Rejab going away , shaaban coming next

Posted by sazali

Salam

I saw Shaaban dah 29th. today. Satu hari pun saya tak puasa sunat. Entahlah.. mungkin tahap iman saya tak sekuat sahabat-sahabat saya yg lain terutama guru guru di SM Kota dulu 1990 - 1992. Mereka ramar yg berpuasa sunat seperti Cikgu Hj Nik Hadi, Cikgu Naba, Cikgu Abd Rahman Yasin, Cikgu Seman, Cikgu Adnan, Cikgu Hjjh Maziah dan Cikgu Aminah (all dah pencen dah ni ..tetapi mereka masih segar dlm ingatan saya) dan .. ramai lagi. Badan saya pun tak kuat juga ..nak puasa .. sunat .. Hanya org yg kuat iman saja boleh puasa sunat itu dan ini sambil bekerja bersungguh-sungguh di jabatan masing-masing dari jam 0800 hingga 500 ptg. Subhanallah!

2) Sebenarnya saya suka .. membaca .. dan melayan tetamu. Itu kelemahan saya sejak dulu lagi. Minggu ni ada seorang Profesor pelawat dari Australia datang ke UTHM, Batu Pahat. Namanya .. Prof Dr Jamal Abawajy. Semalam .saya em-cee-ing his day's presentation in front of my fakulti dan 100 pelajar-pelajar IT tahun 2 dan 3. Itu sebablah ..tak leh puasa sunnat lagi ni. Insyallah esoklah ..saya pasang niat dulu. Insyallah and very very much Insyallah. Lagipun, pahala berpuasa sunat bulan Rejab dan Shaaban .. tak terdaya nak saya tuliskan di sini. Apa tah lagi berpuasa di bulan Ramadhan.

3) Tetapi so far saya perhatikan orang orang kita ..bersungguh-sungguh beramal pada bulan puasa saja. Ini macamlah .. tuhan Allah hanya wujud pada bulan yang mulia ni sajakah sedangkan pada bulan yang lain .. masjid kosong dan sunyi. Banyak kipas dari pengunjung masjid yg mahu bersolat berjamaah. Kalau Masjid Telipot , Kota Bharu, Kelantan tu .. memang ramai orang ..yg berhenti bersolat .. tetapi dari kajian saya / pemerhatian saya .. ramai pelancong yg berhenti di masjid itu. Kadang-kadang ada pencuri mengambil kesempatan mencuri beg tangan wanita , handphones, kad kredit dan macam-macamlah. Kasihan mereka. Makmum .. yg mengimarahkan masjid itu pun .. ramai antaranya .. yang sudah bergelar 'pensioner'/ ayam tua. Sesebuah masjid nampak .. great/hebat .. jika dapat menarik ramai makmum dari kalangan orang-orang muda berumur 20 - 30 tahun. Kalau makmum ramai dari kumpulan muda .. kita umat islam bolehlah menumpang bangga .. sekurang-kurangnya .. ada peminat muda gemar mengamarahkan masjid 5 kali sehari. Dulu saya pernah jadi .. pengunjung tetap di sana 5 waktu sehari bertahun-tahun lamanya ..maklumlah ..jadi guru siswazah .. banyak mana sangat kerja kat sekolah itu. Tetapi the last straw I could take is when seorang ayam tua bertanyakan kepada saya satu soalan .... "Lama mana dah pencen?"

Itu punya soalan menyebabkan saya suka bersolat jamaah di merata-rata masjid di tanah air ini. tak nak org perasan .kita org pencenlah. (laugh).

See? perspektif org islam ialah .. bila pencen baru pergi masjid dan buat amal ibadat banyak-banyak supaya Allah redha pd nya. Betul ke ajaran ini? Kitab mana pulak dia rujuk ni? Hairannya? org yg suka mendengar hadith/ tok guru mengajar .../ pun boleh mempunyai anggapan sedemikian rupa.

Sekian untuk renungan bersama. Jom salawat nabi bnyk2. Today .. hari Jumaat. Penghulu semua hari dlm seminggu. Kita salawat kpd nabi kita bnyk2 dan bacalah al-quraan .. sikit-sikit.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment