Rasa nak buat baiklahhh.. boleh tak?

Posted by sazali

Salam

Hari ini saya infakkan wang RM8  untuk majalah Millenia Oktober 2012.

Di dalamnya ada banyak topik menarik.  Dengan ini saya menulis apa yang telah baca sedikit sebanyak.


  • janganlah bertangguh untuk melakukan kebaikan dan kebajikan walaupun ia hanya sesuatu yg kecil yg mungkin dianggap remeh kerana walaupun ia perkara kecil, tetapi mendapat pahala besar di sisi tuhan Robbal Alameeen   ms 23   Dr Sukki Othman
  • kita tidak boleh mengharapkan anak untuk menjaga diri kita.  Jika nasib kita tidak baik mungkin kita satu hari kelak rumah orang tua lah tempat yg sesuai untuk kita mengakhiri usia.  ms 15  Hj Masrukhin
  • saya gantikan telekung surau yg dah buruk, kotor , berkulat dengan telekung yg sudah dibasuh supaya wanita yang ingin menggunakan telekung boleh bersolat.    Puan Norazila ms. 13
  • ingat mati cegah kejahatan   Dr Muhammad Zain   m/s  63
  • gelaran orang akademik.  Di Arab Saudi, seorang professor tetap dipanggil DR .  Di Pakistan, pula mereka memanggil SIR bukan professor.  m/s:  73   Dr Muhammad Syukri Salleh
  • Langkah awal calon PHD.  ms 50  Dr Othman Talib  -  mesti cuba berjinak-jinak dengan jurnal dan cari penemuan mutakhir dalam bidang yang kita akan kaji di peringkat PhD ini.
Itu sahajalah ..  penat dah ni.

Tadi mark papers QUIZ 2  Subjek Mathematics Discrete pelajar Universiti Tahun 1 Ijazah Pertama.

Macam-macam depa komen diri saya.  Mengajar laju sangatlah,  dakwat markers tak teranglah, waktu kuliah tidak sesuai untuk matematik degree lah ...  (sedap bahagian memberi kritik ini , bukan?)

so penat jugalah saya.

He..he..  saya doakan kalian yg terbaik.  Ameen.  One day biarlah ada ex-students saya dapat mengambil alih tugas mengajar subjek terkuno ini matematik  .. mau kau? he..he..

Wasallam


0 comments:

Post a Comment