Salam
Tajuk: Buah kelapa tua dan buah kelapa muda
Semasa di Sabak Bernam, iaitu kampong isteri saya , kebanyakan
masa dihabiskan melihat orang mengutip buah kelapa yang sudah lama luruh ke
tanah dari pagi hinggalah ke petang.
Secara logik, payah nak dapat buah kelapa muda jika tidak
dipanjat sendiri. Ini adalah kerana tangkai kelapa muda masih kuat berpaut kepada tandannya. Walaupun
begitu, dalam pemerhatian saya, saya mendapati ada juga kelapa muda yang sudah luruh ke tanah. Hairan bin ajaib saya.
Adakah kelapa tua
kuat tangkainya atau buah kelapa muda yang isinya tersangatlah enak telah ditebuk tupai – lantas jatuh lah dia ke bumi tidak seperti hipotesis matematik diskrit - kelaziman
dunia – buah muda mesti payah nok luruh ke tanah.
Begitu jugalah rasmi kehidupan manusia zaman la ni.
Semalam dah ada penyokong muda Kelantan (umurnya 19 tahun)
yang mati kemalangan di Kuantan. Kasihan
dia. Walaupun Red Warriors muncul juara,
tidak ada pun peminat yang mengingati si mati di Kuantan tersebut apatah lagi skuad Red Warriors (Kelab BolaSEpak Kelantan) membaca al-Fatihah untuknya di saat pasukan bolasepak ini dijulang sebagai Juara FA Malaysia.
Sedangkan di Brazil , ada penyokong tua pasukan Brazil yang
terlampau liat nak mati walaupun Brazil sudah
tewas mudah dengan Peru 0 - 5. Roliknya
, Peru payah nak tumpaskan Brazil maklumlah ramai pemain pemain Brazil
membintangi kelab Eropah seperti Barcelona,Real Madrid sedangkan pemain Peru
sekadar bermain dengan kelab Saudi Arabia dan Jepun sahaja.
Oleh itu bersiapsedia dan berwaspadalah tuan hamba. Itu nasihat pada diri saya sendiri dan semua
pembaca budiman. Bila tuhan nak ambil
nyawa kita, dia tak kira kita muda atau tua.
Berpangkat ataupun tidak.
Walaupun kita tidur dengan pelempar peluru Malaysia tersohor sekali pun,
bila tempoh hayat kita dah tamat, malaikat senang sangat nak ambik nyawa kita
tak kira di mana kita berada. Pernah tak
tuan hamba mendengar, abang sebelah rumah itu rebah dalam tandas lantas mati di situ
sahaja? Sedangkan .. dalam satu kes
lain, walaupun pak chik tua itu dipenuhi badannya dengan wayar yang berwarna warn dalam ward Hospital USM Kubang Kerian sekali
pun .. payah benoooor dia nak mati. Mengapa
yer? Ilmu kebal apa yang telah digunakan
oleh Pak Chik ini selama ini….
Oleh itu .. bersiaplah kalian untuk bekalan ke kampung akhirat sana. Di sana di sana.
Wallahu aklam.
0 comments:
Post a Comment