Jom kita perkemaskan doa kita ..

Posted by sazali

Salam

Saya mempunyai ramai kenalan dari hujung dunia di ufuk timur hinggalah ke ufuk barat.  Antara yang ramai -ramai ini . aku masih ingat seorang kawan karibku yg sudah pulang ke rahmatullah.  Associate Prof Dr Abd Ghani (UMIST) Manchester , England. Aku bersama sama nya dgn satu jamaah dakwah tabligh di Masjid Ar Rahman Liverpool .. transit untuk ke Dublin, Ireland pada tahun 1977/78 .. waktu Christmas.  Semua manusia bercuti di kala itu/ Musim Christmas.

Apa yang menariknya?

Dia ada berkata ..  kita sudah buat bermacam macam ikhtiar ..untuk sukses dalam banyak bidang ... tetapi kita lupa satu benda ..  kita tidak usahakan .. bagaimana kita berdoa kpd Allah Pencipta kita.  Allah Ynag Maha Berkuasa.  Kalau dgn Sultan / Raja ..jika kita mahukan sesuatu ..cuba lihat bagai-mana kita uruskan diri kita/ aturkan cara cara cakap kita ..supaya permintaan kita berbutir/ butir .. menarik, tersusun rapi setaraf dengan siapa yang hendak kita ajukan doa kita itu ..    dan jelas sungguh apa permintaan kita.

Mengapa pula .. di waktu kita nak mintak sesuatu dggn Allah Yang Maha Kuasa .. kita endah tak endah sahaja.  Kadang-kadang tangan kita berbau bawang jeruk, ketiak kita masam,  mata kita jika dienyih ..pedih kerana tadi baru jer ..kita kreyek lada burung dlm mangkuk BUDU sebentar tadi (tak basuh mu) .. mata tidak bukak dgn elok lagi,  tangisan kita buat tak buat sahaja ..  mulut busuk/  gigi tak bergosok/  jari jari berbau rokok Kretek /  dan macam macam lagilah .. malas nak sebut ..  malu besar saya pada NYA.

NYA = ALLAH Yang Maha BerKuasa.

Ayuh ..  adik abang/ kakak dio tu.

Susunlah .. rangkap pantun /  ayat yang menarik
meminta sesuatu dari Allah YG SATU.

i)  kalau tak ada anak,  nak anak bukan?
ii)  kalau tak ada ijazah,  nak ijazah kan?
iii) kalau tak ada suami ,  nak lelaki terbilang kan?

macam-macam kita boleh mintak .. MINTAK lah

iv)  otak cepat lupa formula matematik, writing thesis PhD ..4 semesters dah lama berlalu; 2 tahun dah kelek dari Australia , progress writing PhD thesis entah tercapai entah kan tidak Ya Allah ..
v)  cara berjalan kita tak menarik kerana ..ketinggian dua batang  kaki kita tak sama ..  is it because of my tumit kasut ini?
vi)   kita selalu bergaduh dgn isteri kita, semua benda kita buat ..tak ada penghargaan dari mulut nya
vii) anak kita terjerat dgn najis dadah
viii) anak tino kita gilo kat Mat Indon umur 45 tahun sedangkan anak kita yg dara ini baru jer 15 tahun ..aduhai milah .. milahhhh
ix) bisnes kita .. ?  nak kat mati tak mati/ nak kata maju tak maju maju jugak ..how Allah?
x) jiwa kita tak tenteram .. semua benda dah try .. macam macam dah cuba ..tetapi hati ini ..tidak sejuk sejuk juga (tenteram lah itu) .. mengapa Ya Allah


----------------

Mintak sajalah saudara saudara ku .. kunci semua sukses dunia dan akhirat ada dgn Allah.

Tuhan Semesta Alam .

** aku ada selit juga ayat power ini yg diajarkan oleh Ustaz Yusoff Dakwah Tabligh di Kampung Sireh Kota BHaru ..

' if ..mu we (kurniakan) kat aku ..semuo bendo yg aku mintok selamo ini dggn mu  YA ALLah .. tak luak pun khazanah mu Ya Allah

Kau Maha Kaya . Kau maha Berkuasa

perkenankan ,,,lah ..  doaku ini... tidak ada tempat lain nak aku sandarkan harapan ku YA Allah ..pada mu sahaja ..aku berserah .. cabutlah nyawa ku dalam saat saat iman ku tinggi kpd mu .. jgn kau sentap nyawa ku di kala aku terlupa kpd nikmat dan kebesaran mu walaupun satu saat pun .. ya Allah...'.

Ameen ya robal alammeen.

Sekian.

Wallahu aklam.

p/S: hadiahkan Al Fatihah kpd saudara ku Arwah Dr Abdul Ghani Kamaruddin ini.  Al Fatihah.  & juga arwah ayahandaku Haji Khalid Muhammmad.




0 comments:

Post a Comment