Komen hasilkerja pelajar matematik diskrit

Posted by sazali

Salam

Minggu lepas pelajar-pelajar saya diminta menduduki satu ujian.  Ini menyumbangkan 20% dari keseluruhan markah untuk kertas (subjek) ini.

Dari hasil koreksi (tanda menanda)  saya agak terkejut melihat prestasi mereka dalam topik fungsi.

Soalan     f(a) =  1   .  soalan berbunyi   .. sila buat fungsi sonsang untuk nilai '1'.

Jawapan skema:   f(1)  = a

Pemerhatian:  hampir 90% pelajar dari kohort ini tidak dapat menjawab dengan betul.  Mengapa ya?

----------------

Soalan ujian dibuat dalam Bahasa Inggeris.  Find the inverse of 1?
Tak kan lah .. soalan dalam bahasa inggeris semudah ini pun mereka tak faham sedangkan kebanyakan pelajar suka dengar lagu lagu ingeris dan hindustan saban waktu melalui teknologi handphone mereka.  kadang-kadang oleh sebab terlampau seronok , ramai mereka terlentok tidur dalam bas bas ekspres dari satu bandar ke destinasi mereka masing-masing.

Mengikut buku Nik Aziz Nik Pa (1999)  terbitan UM .. ada satu ayat menyatakan bahawa bahasa tidak penting bagi seseorang guru matematik.  Jika aku tak silap maksud ayat ayatnya itu ialah .. tanpa bahasa pun .. matematik boleh diajarkan secara berkesan maklumlah ..sekarang ramai pensyarah universiti menggunakan power point untuk mengajar.  Dari wajah pelajar-pelajarku yang bijak bestari  , nampak jelas mereka suka belajar melalui ICT (power point) itu .. oleh itu apa pasal mereka tidak dapat menjawab soalan di atas.

Adakah perlu saya membina kertas soalan yang boleh bercakap / berkata-kata?

Soalan selepas soalan tadi ialah    jika f(x)  =  x+ 1
       
cari    f ^-1  (y)

Skema jawapan:    y - 1 #

yang dilihat:  hampir 90% pelajar tidak berjaya menjawab soalan ini dengan tepat.

Komen:    mengapa begitu jadinya?

Kalau soalan berbentuk sonsang / inverse.

Kita buat   y = x + 1
sekarang buat  'x' sebagai rumus

  x =  y -1

So  f^-1   (y)  ialah       y-1 #

Itu jer.

-------------------
So what was wrong?  Seingat aku .. topik ini/ sub topik ini telah didedahkan diperingkat  SPM matematik / SPM Matematik tambahan lagi.  Apatah lagi pelajar pelajar ijazah ini adalah ambilan dari kohort politeknik KPTM dan kolej matrhikulasi KPTM .. ini bermakna sudah 4 tahun mereka belajar benda alah ini.

-------------------------------

Trend jawapan / prestasi ujian 1 .. selalu begini.  Mungkin fokus mereka nak cepat balik kampung sepanjang masa atau .. memang jelas .. intake ini tidak ada attitude(sikap) positif terhadap matematik.

Well , I do not want to say more than this.

It is up to my readers to learn that ..  using double languages BI and BM .. it is not helping so much in learning maths at the higher end of this BIT degree study.

Sekian.  Wallah hu aklam.  Selamat Hari Raya  Korban.

Rujukan:

Nik Aziz Nik Pa .  (1999).  Pendekatan konstruktivisme radikal dlm Pendidikan Matematik.  Kuala Lumpur:  Penerbit UM

Bahasa ibunda semakin payah dan membosankan

Posted by sazali

Salam

Tadi saya mengambil kesempatan membaca 2 - 3 paragraf tentang pendidikan matematik negara ini.  Saya membaca sebagai persediaan untuk ke Indonesia sebagai Pengucap Utama Persidangan Matematik Pendidikan Yogyakarta Dis 2012.

2)  Cuba kalian baca ayat ini:

'  ..  konstruktiseme radikal ialah melihat sesuatu objek dari pandangan ilmu peribadi atau pengalaman seseorang dalam jangka masa terbatas ..'

Apa itu konstruktiseme radikal ?

adakah istilah ini digunapakai oleh Hang Lekir dan Hang Lekiu semasa mereka bermain sepak raga di Pantai Melaka  700 tahun yang lalu ?

Adush ..susahnya ..  sekarang orang pandai bangsa melayu .. menggunakan istilah bahasa inggeris dan dimelayukan ..

kenapa tak tulis begini -   "... apa apa yang disampaikan oleh bijakpandai melayu adalah bergantung kepada ilmu dan pengalamannya sendiri yang terbatas dan berlegar dalam jangka waktu yang terbatas".

Bukankah senang begitu /  rasa rasanya bunyi melayu kelate sikit itu - ayat kedua.

3)  Semalam saya berada di MIGHT, Cyberjaya 7.  70 - 80 peratus ahli mesyuarat .. adalah berbangsa melayu termasuk aku.  Tetapi kami bercakap dalam bahasa Inggeris sepanjang masa dari jam 0400 - 0600 petang.

Mengapa tak guna bahasa melayu .. kan?  Korbankan bahasa melayu ..dan tonjolkan bahasa inggeris. Hari ini Hari Raya Korban.  Satu peristiwa besar dalam perjuangan dakwah islam - Nabi Ibrahim a.s menyembelih anak kesayangan nya sendiri ..  Nabi Ismail a.s.  Hushhhhh.. besar pengorbanan itu ..tetapi adakah

pengorbanan berbahasa Inggeris dalam mesyuarat besar MIGHT semalam satu pengorbanan identitas bahasa kebangsaan kita.  Power Point semalam penuh dengan data matematik , statistik, teknologi rel, dan macam-macam tetapi sayangnya ..  semua adalah dalam bahasa INggeris.

Satu pengorbanan yang besar juga ..aku fikirkan.  Aku tertidur .. semasa pulang dari Cyberjaya ..ke Batu Pahat ..tidur kerana penat seghoti ma  dan ..  pelik .. memikirkan ramai melayu pandai tetapi kami asyik berbincang dalam B.I.  Bilo nok kecek dalam BM nyo?

Adush Pak Sako/  di mana mu kali ini?

Wallahu aklam.  SElamat Hari Raya Aidil Adha.  Maaf Zahir dan Bathin.

Musim cuti Raya Haji 2012 Oktober 25

Posted by sazali

Salam

Semasa umat islam sibuk nak menyambut raya haji , aku sibuk nak mengajar anak bongsuku siang dan malam yang akan menduduki SPM 2012 nanti.  Insya allah.

Saya dah bilang 1-2-3 kat dia , tahun ni kita raya simple simple je lah.. yg penting abah boleh tolong kau belajar Maths, Add Maths , Physics dan B.I.  sudahlahhh..insya allah. Kalau kau berjaya mendapat biasiswa JPA/ PNB/ Bank Negara/MARA tahun hadapan ..  jika abah tak leh jadi Perdana Menteri Malaysia pun tak apa lah.  opis abah tok di Putrajaya pun tak apalah.  Abah boleh redha dah ..nasib tubuh badan abah ..jawatan guru/ pensyarah tua ..tetapi if can if can  semua anak anak abah boleh biasiswa rakyat Malaysia .. insya allah.  Dalam agama islam, dia ada wayak,  rezeki mu Jali tak semesti nyo dalam gaji mu jahhhhh...  may be Allah we kat mu rezeki lebih lebih melalui anok anok mu .. ngaji luar negara sana dan sini.  Hatta dapat anok yang sihat , bagus adab dan akhlak, otok bijok serupo mu pun ok jugok lahhhh..   ini semua dah dikira (rezeki) pitih wahai jali ja jali ja (hindustani song).  Yang best , tak payah isi borang naik pangkat apa apa hingga ke tahap Profesor pun .. redha lah.  Stay cool. Pintu rezeki mu berpindah dari mu kepada anak anak mu sendiri.  Senang mereka, senanglah mu jali.

2)  Last weekend I went to a Seminar SPM 2012 di UTM, Skudai.  There were about 60 students there - going for an express seminar on how to answer SPM papers - Chemistry, Physics, Maths and Add Maths.  they paid rm130 each for 2 days.  I think not many parents came into the seminar as a participant.  Mostly, came as drivers and supporters only.  They stayed in their expensive cars waiting for the seminar to end but ..

I came with the intention to know some skills in teaching maths and Add Maths from the so called expert teachers DG52/ DG54.

To be honest, after 17 hours with them I learnt many new tricks ..  which I hope insya alllah , I can pass to my weaker students doing degree maths in my university.  I think , learning how to teach never ends .. we can make the teaching much more fun, happier, and ...  remember the wine in the basement in France .. the value increases as the time passes on.

3) This morning after Subuh (dawn) prayers , I started to mark my students Test 1 Discrete Maths papers Year 1 Degree I.T.  Some did well and some didn't.  Surprise,  many of them did not know what a flow chart is.  Very strange indeed!  If the question ask them to draw a flowchart in solving a summation / sequence, I got from them a straight line graph.  Perhaps they think a flowchart is a graph after all. (laugh).   Maybe these students could not understand English as much as I do at their age.

4)  Now I am teaching maths to my girl.  It seems i do not need to do much because she had done many revisions at her school in Klang, Selangor.  Here, i am just her strong supporter.  As a daddy, I always pray she will do well like her eldest brother from MRSM PC Bitara in 1999/2000 and the eldest sister from Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu in SPM/ GCE ' 2002/03.  Ameen ya robbal alameen.

B4 I end, this is what Mahatma Ghandi said in 1940's in India  '..  happiness is when what you think , what you say, and what yo do , are in harmony .'

Wallahu aklam.