Salam
Pagi tadi saya ambik sedikit masa membaca terjemahan Al Quraan Surah Hud .. ayat 70 - 100
2) Saya terbaca .. satu kesah .. satu kaum MADYAN yg tak buat transaksi perniagaan dgn baik ..
mereka menipu dalam timbang menimbang barang-barang; mereka simpan barang pada masa harga murah dan jual pada masa mahal ..cekik darah rakyat jelata. Dengan cara demikian mereka memperolehi keuntungan berlipat ganda. Balasan Allah kepada mereka ialah: Allah balikkan bumi ini dan bumi itu menghempap ke atas kepala mereka sampai mati. Mereka mati dalam bilik bilik rumah tangga mereka. Azab mereka berbentuk CASH (serta merta).
3) Muhasabah diri: kita diberi jawatan guru/ ok ker tugasan yang telah kita jalankan selama ini?
Bagus jugak kita semak sekali sekala .. musim bonus BN kurniakan kpd kita sudah berkali-kali.
3.1 Perancangan Penggajaran Mingguan ada tulis cikgu? IKut tak? apa pengetua kata pada kita. Ada bagus?
3.2 Proses P n P kita bagaimana? masuk awal dan keluar lewat dari bilik kuliah Prof? baguslah begitu. JIka tidak kita sudah berniaga masa, kudrat kita dengan cara yang tak betul sejak bila itu?
Prof gaji besar tau/
tak takut ker ..ada gaji yg tak halal ..
3.3 Buku buku latihan matematik, BM, BI budak budak sekolah itu ..OK ker? dah bertanda atau mintak anak kita yg cuti universiti tandakan .. so mak dan abah dia sebagai guru ..dok wak gapo selama ini?
3.4 ujian mingguan, bulanan, .. sudah kah kita bincangkan cara penyelesaian kertas-kertas soalan tersebut dgn pelajar pelajar kita Ya CIKGU?
-------------------------
Kalau jawapan kita TIDAK, TIDAK, TIDAKKKK, TIDAKKKKKKKKKKKKKK
maka awas lah ..cikgu/ Prof/ Cik / Encik Pensyarah ..
sekarang selalu kita dengar .. ada sepasang guru mati accident;
ada guru mati lemas; ada guru ... rosak buah pinggang .. ada guru dikapak kepala oleh mak bapak budak dan ada guru mati lekat tulang ikan terbuk, ada guru mati tiba-tiba terkena kejutan bekalan letrik, di bawah meja internet komputer dan bermacam-macam lagi
Orang orang alim kata '.. yang baik dari Allah .. yang tak baik itu .. mungkin kesilapan kita ..selama ini. Bertaubatlah ..diriku ini dahulu/ anak anak ku bergelar guru / dan sahabat sahabat ku berjawatan GURU, Pensyarah Politeknik, pensyarah kolej komuniti, Pensyarah Universiti, encik encik, cik cik dan lain-lain lagi. Kita akan disoal oleh Allah dari sekecil kecil budi kebaikan hinggalah sekecil kecil tipu daya, tipu muslihat kita sendiri. Tak takut kau?
Astagh firullah hal azeem.
BErtaubatlah .. semasa hayat dikandung badan.
5) Saya sampaikan sahaja. Di kampung / Taman Perumahan .. mana lebih penting .. posmen atau surat yang di bawanya?
He..he.. begitulah saya di sini.
Wallahu aklam. Al Fatihah.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment