Kurban dan pengurbanan

Posted by sazali

Salam.

Allah hu akbar (3x) wali lah hil hamm

takbir raya berkumandang lagi. Sedap bunyinya ..tetapi .. banyak makna raya kurban ini.

Ini bukan setakat raya kita mengurbankan se ekor lembu, kerbau atau unta tetapi .. lagi mendalam makna 'kurban' di sini.

2) Allah cintakan Rasulnya beratus-ratus kali ganda sayang kita kepada anak kita sendiri. bayangkan .. cinta Nabi Nuh a.s . takala dia mengajak anak dan isterinya menaiki bahtera yang dia bina di puncak gunung di negara arab sana. Bila ombak air bah(banjir) sudah terlalu tinggi, bergelora .. nak makan orang termasuk anak dan isterinya ..maka Nabi Nuh a.s. mengajak/merayu anaknya dengan satu istilah Bahasa Arab ..'ya bu naiya ... ' wahai anak ku .. jom naiklah bahtera ayahanda mu ini .. tetapi sayang anaknya tidak menghiraukan rayuan ayahanada sama sekali .. maka di dalam sejarah air banjir terbesar di dunia telah menengelamkan anak dan siteri nabi Nuh a.s. Di sini kita boleh lihat pengurbanan nabi .. apabila ia mentaati suruhan Allah Ya rab bala ameen.

Begitu juga cerita sejarah pengurbanan Nabi Ibrahim a.s dengan nabi Ismail a.s. bagaimana anak nya Nabi Ismail taat dan memaksa ayahandanya Nabi Ibrahim untuk mentaati suruhan Allah walaupun si anak tahu ..cinta mendalam ayahanda nya kepada dia ..anak kesayangannya.

Maka di kala proses penyembelihan Nabi Ibrahim ke atas Nabi Ismail a.s . Allah tukarkan ..nabi Ismail dengan se ekor kibas. Darah yang mengalir dek parang .. bukan darah Nabi Ismail tetapi darah se ekor kibas ..

Intipati ..sejarah ini ialah .. Allah meminta kita semua sanggup berkurban demi agamanya. Kurban masa , duit dan tenaga untuk maksud mengembangkan agama Islam ke seluruh pelusuk dunia. Untuk apa? Balasannya ialah syurga .. di mana mengalir 7 anak sungai di bawah sana yang membawa pelbagai rasa dan warna. Ada air susu, madu, arak, .., dan pelbagai macam rasa dan warna. Sanggupkah kita kurbankan benda yang kita sayang seperti seorang anak demi untuk menegak hukum allah yang maha agung? Fikir-fikrkan lah. Itulah intipati Hari raya Kurban. Allah hu akbar wa lillah hil ham.

0 comments:

Post a Comment