Salam
Sekarang ramai pelajar dan pensyarah mempunyai telefon bimbit. Ada yang mahal dan ada yang simple jer. Tak apa lah ..tetapi sepanjang karier saya bekerja di universiti dan pernah juga di politeknik kota bharu , saya dapati ada pelajar yang kurang sopan dan profesional dengan gurunya bila membuat s-m-s.
Contoh s-m-s yang kurang beretika (mengikut standard saya sebagai graduan luar negara yg berguru dengan 100% orang yahudi dan nasaro di London dahulu, syukurnya:
(i) where? [ di mana kelas encik?
(ii) entah .... [ mana lah saya tahu encik ..
(iii) alah ..cepatnya habis kuliah .. [ kenapa cepat kuliah ini habis , aku baru jer sampai, adooi ?
----------------------
cuba tengok beberapa contoh s-m-s yg beradab dan kurang adab di bawah ini sebagai panduan kita hidup bahagia di mana-mana jua kita berada
Kurang adab - I missed your lecture, send the homework can?
Ada adab - Good morning Dr S. I missed the 10:00 discrete maths class . I got the homework and notes from Angela. Would it be possible for you to e-mail me a copy of the handouts that you passed in the class? Thank you Sir.
Bukankah sedap hati dan telinga kita membaca ini?
Itu jer lah . Rasa - rasa nya saudara saudari budiman paham apa yg saya maksudkan. Jika kita manis dan beradab dengan orang .. ramai orang akan membantu kita .. di mana-mana jua. Belajarlah cara cara beradab ini. Kalau tidak sekarang, bila lagi kan?
Sekian.
Wallahu aklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
cuba Dr pagi idea, macam mane cara terbaik kite nak respon kalau dapat sms2 sebegini. mmg menguji kesabaran dr..huhu