaca al quraan.

Kenapa?
Jawapan ialah agama itu diterima dan dianuti secara percuma/ free.  Ustaz, ustazah dan guru guru dianggap murah kerana mereka tinggal berhampiran dgn rumah kita. Oleh yg demikian ceramah dan perkara berkaitan dengan agama (alam akhirat) termasuk program motivasi keibubapaan kurang mendapat sambutan oleh masyarakat kita terutama mereka berumur 40 - 60 tahun.

Sekarangpun mak ayah bangga anak anaknya yg pandai bermain gadget seperti tablet, iphone dan ict. Mereka nampak hebat kerana hadiah hadiah ni dtg dari ibu ayah mereka sendiri. Kalau rusak, bukan duit anak yg digunakan tetapi duit adalah dtgnya dari kocek ayah atau dompet siibunya. Kalau kos baiki rm500 pun, bukan duit anak. Oleh itu cukup pandai mereka menggunakan ict tools ini. Tukang baiki gadget ialah ibu ayah. Kdg kdg handphone boleh hilang. Mengapa? Benda free. Peduli apa dia. Dengan sedikit tangisan dan merajuk beberapa hari tidak mahu makan contohnya , ibu ayah akan mengalah dan lantas menggantikan dengan gadget yg hilang dengan sesuatu yg terlebih canggih.

Kita kurang hormat org org tempatan yg bergelar pakar. Kalau mat salleh atau mek salleh dtg dari Englang, kita cukup teruja dan seronok. Mengapa? Pakar tempatan murah harganya..sedangkan org luar mahal perjalanannya ke sini cukuplah mahal dan standard.

Begitulah alam free dan serba murah ini. Buku buku teknologi tempatan jika bernilai rm50 senaskhah dianggap cukup mahal sedangkan buku buku dari Oxford dan Los Angeles, kita sanggup bayar beribu ribu ringgit pun senaskhah. Walaupun mahal, berebut org kita nak menengok buku imported itu.
Sedekah pun free. Bila kita meminta sedekah secara konsisten ..agama cukup melarang kita terus menerus berbuat begitu kerana tangan memohon derma untuk sesuatu tabung sehingga mencicah 2.6 bilion RM itu dipandang rendah oleh tuhan. Ini maruah punya pasal. Benda free..sekejap tak suka ..sekejap lg kita cukup cukuplah suka. Allahu akbar!

Sekian.

4)  Hadiah dari saya      www.khanacademy.com
www.edx.org

Wasallam.

0 comments:

Post a Comment