Laporan Bukit Unggul Sepang

Posted by sazali

Salam.

Saya menyertai program HROD - Human Resource on Development untuk staf FSKTM, UTHM baru-baru ini. Berikut adalah laporan ringkas mengenainya. Harap membantu.

Semua organisasi ingin yang perkhidmatan terbaik daripada semua pegawainya sepanjang masa bagi mencapai visi dan matlamatnya. Ini direalisasikan melalui Kursus HROD di Nur- Bukit Unggul Sepang pada 12 hingga 14 November 2010 yang lalu.

Terlalu banyak episod manis dan pahit dilalui. Tetapi buat masa ini eloklah saya tulis secara ringkas sahaja semua aktiviti tersebut.

Tujuan utama ialah Kursus ini hendakkan semua staf bekerjasama, tolong menolong, ber toleransi, ikhlas dan jujur dalam menerima segala arahan dari pihak atasan pada sepanjang masa. Memandangkan Fakulti Sains Komputer Teknologi Maklumat UTHM ini baru bertapak di persada dunia maka Dekan FSKTM mahukan segala yang terbaik demi membawa fakulti ini ke mercu kejayaan dalam semua bidang.

Kami melalui aktiviti-aktiviti berikut:
· Brain storming; setiap pasukan membina mercu tanda, dan logo masing-masing
· Pembentukan pasukan-pasukan dengan nama khas pasukan dan ketua masing-masing
· Saiz 8 hingga 9 orang sahaja kerana jumlah penyertaan ialah 37 orang
· Riadah di waktu pagi (senamrobik)
· Paintball
· Latihan Berhalangan (22 tempat berasingan sepanjang 2 kilometer) di Taman Riadah dan di tepi bukit berhutan
· Perlumbaan berakit
· Sky-fox
· Cari harta karun
· Presentation idea

Pasukan yang menjadi juara ialah Kumpulan Nur Cahaya dipimpin oleh En Ahmad Zambri. Ahli pasukan adalah Nazri, Muhaini, Suriati, Azaddin, Atok, Rafidah dan Kak Jam.

Paling menarik ialah semua ketua-ketua pasukan rela membenarkan Dekan menggunakan kunci untuk membuka sebuah kotak peti hitam. Mereka bermuafakat untuk maksud bersama-sama mendapatkan harta karun. Ini membawa satu tanda bahawa walaupun kami bertanding sesama kumpulan, kami masih mahukan Dekan yang membuat sentuhan terakhir.

Gambar-gambar boleh didapati dari website http://FSKTM.uthm.edu.my

Sekian. Wasallam.

0 comments:

Post a Comment