Salam
Minggu lepas pelajar-pelajar saya diminta menduduki satu ujian. Ini menyumbangkan 20% dari keseluruhan markah untuk kertas (subjek) ini.
Dari hasil koreksi (tanda menanda) saya agak terkejut melihat prestasi mereka dalam topik fungsi.
Soalan f(a) = 1 . soalan berbunyi .. sila buat fungsi sonsang untuk nilai '1'.
Jawapan skema: f(1) = a
Pemerhatian: hampir 90% pelajar dari kohort ini tidak dapat menjawab dengan betul. Mengapa ya?
----------------
Soalan ujian dibuat dalam Bahasa Inggeris. Find the inverse of 1?
Tak kan lah .. soalan dalam bahasa inggeris semudah ini pun mereka tak faham sedangkan kebanyakan pelajar suka dengar lagu lagu ingeris dan hindustan saban waktu melalui teknologi handphone mereka. kadang-kadang oleh sebab terlampau seronok , ramai mereka terlentok tidur dalam bas bas ekspres dari satu bandar ke destinasi mereka masing-masing.
Mengikut buku Nik Aziz Nik Pa (1999) terbitan UM .. ada satu ayat menyatakan bahawa bahasa tidak penting bagi seseorang guru matematik. Jika aku tak silap maksud ayat ayatnya itu ialah .. tanpa bahasa pun .. matematik boleh diajarkan secara berkesan maklumlah ..sekarang ramai pensyarah universiti menggunakan power point untuk mengajar. Dari wajah pelajar-pelajarku yang bijak bestari , nampak jelas mereka suka belajar melalui ICT (power point) itu .. oleh itu apa pasal mereka tidak dapat menjawab soalan di atas.
Adakah perlu saya membina kertas soalan yang boleh bercakap / berkata-kata?
Soalan selepas soalan tadi ialah jika f(x) = x+ 1
cari f ^-1 (y)
Skema jawapan: y - 1 #
yang dilihat: hampir 90% pelajar tidak berjaya menjawab soalan ini dengan tepat.
Komen: mengapa begitu jadinya?
Kalau soalan berbentuk sonsang / inverse.
Kita buat y = x + 1
sekarang buat 'x' sebagai rumus
x = y -1
So f^-1 (y) ialah y-1 #
Itu jer.
-------------------
So what was wrong? Seingat aku .. topik ini/ sub topik ini telah didedahkan diperingkat SPM matematik / SPM Matematik tambahan lagi. Apatah lagi pelajar pelajar ijazah ini adalah ambilan dari kohort politeknik KPTM dan kolej matrhikulasi KPTM .. ini bermakna sudah 4 tahun mereka belajar benda alah ini.
-------------------------------
Trend jawapan / prestasi ujian 1 .. selalu begini. Mungkin fokus mereka nak cepat balik kampung sepanjang masa atau .. memang jelas .. intake ini tidak ada attitude(sikap) positif terhadap matematik.
Well , I do not want to say more than this.
It is up to my readers to learn that .. using double languages BI and BM .. it is not helping so much in learning maths at the higher end of this BIT degree study.
Sekian. Wallah hu aklam. Selamat Hari Raya Korban.
Rujukan:
Nik Aziz Nik Pa . (1999). Pendekatan konstruktivisme radikal dlm Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Penerbit UM
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment