Salam.
Semua orang suka jika ada orang lain senyum padanya. Kalau boleh biar senyuman itu sentiasa datang ..kepadanya.
Tetapi awas ..tuan hamba. Di pasaraya, orang pompuan di sana dilatih untuk memberi segala bentuk senyuman. Ada senyuman khas untuk memikat orang membeli kasut CLARKS, BATA dan ada senyuman khas untuk orang membeli intan berlian yag mahal-mahal. Ada senyuman INTRO untuk memujuk pak chik pak chik kepala botak untuk membeli cream untuk melebatkan rambutnya .. he..he.. Pendek kata jika si anu bte si fulan itu melontarkan 1000 kali senyuman selama 8 jam bertugas ..maka melalui matematik moden ..setiap senyuman mempunyai harga setiap satu minit dan setiap satu jam. He..he..
Oleh itu, saya menyeru tuan hamba ..untuk jangan cepat tergoda dgn senyuman adik adik ini. Pegang duit atuk, abang, nenek, kakak biar kemah keming .. jgn cepat cair dengan senyuman adik adik lawa itu.
Jika mereka senyum, cuba alih pandangan kpd senyuman itu. Cepat cepat pegang apa apa yg ada ..dan buat buat pura pura barang itu terjatuh dari rak pameran. Jika selalu buat begini, otak kita tak akan fokus kpd senyuman menawan tadi. lama lama ..jika kita masuk emporium ..dgn wang RM200 ..insyallah selepas dua jam .. wang kita tak lah habis banyak sangat. Yang jadi problem.. kita akan bertikam lidah dgn co-pilot kita seorang itu jer. Bergaduh pun tak apa ..yg penting ..benda tak perlu ..kita tak terbeli kes .. tipu daya senyuman orang perempuan sales girls itu. U got what I mean?
He..he..
If yes ..u r brilliant .. else u r a fool indeed!.
Sekian. wallahu aklam. Yg baik dari tuhan dan yg lemah dari saya sendiri/
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment