Kita kena tipu kali kedua

Posted by sazali

Salam

Hari ni saya ingin sambungkan tulisan saya semalam. Semalam , tajuk kita kena tipu mencari duit berbukit-bukit banyaknya tetapi kesan dari penat lelah .. itu tak ke mana pun kita. Kalau muda kita memandu teksi Kuala Lumpur .. sekarang pun kita masih memandu kereta yang sama. Kayakah kita kalau begitu .. old way, old results. Old doors, old results. Cara dulu tak membawa kita ke arah kekayaan yang hakiki .. maka dengan cara begitu (bawak teksi orang) .. hasilnya .. tak seberapalah sangat. Betul tak?

2) Hari ni .. tajuk penulisan saya ialah .. kita rasa kita dah banyak ilmu ..tetapi ..amalan kita tak setimpal dengan apa yang kita dah tahu selama ini dan sangatlah tahu. Contohnya, kita tahu 'riba' itu haram tetapi nafsu kita masih mahu lagi cari harta baru dan terus buat riba. Ada orang dah ada rumah 5 buah sepanjang 50 tahun hayatnya tetapi kerana nak melayan nafsu yg tak pernah puas .. nak jugak cari rumah yang ke enam. Apa lagi? Isi borang pinjaman itu dan ini .. korek hutang dan buat bayaran bercampur 'riba' siang dan malam. Kita dah tahu bahawa makan riba (interest bank) itu haram yang teramat sangat tetapi ..kita terus berhutang sampai kita mati dgn wang riba penuh dlm poket seluar kita. Sayangnya, rumah kita 6 buah itu ..tak ada si mati yang ditanam bersama-sama dengan ..rumah nya yang 6 buah itu. Bukankah ini satu usaha yg sia-sia? Sepatutnya kita ditanam bersama-sama dengan semua harta benda yg sudah lama kita menghimpunkan nya. Tak takutkah kita kepada azab Allah? Pasal tsunami ..kita satu dunia mahu pasang alat sensor .. warning kita akan azab tsunami yang bakal mendatang tetapi ..bagaimana pula dgn azab allah ke atas kita yg terus menerus memakan riba? Kesihanilah diri kita ini tuan/puan. Dengar, baca dan tengok tak cerita .. org pompuan melayu terkaya di mana tu .. dibunuh dgn kejam oleh orang-orang upahan India.. di Selangor pada tahun 2010. Penat polis-polis seluruh negara menyelam dasar laut dan sungai ..cari serpihan tulang manusia .. takut-takut modus operandi .. si India lawyer yg bangsat itu .. adalah sama. Bunuh dan bakar. Apa kesudahannya dgn si kaya yg mati itu?

3) Kita dah tahu ..bila dengar azan dikemundang di udara ..ayuh kita bersolat ..menuju sukses menuju kejayaan yg abadi abada. Tetapi ada orang ..yg banyak ilmu .. dapat A1 dalam paper agama islam SPM pun .. tak berganjak-ganjak dari opisnya.. Soalan ialah: adakah panggilan ke arah solat mempunyai keutamaan yg rendah dari kepentingan kerja opisnya? Insyallah jika tuan boleh jawab ..tanda nya tuan ada ilmu yang banyak. tetapi ilmu tanpa 'iman' tak ke mana pun kita.

So ..nampaknya ..kita ditipu dgn ilmu kita yang banyak. Syaitan dijanjikan dgn neraka ..walaupun .. ilmu nya tersangatlah banyak jika dibandingkan dgn kita yg lalai dan terus hanyut ini. Syaitan ada 3 kategori pangkatnya. Pangkat 1 syaitan 'prebet' ialah .. memasukkan racun ke dalam hati manusia .. bahawa kerja opisnya di kala azan diazankan ..lebih besar dari janji Allah Azawajalla.

Syaitan kategori 3 ialah mereka yg akan menipu .. org2 yg alim, lebai dan kuat agama bahawa ilmu tuan sudahpun mencukupi .. tahu tak buat pun tak apa...begitulah jarum halus syaitan pangkat major general ini.

Orang macam kita ni .. syaitan pangkat kedua pun dah cukup. Dihantarnya Akademi Fantasia .. semua kita dari ayah, bonda , kakak, abang long, angah ..semua happy happy menonton penyanyi muda mudi .. bertanding nyanyi dari minggu ke minggu .. dan kita nampaknya menghalalkan cara hidup bergaul baur artis lelaki dan wanita yg bukan mahram. Dari sini, anak anak islam di malaysia, indonesia dan brunei di ajar .. campur-campur lelaki pompuan begini tak apa .. tak nampak mana pahala dan mana dosa. Ada ustaz dan ustazah menonton jugak program lalai dan melalaikan kita ini. Kita hanyut dlm keseronokan lagu-lagu melayu, rap, jiwang-jiwang, rock dan mcm2 lagi. Ini lah tanda manusia sudah mulai rosak keimanan nya. Hasil usaha syaitan kategori kedua sahaja. Org pandai kata ..syaitan ala-professional.
Ayuh tuan hamba.. jom kita ..berubah sikit lah. Jgn tunggu esok ..mungkin esok tak ada lagi untuk kita. Banyak taubat. Jaga anak kita. jaga keimanan mereka agar mereka mampu menghadiahkan al fatihah kpd kita yg tiba-tiba mati dlm 1) accidents 2) keracunan makanan 3) racun rokok 4) HIV, Aids 5) selsema babi dan burung 6) kena kejutan letrik dan lain-lain lg termasuk sakit demam panas yg datang secara mengejut.

Jom. bertaubatlah .. pertama si penulis ini dan tuan-tuan hamba. Banyakkan beramal mendekati Allah yg esa.

wallahu aklam. p/s: baca tulisan BOB vrs Awie?

0 comments:

Post a Comment