Salam
Tahniah dah dapat posting jadi guru siswazah Gred DG41 P1/T1.
Ada saat kita gembira dapat khabar gembira ..kita posting dekat rumah bonda kita .. so kereta ketiga ayah kita boleh gunakan sementara kita dapat duit gaji pertama. Insya allah.
Dalam keadaan kita happy happy ..problem kita ada juga. Satu problem ini timbul kita juga yg cari ..dan satu lagi ..problem ..bila orang guru senior mahu kita merasakan sedikit sebanyak pengalaman mereka pada satu masa dahulu 10 - 30 tahun yg lalu.
Problem yang kita cari tanpa disedari ialah .. kita pakai kereta .. mahal sedikit dari kereta guru guru senior di sekolah kita. Kadang-kadang kita tak perasan ..kita gi park kereta kita ..dekat sangat dengan kereta Pengetua/ Guru Kanan (1) atau Ketua Panitia. Jika mereka nampak kita .. ada class .. dari baju pakaian kita ..top to bottom .. dan .. hand set kitaboleh roam sana sini sampai Kotaraya Rome, Italy .. tugas elok sangat untuk kita ialah .. jadi guru pengiring pelajar-pelajar cemerlang dalam banyak program pertandingan bahas , sains , matematik .. sebut sahaja ..kena cari guru pengiring ..nama kita .. sudah tentu disebut-sebut orang. Maka hilanglah cuti Sabtu Ahad kita setiap minggu. Kita diminta buat ini .. sehingga kita jatuh sakit lah nampaknya.
Problem yang orang lain berikan ialah : jadi guru ganti / emergency. Ganti guru senior yang tiba-tiba buat sakit perut .. musim orang nak markah peperiksaan percubaan SPM/ PMR ..disebabkan kita suka sangat top up broadband .. handset kita pun canggih canggih ..kita pun ada komputer peribadi.. pandai pakej komputer EXECL itu .. boleh buat programming MAKRO .. maka guru analisa (bidan terjun) akan .. jatuh kepada kepala jembalang patiklah kesudahannya. Maka sakitlah mata kita tak leh tidur .. kerana mencekang mata .. tengok spreadsheet Excel ..ketuk markah 40 pelajar dalam 9 subjek .. proses gred purata..dan macam macam .. sakitnya hati kita bukan? Tak apa ..guru senior itu kata .. ini semua tuhan akan beri kau ganjaran syurga firdaus layaknya. hairan bin ajaib .. guru senior yg sakit perut itu tiba-tiba sihat jer ..masa time sekolah nak buat pengumuman .. markah ..trial SPM/ PMR. Nama kita tak akan disebut kerana markah pelajar itu adalah markah pelajar kelas guru senior yg pura pura sakit perut itulah. Check punya check guru senior itu ..adalah isteri muda PPD .. aduhai .. sakitnya hati.
Begitulah lagu nya.
So .. nasihat saya .. pada guru guru baru yg akan mendapat gaji pertama ..RM6000 - RM8500 .. belilah kereta yg simple sikit jer macam Myvi Kuning itu/ Proton Saga Puteh FL .. dan tolong tolong ..park kereto mu itu jauh jauh sikit dari pondok kereta pentadbir pentadbir sekolahmu itu.
Bahagia lah kau hendaknya.
Wallahu aklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment