Salam
30 Ogos 2012 yang lalu, tak semena-mena mantan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan .. kritik dan komen kepada pihak polis Malaysia ..mengenai data statistik yg polis keluarkan. Mengapa yer? Mungkin ada sesuatu yang tak kena ini.
2) Kalau nak kira pandai dan paling arif, kita rasa .. orang macam Tan Sri lah yang paling layak ..komen dan tegur apa yang tak kena dengan data statistik jenayah di negara ini. Kalau tak pandai komen .. kami rasa dia tak layak menjawat jawatan tertinggi polis di negara ini pada satu masa lalu. Betul tak?
3) So pada keesokan harinya 31 OGOS 2012 .. KPN Dato' Ismail ..menjawab. Kaki tangan polis di bawahnya tak akan pandai-pandai buat cerita , bina data .. bagi menunjukkan negara ini paling selamat sekali jika dibandingkan dengan negara-negara luar. Di sini , Dato' Ismail memperkenalkan dua istilah baru - index dan bukan index ..bagi sebarang kes jenayah yang berlaku saban hari di sini.
4) Perkataan index/ indeks .. mempunyai pentakrifan yang tinggi dan mantap. Kalau kita pernah menulis sebuah buku .. penerbit mintak kita bina satu halaman yang dipanggil indeks. Perkataan dalam halaman indeks .. adalah perkataan yang paling penting sekali dalam setiap bab, sub-bab dan keseluruhan buku tersebut. Rumusannya ..indeks adalah perkara penting yang perlu dibawa ketengah oleh penulis kepada sesiapa yang sedang membaca bukunya. Benda-benda penting lah .. yang memikat hati pembaca untuk terusmembeli dan membaca sesebuah buku tersebut.
So balik kita kepada cerita polis di Malaysia ini. Adakah data statistik .. yang pihak polis keluarkan .. telah diklasifikasikan (dibahagikan ) kepada kes jenayah berat / jenayah tak berat benar-benar tepat dan menyakinkan kita sebagai orang pandai di negara ini?
Kalau Malaysia nak menarik pelabur - pelabur luar negara .. dengan jumlah pelaburan mencicah berbilion-bilion ringgit .. sudah tentulah .. pihak atasan negara mahukan data statistik yang mencerminkan negara ini adalah sebuah negara yang aman damai, ada angin bertiup sepoi-sepoi bahasa ke arah kondominium orang orang bangsawan dan juga mutu angin yang sama juga sedang menerjah ke arah rumah kayu usang rakyat melayu jelata di ceruk-ceruk kampung.
Pembaca boleh atau tidak mengagak .. siapakah yang akan keluarkan data statistik jenayah negara ini? Bijak tuan hamba. Pihak polis Malaysialah ..yang bertanggung jawab keseluruhan dengan data ini.
5) Semenjak keluar kenyataan dari Tan Sri Musa Hassan mengenai data statistik negara yg mana polis PDRM yang betul betul bertanggung jawab .. ramai rakyat jelata .. mula merasai sedikit sangsi kepada satu , sedikit dan banyak lagi angka statistik yang pihak polis PDRM keluarkan pada tahun-tahun lepas, tahun ini dan tahun ke hadapan. Ada rakyat jelata ..mulai .. memikirkan ke arah kejadian ..di mana ..pihak polis mereka-reka data ..kerana .. mereka jugalah yang tahu sahih ataupun tak sahih sesuatu data tersebut. Bila orang ramai mulai tak percaya ..mengenai kualiti dan kuantiti data .. statistik polis .. maka ..imej PDRM sudah mula tercemar sedikit sebanyak ..hari demi hari mulai dahulu lagi. Siapa yang silap ini?
6) Rakyat tidak hairan dengan data statistik kemalangan jalan raya pada musim Hari Raya Aidil Fitri yang lalu. Mengapa? Kerana .. jika dah ramai sangat pihak polis dikerahkan dan dipaksa memacakkan diri .. kat lebuh raya dan jalan jalan raya ..di seluruh negara pada musim perayaan tersebut ..sudah logik ..pemandu pemandu gila akan membawa kereta masing-masing dengan kadar kelajuan yang penuh sopan santun dan sungguh bergaya. Orang kelantan kata '.. pijak semut pun tak akan mati'. "Berjurus betul pemandu pemandu kalian ..he..he.."
Tetapi bila ramai anggota polis dikerahkan ke kawasan kawasan / selekoh selekoh bahaya sepanjang trek jalan raya dan lebuh raya ..di Semenanjung tanah melayu ini .. maka sudah tentu tak ramai lagi ..anggota polis berbaki yang bersedia berjaga-jaga di dalam pusat bandar dan metropolitan Kuala Lumpur.
Oleh yang demikian, kita selalu disajikan oleh TV3 bahawa .. ATM-ATM mesin .. sudah mula diserang dan di bawa lari oleh perompak-perompak yang mungkin lebih arif dan lebih berani dari kebanyakkan anggota polis di sini.
Bilangan kontraktor / sub-kontraktor dibunuh .. macam cerita filem Hindustan, Jepun, .. sudah biasa sangat kita dengar .. di mana .. mereka ditembak mati hidup-hidup di hadapan mata anak anak isteri mereka sendiri , mereka ditembak mati dalam kenderaan .. sambil mereka menunggu .. menjemput pulang anak anak mereka pulang dari pusat tuisyen dan banyak lagi kes samun menyamun yang membawa kepada maut dan cedera parah kepada tuan empunya perniagaan dan lain-lain lagi.
Kedua-dua kes di atas , mengambarkan .. negara ..kita dilanda bahaya .. kerana statistik polis dengan indeks dan tanpa indeks ..juga telah mengambarkan ..negara ini aman dan damai. Pelancung-pelnancung asing dengan senang sahaja mendaftar sebagai pelajar kolek swasta .. dan bebas melakukan semua aktiviti .. seperti memproses dadah, mengedar dadah , .., mereka boleh jugak ..diberi upah ..untuk membunuh / merompak / dan mengganggu anak-anak dara orang di sini. Jadi ..
data statistik polis Malaysia ..perlu .. dikeluarkan secara profesional, tulus, bersih, .., jauh dari sebarang manipulasi .. agar kita rakyat Malaysia ..mampu menyambut Hari Kemerdekaan ke 55 dengan keadaan benar benar aman dan bebas . MERDEKA!
Sekian.
wallahu aklam.
dari : Guru/Pensyarah Kanan Subjek Statistik, Kaedah Kuantitatif - IPTA Malaysia.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment