Salam.
Topik yang ingin saya tuliskan ialah berkenaan dengan mengapa anda (pelatih) mesti menulis semua aspek kerja semasa di lapangan kerja secara cermat dan berhati-hati.
Ada lima perkara utama mengapa dokumentasi diperlukan.
1) sebagai satu bukti bahawa anda hadhir di tempat kerja
2) dengan adanya buku log (kerja harian) anda diminta menulis setiap hari apa yang telah anda jalankan di tempat kerja anda. Ini akan membentuk disiplin diri dan minda anda sebagai perkara asas di dalam membentuk budaya kerja dan kehidupan sebenar sebagai seorang jurutera/ technician/ dan ini membantu anda melakukan refleksi kendiri (self reflection) pada bila-bila masa. Rakyat-rakyat Jepun setelah melalui pahit maung kesan kepada BOM ATOM di HIROSHIMA 1947 banyak mengajar mereka untuk melakukan perkara dokumentasi sebegini sebelum terbitnya berbagai-bagai modul perkakasan seperti 'bagaimana memasangkan kipas National, Panasonic dan sebagainya' dalam bahasa Jepun.
3) menentukan sama ada anda sedang menjalankan aktiviti-aktiviti harian yang sesuai dengan peringkat pengajian anda di politeknik atau Universiti. Dari sini pihak Universiti akan mengukur sama ada anda akan mendapat faedah dari segala kerja di tempat latihan tersebut demi untuk masa depan anda
4) segala dokumentasi akan menjadi langkah asas untuk kami (penyelia universiti dan penyelia industri) menentukan sama ada anda telah lulus menjalankan latihan amali dengan jayanya. Jika ada kesilapan atau kemalangan di tempat amali, sekurang-kurangnya kami boleh mencari punca di manakah silapnya dan ini akan membantu anda membuat tuntutan dari syarikat insuran. Alangkah bagus usaha pengrekodan/dokumentasi ini?
5) segala rekod akan membantu pihak industri mengembangkan lagi tahap keberkesanan kerja-kerja amali oleh bakal pelatih-pelatih yang ingin mendaftar pada masa-masa yang akan datang. Melalui usaha ini barulah adanya budaya mahu bersama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman (ikatan industri-universiti) antara kedua-dua belah pihak secara profesional.
Jika dokumentasi sudah lengkap dan di ISOkan secara baik, bahan-bahan dokumentasi pelatih-pelatih ini akan menjadi sumber ke arah penerbitan sebuah buku teknikal, praktikal dan amali. Insyallah dengan cara ini banyak buku-buku dapat dipasarkan untuk kegunaan masyarakat setempat. Sekurang-kurangnya beberapa buah buku dari medan tempat pelajar menjalankan kerja amali sudah ada ditempatkan di perpustakaan politeknik dan universiti di negara ini. BUkan sahaja kita telah menjimatkan banyak wang dibelanjakan untuk mengimport buku-buku manual dari negara luar tetapi ini akan mengasahkan bakat penulis-penulis buku-buku prosedur secara baik dan konsisten demi pembangunan ekonomi negara berasaskan ekonomi pengetahuan - Knowledge Economy. Bayangkan buku seumpama ini digunakan di Mekah, Saudi Arabia dalam masa terdekat ini dalam aspek 'Health and Safety Procedures in Computer Troubleshooting Environments in asian countries'. Insyallah. nama Malaysia akan harum di sana dan semuanya ini datang dari proses dokumentasi yang baik oleh anda. Terima kasih.
Sekian. Wallahu aklam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment