Bina budaya berBahasa Malaysia yang bagus

Posted by sazali

Salam

Ada orang mintak saya menulis .. bagaimana memupuk budaya lisan BM yang baik.

Ini adalah 2 cadangan saya.  Tidak perlu diikuti ..tetapi renunglah .. apa yang tersurat dan yang tersirat dalam ayat ayat berikut:

(i)  jika kita guru bahasa ..  kita gunakan ayat ayat yang betul sepanjang masa.

Contoh ayat.

A) Ke mana awak pergi  semasa saya melangkah ke dalam kelas T5Sains Satu jam 930 pagi tadi?  - (bagus)

Mu gi mano tadi?  (  tak bagus ..ayat ini)

B)  Cuba kita lihat apa yang ditulis oleh pengarang buku ini di muka surat pertamanya? -(BAGUS)

Jom ..tengok muka surat 1 ..buku ini ..  awak nampak tak bahagian Kandungan Buku?   ( Tidak bagus)

---------------

Dewasa ini ..  ramai ahli masyarakat seronok menonton .. Pertunjukan Realiti - seperti Akademi Fantasia (1) . (5) contohnya

Kita didedahkan bahasa rojak yang terlampau banyak.  Bila kita asyik ketawa dengan lawak .. pengacara .. AF ..tanpa disedari .. budaya bahasa Malaysia ..kita mula dinodai.  Mereka menggunakan bahasa pasar kadang-kadangnya . ini menyukakan budak budak muda .umur 13 - 20 tahun.  Bila trend ini ..tidak disekat .. maka kita akan lihat banyak tulisan dalam sms ..mempunyai kesan pengaruh dari Reality Show tadi.

Contoh ?  where class? mana cikgu?

Cikgu tolong boleh?  Mesti cikgu leh tolong kami?  Jom lah ,..  lantaklah .. entahlah cikgu ..


Memang .. bercakap secara betul ini ..  nampak SKEMA .. tetapi .. pihak sekolah dan universiti dan juga jabatan jabatan kerajaan/ swasta .. organisasi kerajaan/swasta .. institusi istana .. dan banyak lagi ..

kita kena pertahankan .. budaya bercakap , bertutur secara .. profesional dan betul. Ini akan melahirkan generasi baru yang akan membawa keindahan BM ke seluruh pelusuk dunia.  Insyallah.

Sekian.  p/S : cuba kita tengok orang putih.  Kalau orang istana .. ada standard englishnya;  kalau orang universiti ..ada cara mereka bertutur,  Yes Mr Khalid ..  is there anything else I can do for you?

kalau mereka guru di High School ..  mereka ada stail bercakap dengan pelajar-pelajarnya

Yes ..Pauline .. I'm afraid I cannot give you this room.  It is fully bookedfor the rest of the week.
No ..  I'm so sorry ..  I can't afford to give you this key.

SEkarang di tanah air Malaysia .. kita perhatikan .. kadang2 .. cara bertutur pihak guru dan murid .. tidak ada stail akademik mana pun .. bahkan .. standard percakapan ..antara murid dan guru .. sama sahaja dgn standard kakak kakak yg menjual kerupuk gotel di Kantin Sekolah sahaja.  Itulah sebab .. generasi kita tak tahu .. gaya bahasa mana nak gunakan ..bila keadaan memaksa.



Problem guru baru (3)

Posted by sazali

Salam

Seronok kerja tak di sekolah itu?  Best bukan?  Kalau cikgu .. orang baru ..  umur cikgu pun takjauh dari pelajar Tingkatan 5 dan 6 atas.. maka .. keseronokan itu makin bertambah. Tetapi awas ..

problemnya ialah .

(i) ada pelajar akan mengambil kesempatan .. tak kiralah ..cikgu ini lelaki atau pun bukan
Examples:  pelajar mintak kita jadi penjamin itu dan ini ..se masa mereka dapat tawaran masuk universiti, IPG, politeknik (KPTM) dan mcm mcm lah.  Tak yah jadi penjamin please.  Bahaya.  Ramai dah guru guru tua ..yg merana .. kena saman oleh mahkamah dan JPA, MARA, Banks.  Jadi saksi Ok.

(ii)  affair secara dekat dan online antara cikgu umur 25 tahun dgn pelajar umur 19 tahun.  Bahaya cikgu.  Jgn kasi hp number kita.  Bahaya.  Jgn dekat-dekatlah.  Jgn kasi address rumah mak ayah kalian.  Budak dah 'gilo' kat kau .. rumah kita di Kelantan - Rantau Panjang pun ..dio akan cari.  Jarak 800 km johor dengan sempadan thailand ..nampak mcm dekat jer.  Jgn ambik ambik gambar.  Facebook?  gilo ini.  Masa time baik semua indah..tetapi bila kau tolak cinta dia ..mulalah ..  segala jenis penderitaan .. takleh tidur, makan minum dan ..tragedi ..kau susah nak fokus .. dlm PnP

(iii) jgn jadi driver mereka ke sana ke mari.  Kalau accident .. tak ada insuran perlindungan.  Bahaya.
(iv) pinjam itu dan ini. Pinjam notebook , duit , bedak Amami, Adorono dan kereta cikgu pun nak pinjam.  Aduh ..sudah melampau ini.

Rumusan:

Sebagai guru muda ..  jadilah role model yg profesional.  Ikut prosedur kerja.  Ngajar 0700 pagi hingga 4 ptg sudah lah.  After opis hour ..bor layan.  Jaga diri cikgu.  Silap haribulan malu kita.  Dibuang kerja dan .. PDRM.  Mahu?  Insyaaalah guru akan selamat dunia siang dan malam.

Sekian.  Wallah hu aklam

Problem Guru baru (2)

Posted by sazali

Salam

Tahniah dah dapat posting jadi guru siswazah Gred DG41 P1/T1.

Ada saat kita gembira dapat khabar gembira ..kita posting dekat rumah bonda kita .. so kereta ketiga ayah kita boleh gunakan sementara kita dapat duit gaji pertama.  Insya allah.

Dalam keadaan kita happy happy ..problem kita ada juga.  Satu problem ini timbul kita juga yg cari ..dan satu lagi ..problem ..bila orang guru senior mahu kita merasakan sedikit sebanyak pengalaman mereka pada satu masa dahulu 10 - 30 tahun yg lalu.

Problem yang kita cari tanpa disedari ialah .. kita pakai kereta .. mahal sedikit dari kereta guru guru senior di sekolah kita.  Kadang-kadang kita tak perasan ..kita gi park kereta kita ..dekat sangat dengan kereta Pengetua/  Guru Kanan (1) atau Ketua Panitia.  Jika mereka nampak kita .. ada class .. dari baju pakaian kita ..top to bottom .. dan .. hand set kitaboleh roam sana sini sampai Kotaraya Rome, Italy ..  tugas elok sangat untuk kita ialah .. jadi guru pengiring pelajar-pelajar cemerlang dalam banyak program pertandingan bahas , sains , matematik .. sebut sahaja ..kena cari guru pengiring ..nama kita .. sudah tentu disebut-sebut orang.  Maka hilanglah cuti Sabtu Ahad kita setiap minggu.  Kita diminta buat ini .. sehingga kita jatuh sakit lah nampaknya.

Problem yang orang lain berikan ialah :  jadi guru ganti / emergency.  Ganti guru senior yang tiba-tiba buat sakit perut ..  musim orang nak markah peperiksaan percubaan SPM/ PMR ..disebabkan kita suka sangat top up broadband ..  handset kita pun canggih canggih ..kita pun ada komputer peribadi..  pandai pakej komputer EXECL itu .. boleh buat programming MAKRO ..  maka guru analisa (bidan terjun) akan .. jatuh kepada kepala jembalang patiklah kesudahannya.  Maka sakitlah mata kita tak leh tidur .. kerana mencekang mata .. tengok spreadsheet Excel ..ketuk markah 40 pelajar dalam 9 subjek .. proses gred purata..dan macam macam .. sakitnya hati kita bukan?  Tak apa ..guru senior itu kata .. ini semua tuhan akan beri kau ganjaran syurga firdaus layaknya.  hairan bin ajaib .. guru senior yg sakit perut itu tiba-tiba sihat jer ..masa time sekolah nak buat pengumuman ..  markah ..trial SPM/ PMR.  Nama kita tak akan disebut kerana markah pelajar itu adalah markah pelajar kelas guru senior yg pura pura sakit perut itulah.  Check punya check guru senior itu ..adalah isteri muda PPD .. aduhai .. sakitnya hati.

Begitulah lagu nya.

So .. nasihat saya .. pada guru guru baru yg akan mendapat gaji pertama ..RM6000 - RM8500 .. belilah kereta yg simple sikit jer macam Myvi Kuning itu/  Proton Saga Puteh FL .. dan tolong tolong ..park kereto mu itu jauh jauh sikit dari pondok kereta pentadbir pentadbir sekolahmu itu.

Bahagia lah kau hendaknya.

Wallahu aklam.