Salam
Sekarang ramai orang bercakap tentang GTP / Government Transformation Plan.
Jika saya tak silap .. hari ini .. GTP berkaitan dengan blue print pendidikan negara ini akan dilancarkan. Hebat saya membacanya. Sampaikan menteri dari Korea Selatan dan Singapura .. memang terpukau dan mengkagumi rancangan pendidikan negara yang raksasa ini maklumlah kita sedang melangkah ke arah tahun 2020 - 3000 dan seterusnya. Syukur! Alhamdulilah.
2) Dulu .. PPSMI pun ..adalah satu rancangan pendidikan matematik yang hebat juga. Pada tahun 2002 bila PPSMI dilancarkan ..ramai orang seronok/ takut/ ..dan macam-macam ..di mana pada akhirnya PPSMI diberhentikan terus. Rugi banyak duit negara mencicah RM1- RM2 Bilion ringgit. Dasyat! Faktor utama - guru guru kita di kampung tidak bersedia / tidak akan bersedia langsung untuk menjayakan ranacangan PPSMI itu. Faktor kedua - selagi orang melayu adalah gurunya .. selagi itu lah ..rakyat melayu di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis dan Utara Perak berfikiran bahawa ..alangkah senangnya .. jika guru sampaikan kuliah matematik dan sains menggunakan bahasa ibunda tercinta iaitu Bahasa Melayu ( Tan, 2007). Rakyat kita akan menerima guru India, Cina dan Mat Salleh mengajar mereka apa-apa dengan Bahasa Inggeris .. sedangkan mereka tidak berapa nak terima guru guru satu kaum (melayu) berkuliah dengan Bahasa Inggeris.
Ini terbukti dalam kajian Sazali (2010) di sebuah politeknik di timur Semenanjung Tanah Melayu. Perspektif penerimaan PPSMI adalah berbagai-bagai .. bergantung kepada di mana ianya mahu dijalankan.
3) Begitu juga dengan GTP Pendidikan Negara ini .. kita rancang macam-macam. Menteri KOrea / Singapura .. mungkin memuji kita melangit .. kerana kita menjemput mereka ke sini. Mengikut adat dan adab kita orang timur .. sudah tentu kita puji .. apa yang tuan rumah hidangkan. Tak percaya ..cuba tengok anak anak kita jika mereka berkunjung ke rumah jiran sempena musim marhaban pada bulan Raya Syawal yang berbahagia ini .. walaupun roti jala dan kuahnya ..tak seberapa enak ..kita dah didik anak anak kita/ menantu kita/ cucu cucu kita .. ucapkan kepada tuan rumah bahawa roti jala dan kuah mu itu terbaik di seluruh pelusuk negara. Jika tidak , kita sebagai ibu ayah akan mencubit/ kutel .. peha mereka sampai bertukar warna ..dari puteh gebu kepada warna biru sakit. Ha..ha... kita dididik bersikap / bersifat 'hipokrit' sejak dahulu lagi. Ambil hati tuan rumah, objektif utamanya?
4) satu lagi ..pelan? Stadium Terengganu yang runtuh itu pun ada master plannya. Pelajar-pelajar politeknik dan pelajar MTUN (KPTM) diajar kepentingan projek proposal. Tidak ada graduat yang tidak pernah mendengar istilah plan, carta GHANTT dan macam-macam berkenaan dengan kertas kerja (plan). Tetapi plan stadium itu ..tinggal pelan sahaja kerana .. pada peringkat proses implementasi ... ada orang orang tertentu telah hijack duit semen bermutu tinggi, duit kayu bermutu tinggi dan duit pasir bermutu tinggi dan semasa proses hijack itu .. semua kualiti semen, kayu dan pasir .. sudah bertukar sifatnya ..mengikut hukum matematik/ disebut pembolehubah .. wal hasil .. stadium itu telah runtuh dan ..menunggu masa untuk dibina semula .. dari peringkat A sampai ke Z. Maaf saya menulis ini ..kerana saya dididik lama di Terengganu (Besut) satu masa dahulu .. pada zaman dulu kala. Arwah Cik GuYusof Ngah adalah guru saya. Al Fatihah untuk mu Cikgu. Al Fatihah.
So tunggulah dahulu dengan GTP ini.
Kita berdoa agar .. memang kita hebat dalam implemantasi pelan ini.
Wallahu aklam.
Sekian.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment