Bina budaya berBahasa Malaysia yang bagus

Posted by sazali

Salam

Ada orang mintak saya menulis .. bagaimana memupuk budaya lisan BM yang baik.

Ini adalah 2 cadangan saya.  Tidak perlu diikuti ..tetapi renunglah .. apa yang tersurat dan yang tersirat dalam ayat ayat berikut:

(i)  jika kita guru bahasa ..  kita gunakan ayat ayat yang betul sepanjang masa.

Contoh ayat.

A) Ke mana awak pergi  semasa saya melangkah ke dalam kelas T5Sains Satu jam 930 pagi tadi?  - (bagus)

Mu gi mano tadi?  (  tak bagus ..ayat ini)

B)  Cuba kita lihat apa yang ditulis oleh pengarang buku ini di muka surat pertamanya? -(BAGUS)

Jom ..tengok muka surat 1 ..buku ini ..  awak nampak tak bahagian Kandungan Buku?   ( Tidak bagus)

---------------

Dewasa ini ..  ramai ahli masyarakat seronok menonton .. Pertunjukan Realiti - seperti Akademi Fantasia (1) . (5) contohnya

Kita didedahkan bahasa rojak yang terlampau banyak.  Bila kita asyik ketawa dengan lawak .. pengacara .. AF ..tanpa disedari .. budaya bahasa Malaysia ..kita mula dinodai.  Mereka menggunakan bahasa pasar kadang-kadangnya . ini menyukakan budak budak muda .umur 13 - 20 tahun.  Bila trend ini ..tidak disekat .. maka kita akan lihat banyak tulisan dalam sms ..mempunyai kesan pengaruh dari Reality Show tadi.

Contoh ?  where class? mana cikgu?

Cikgu tolong boleh?  Mesti cikgu leh tolong kami?  Jom lah ,..  lantaklah .. entahlah cikgu ..


Memang .. bercakap secara betul ini ..  nampak SKEMA .. tetapi .. pihak sekolah dan universiti dan juga jabatan jabatan kerajaan/ swasta .. organisasi kerajaan/swasta .. institusi istana .. dan banyak lagi ..

kita kena pertahankan .. budaya bercakap , bertutur secara .. profesional dan betul. Ini akan melahirkan generasi baru yang akan membawa keindahan BM ke seluruh pelusuk dunia.  Insyallah.

Sekian.  p/S : cuba kita tengok orang putih.  Kalau orang istana .. ada standard englishnya;  kalau orang universiti ..ada cara mereka bertutur,  Yes Mr Khalid ..  is there anything else I can do for you?

kalau mereka guru di High School ..  mereka ada stail bercakap dengan pelajar-pelajarnya

Yes ..Pauline .. I'm afraid I cannot give you this room.  It is fully bookedfor the rest of the week.
No ..  I'm so sorry ..  I can't afford to give you this key.

SEkarang di tanah air Malaysia .. kita perhatikan .. kadang2 .. cara bertutur pihak guru dan murid .. tidak ada stail akademik mana pun .. bahkan .. standard percakapan ..antara murid dan guru .. sama sahaja dgn standard kakak kakak yg menjual kerupuk gotel di Kantin Sekolah sahaja.  Itulah sebab .. generasi kita tak tahu .. gaya bahasa mana nak gunakan ..bila keadaan memaksa.



0 comments:

Post a Comment