Salam
Malam tadi saya berada di KLCC Suria. Cari buku .. ternampak satu majalah luar negara .. bertajuk besar berbunyi ' if any things happening .. they always blame the WEST ..'
jika ada apa apa yg berlaku (pembunuhan, rogol, penipuan berskala besar atas talian internet , dan lain-lain lagi ..) maka orang-orang islam akan cepat cepat menuduh BARAT.
Mengapa? Bukankah mereka itu kafir. Sudah tentu orang kafir memusuhi dan berdengki dgn kita mukmin. Habis. (Sila rujuk dari Kitab Al Quran Terjemahan -The Miracles). Buat apa diheboh-hebohkan pula. Walaubagaimanapun sudah terlajak menulis dalam blog ini, mungkin sebab-sebab berikut:
(o) Iman umat Nabi Muhamad la ni - kpd Tuhan Semesta Alam tak sekuat dulu lagi. Keyakinan dgn amalan amalan islam tak kuat lagi lantas kita boleh lihat rentetan-rentetan berikut di bawah :
(i) banyak masa terbuang. Orang asia tak ada benda lagi nak buat. Di Pakistan, India dan AFghanistan ..ramai belia tidak mempunyai pekerjaan tetap. Ramai antara mereka .. berkeliaran di jalan raya .. kalau ada kesempatan ..mereka adalah mendengar ucapan perdana di Taman taman bunga, pesta , pasar awam , sekitar tempat pejalan kaki , stadium bolasepak .. ada juga mereka ..menonton filem hindustan yang panjang panjang .. untuk menghabiskan masa ..
di warung-warung tepi jalan raya di pusat metropolitan iaitu bandaraya mereka. Dulu di Malaysia, ramai jugak orang tua lelaki berdiri, berkerumun mendengar tukang jual ubat kuat/ ajaib / dan macam macam lagi. See? tak ada kerja lain. Asyik fikir nak kuat sahaja.
orang orang indo pak ..terkenal dgn sikap dan sifat mendengar segala jenis berita. Mereka ralik (too absorb) mendengar ulama-ulama berpidato tentang hukum hakam islam dan politik ..
mulut mereka terbukak ..terlopong..tanda ..mereka terima semua yg disogokkan kpd mereka tanpa soal jawab. Orang orang begini, silap sikit mesti bergaduh. BN melawan PAS dan PAS melawan DAP/MCA/MIC di Malaysia lah.
(ii) taksub melampau-lamapu dgn budaya ini .. mereka tunggu dan lihat. Ada kalangan mereka .. tak banyak mahu berfikir .. menulis .. mengkritik apa yang didengar/ dihujahkan balik kpd mufti. ulama ulama tersohor tersebut.
(ii) kurang pendidikan. Senang mendengar dari sebelah satu pihak sahaja sepanjang masa. Orang berkopiah hijau bulan akan mengikut kabilah bendera hijau sahaja. Tidak ada yg betul dari khemah orang bendera daching dan begitulah disebaliknya
(iii) orang perempuan mereka .. tukang turut sahaja .. pak turut ? mereka cepat mengalah . kerana faktor budaya, adat, adab, race dan hukum hakam agama. Islam mengharamkan .. isteri melawan kata suami. Mesti ikut .. jika boleh ..sepanjang masa.
TEtapi dalam keadaan lain ..suami menghalalkan isteri keluar rumah untuk membantu ekonomi suami. Di Kelantan dan Terengganu kita, ada ramai jugaklah wanita islam berniaga di pasar-pasar awam, malam dan siang. Ada suami relaks atas beca , dalam teksi sapu, teksi ada permit .. sambil menanti .. si isteri tercinta selesai berniaga.
(iv) kemiskinan. Dengan kemiskinan yang melampau-lampau .. kuasa membeli tidak ada pada orang IndoPakistan. Bila kuasa membeli tidak ada (tarak) .. pandangan mereka mengenai ..itu dan ini ..pun tarak. Orang tak hormati pendapat kita jika kehidupan kita dibelenggu kemiskinan 24/7
Dalam keadaan begini, setengah kita cepat bergaduh. Kalau ada itek .. makan nasi mereka .. mereka akan cepat-cepat membunuh itek seseorang itu .. dan selepas membunuh itek orang itu .. baru mereka sedar .. bukan itek yang membawa masalah. Yang pokok ialah tuan punya itek tersebut.
Maka seluruh masyarakat BER+ itek .. dari kampung A dan kampung B akan bergaduh. Isunya ? se ekor itek dari kampung A ..telah menyudu dan memakan makanan orang dari kampung B secara tidak sengaja. Maklumlah itek dari kampung A mana ada otaknya. Itek dari kampung B ada otak tak? Nak tanya lebih panjang lanjut .. payah kerana itek tersebut sudah lama terbunuh dan dibunuh .. secara beramai-ramai oleh manusia dari kampung B dan sebagainya.
(v) kalau pendidikan dah kurang, minat membaca pun tak ada , ..macam mana nak reka cipta sesuatu alternatif dari peti TV, komputer dan macam-macam alah yang lain yg telah dikeluarkan oleh Jepun, Amerika yang jahat dan durjana.
Mereka menuduh .. amerika masukkan filem ganas. filem tipu daya, filem kotor dan berderet deret lagu lagu 'HOT' TOTPOPS yang menaikkan syahwat ..orang orang muda muslim dan muslimat mereka.
Syaitan, iblis mencelah: masukkan lah ..filem islam mu itu/ boleh?
Mereka menuduh .. amerika, korea ngandam style .. telah memesongkan cara tarian kebudayaan Indopak mereka ..
Syaitan , iblis amerika mencelah: .. kenapa kau orang tonton aku orang menari gila itu?
---
Mereka tak sedar .. Amerika , Britain juga yang menghantarkan ubat-ubatan dan baja moden untuk pertanian. Kenapa tak proses akar kayu dari hutan rimba dan kasi minum pada orang orang yg terlantar sakit dalam hospital itu. Orang Amerika banyak menulis buku buku teks sebagai rujukan bagi umat islam di merata dunia termasuk Parit Raja ini. Cuba check ..perpustakaan universiti di siti ..mana lebih banyak buku rujukan dari barat atau P.J (Parit Jelutong) kita jer? Oleh itu , tak semua produk orang kafir bahaya/ memusnahkan jiwa muslim. Pelik bukan?
Pendek kata ..orang orang islam Asia, Afrika, Barat lah yg patut disalahkan.
Bidang apa sentiasa kita kalah dan salah?
Banyak tuan hamba:
(i) pendidikan dunia dan akhirat
(ii) pergaulan; sains sosial; sukan olimpik, sukan asia, sukan bola sepak ; aurat atlet wanita
(iii) muamalat - perniagaan
(iv) amalan amalan agama 24/7
(v) dakwah islamiah 24/7
(vi) persepsi hidup kita mengatakan '.. yang hebat itu mestilah dari barat' sepanjang masa. Brain wash Amerika ke atas orang asia secara specifc Islam adalah total. Lengkap!
dan lain-lain lagi.
Jika kita marah kat syaitan, iblis dan Amerika .. macamlah kita menyalak kat bukit yang tersangatlah tinggi dari paras bumi / laut lagaknya. Wat penat jer. Kita adalah anjing, kucing yang kurus, lapar dan dahaga sepanjang masa. Kasihan kat kita .
Sudah banyak hari kita semua tak makan makan. Laparnya kita. Ada geng geng kita di Afrika sedang menunggu ikhsan dari Amerika untuk dapat bekalan makanan .. biji-bijirin dan susu-susu tepung yg lain. Ironinya. pak arab di Saudi dok sibuk merobohkan bangunan bangunan yg masih elok dan gagah perkasa dan terus membina bangunan bangunan pencakar langit tinggi dan lebih tinggi lagi. Membina bangunan-bangunan yg sama dipanggil gudang dan hotel penginapan jugak. Bodoh ..pak arab kito ni! Betapa banyak wang islam hilang dan terus dimamah oleh bangsa kafir Amerika tersebut. Pak Arab tertipu dengan bola sepak sambil pakai jubah ala-nabi berlari lari atas padang pasir. Mereka bersorak sekejap dan sekejap lagi bergaduh sesama mereka ..kenapa? kes bola! Bayangkan mereka membina litar stadium olimpik di padang-padang pasir secara melata. Unta unta dan biri biri Bedoiunn mungkin kot yg menggunakannya siang dan malam. Tertipu besar bangsa kita juga? Orang islam kita juga.
Kita juga yang salah , yang rugi dan macam-macam lagi. Astagh firullah. Baik kita gunakan masa .. perbaiki kelemahan kita dalam banyak bidang. Galakkan anak anak muda keluar dakwah ..belajar mencari ilmu seperti di Nilam Puri, Kota Bharu itu .. membina iman dan amal sepanjang masa. Fikr iman dan Amal akan memuliakan kita kembali tuan hamba!
Pujuk rayukan lah anak anak lelaki dan perempuan kita..berjinak-jinak kembali dalam dunia agama islam yg suci murni. Bukan aktiviti mirip kpd Amerika, syaitan dan iblis. Bersorak riuh sekampung ..di waktu malam ..depan skrin layar putih di hadapan kedai mamak adalah bukan budaya Islam pun. Cuba rujuk kitab agama. Mana ada dalam kitab , menggalakkan anak anak muda termasuk org org tua nak (m.mpus esok lusa) bersorak di tengah-tengah malam .. semata mata melihat sebiji bola menerjah ke jaring gol lawan? Ada kau jumpa anakku? sms abah plz if u found any.
Fikirlah tuan hamba. Musuh kita terlampau ramai termasuk iblis dan syaitan. Ayuh kita bangkit .. hadhirkan diri , tadahkan telinga kita mendengar sesuatu baris ayat suci/ hadith nabi ..untuk kebaikan kita dunia dan akhirat. Kekal abadi. Amerika jika kita dakwahkan mereka elok-elok .. nanti semua teknologi mereka ..orang islam yang punya. Tidak mustahil ini berlaku di waktu ini dan di waktu-waktu waktu lain yg akan mendatang.
Sekian. Wallahu aklam. p/s: saya sekadar menyampaikan risalah ini sahaja.
Rujukan:
1. Buku Fadhilat Amal - Keruntuhan umat islam sejagat. Kuala Lumpur: Sri Petaling Markaz Dakwah
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment