Penat sikit lah pagi ni bila kita berkira-kira

Posted by sazali

Salam.

Alhamdulilah .. dapat lagi kita semua bernyawa di muka bumi Allah ini pada pagi ini. Kita kena mulai kehidupan ini dengan bersembahyang Subuh berjamaah di masjid berdekatan. Syukur. Selepas itu , saya semak hard disk folders dari notebook komputer saya. Hanya semak beberapa karangan matematik untuk diubahsuai untuk tujuan konferens tahun hadapan 2011 dan menulis buku-buku ..insyallah. 50 muka surat sudah dikira sebagai se buah karya buku oleh UNESCO.

2) Selama 1 jam saya ke sana ke mari , gi jumpa Pendaftar dan Bendahari .. tujuan? claim macam-macam kehadhiran n penyertaan konferens mathematik pendidikan di Melaka bawah tajaan UPSI. Penat jugalah .. nak uruskan semua ini.

3) Sekarang sedang menaip blog .. pasal impak matematik dalam kehidupan kita sehari-hari. Matematik mengajar kita berkira-kira tetapi ramai kenalan saya tidak suka cara begini. Dia kata saya 'berkira sangat'. kalau boleh jangan berkiralah tetapi untuk makluman .. jika seorang anak adam berniat nak membuat kurban untuk ibunya esok 17 NOVEMBER 2010 .. malaikat di sebelah kanan dah mula menulis satu kebaikan ke dalam buku amalan kita. Jika kita mandi pagi dan bergerak ke pejabat dengan niat ',.. aku buat semua ini kerana Allah Taala .. " maka segala proses dan titik peluh kita sepanjang hari sudah dikira ibadat. Pahala. semua ini agar kita diiktirafkan sebagai orang yang beriman. Muga-muga Allah ambik kita dengan keredhaannya.

Kita senyum dan memberi salam pun .. Tuhan kira .. satu amalan baik dan mulia. Kita menolong mengajar pelajar cina dan india berkenaan dengan topik induksi dan recurrence pun berulang-ulang kali .. Allah Taala kira sebagai ibadat. Mengapa ..orang kita disekeliling .. tidak suka sangat saya .. orang yang selalu berkira. Apakah maksud ' jangan berkira ini?' dalam budaya hidup orang melayu di Malaysia? Jika kita memandu dari Kuala Lumpur dan menuju ke Kelantan .. kiat akan lihat banyak posters .. projek kerajaan .. dan posters itu ada menulis .. 'ini adalah salah satu lagi jasa kerajaan Barisan Nasional untuk rakyat negeri Kelantan....." Lihat ..BN pun hendak kita rakyat Kelantan .. ingat dan berkira-kira lah sikit sebanyak .. jasa kerajaan pusat walaupun kau pangkah berkali-kali .. untuk Kerajaan parti Pah. Ha..ha.. Ingat jasa BN kat mu .. walaupun puok mu .. pangkah Pah .. BN tetap taja ..anak-anak mu ke luar negara menuntut ilmu yang berbagai-bagai. kau sebut kau dapat .. tetapi ingat ada orang tajamu. ha..ha..

Oleh itu .. kita diajak berkira-kira dari pagi hingga ke malam. Sekarang ,,kita dah hampir ..ke penghujung tahun. Ketua Jabatan saya minta semua staf ..isi e-prestasi. Dia mahu kita semak balik semua kerja kita dari aspek kuantiti dan kualiti. See? berkira jugaklah KJ saya ini. Jika kita seorang bapa (kerja solo sepanjang masa) kita akan mula berkira .. berapa banyak perbelanjaan yang perlu disediakan untuk anak-anak bersekolah pada 1 Januari 2011 nanti. Bagaimana pula zakat pendapatan kita ? bagaimana dengan wang saku ibu kita yang semakin tua.. cukup kah itu semua? Duit dapur, duit sekolah, duit minyak kereta ke sana ke sini, budget tahun 2010 dan budget 2011.. hutang bank/ hutang kereta/ hutang rumah/ ..hutang koperasi KGMK/ hutang ..hutang ..hutang .. Kita banyak berkira sebenarnya tetapi kita buat .. dek jer sepanjang masa. Jika kita mati sekarang ini tanpa menjelaskan hutang hutang tersebut ..adakah amalan kita semua tadi akan diterima oleh tuhan semesta alam - ALLAH azajawala? Yang saya tahu .. jika kita mengumpat kawan kita .. semua amalan kita 40 hari siang dan malam akan dikreditkan ke dalam akauan amalan si orang yang kita umpat-umpatkan tadi. Aghh..alangkah ruginya kita! Kita menggunakan kad kredit beli iyu dan ini .. dalam diam ..komputer bank kad kredit akan proses dan kirakan ..macam-macam ... yang penting depa akan untung .. hasil dari perbelanjaan kita yang tidak terkawal lagi ini. Ingatlah .. belanja berhemah.


Sekian. Wallauaklam.

0 comments:

Post a Comment