Pelajar melayu cepat sangat nak balik bercuti ..

Posted by sazali

Salam

Mengikut pengamatan saya sebagai staf akademik sekolah, politeknik dan universiti IPTA  ..  pelajar melayu @ muslim politeknik dan universiti di Tanah Air selalu sangat bercuti.

Time orang cina beraya pun dia cuti/

Time orang India beraya pun dia cuti/

apa tah lagi Time bila Raya Puasa dan Raya Haji ..  ramai dari mereka pulang bercuti.

2)  Saya rasa banyak masa mereka rugi terutama:

2.1  kuliah banyak lagi berjalan seperti biasa ..  walaupun mereka sudah pulang ke kampung 2 -3 hari lebih awal dari sepatutnya

2.2  ada sebilangan besar dari mereka akan pulang ke kampus .. agak lewat sedikit dari orang lain.

-------------

3)  Saya rasa ..bila kita dah lama beraya Puasa .. tak payah balik kampung lah ..

bukan ada apa sangat /  setakat mak ayah , atuk nenek kita jer yang menjalankan amalan berkurban lembu, kerbau, kambing dan unta (di Masjid Telipot, Kota Bharu)

4)  Baik kita gunakan sebanyak mungkin masa .. mentelaah pelajaran / memahirkan diri dalam komputer programming, software, applications dan package/

sebenarnya .. bila belajar di peringkat ttinggi tinggi ini , ia adalahh se umpama KELUAR BERJIHAD FI SABILILLAH .. menunutut ilmu yg diwajibkan oleh agama.

5)  Bila ramai sangat pelajar pulang ke kampung .. ada yang membonceng motosikal , naik kereta kawan-kawan ..  ada berita kecelakaan jalan raya sana dan sini.

Otak kita tak fokus sangat ..bila asyik nak balik ke kampung sahaja ..

Dulu sibuk nak datang ke universiti/  sekarang sibuk nak balik ke kampung halaman sendiri.


6)  Kerajaan kita pun satu hal jugak /  kita boleh ..  buat jadual yang baik dan kemas // jangan beri students pulang bercuti raya sangat sangat ni/  membazir wang, teanaga, susah payah seluruh dunia beli tiket bas dan beli tiket kereta api / AIR ASIA / sekali jadi/ sekali lagi tak jadi/

ramai orang tua .. tercabut tangan, jari jemari berebut beli tiket kat kounter tiket bas di seluruh terminal bas, kereta api seluruhnegara -  untuk melayan kerenah anak anak mereka belajar di UNIVERSITI ini.

-----------

kalau tak balik beraya pun /  jika rumah orang tua nya berjenis kayu dan reput .. kalau kita balik pun .. rumah itu sentiasa berkayu dan berreput jugak.

kalau tak balik beraya pun/  jika mak dan ayah dah tidak ada gigi bila tersenyum //  besar kemungkinan musim beraya dengan mereka pun // gigi mereka tetap MISSING in ACTION

------------

Jika tak balik raya , mungkin .. setakat air mata anak anak dan ibu bapa ..menanggung rindu ..itu jer ..tetapi saya yakin ..pointer anda akan lebih cemerlang lagi dari semester ke semester yang lain.

--------------------

Students yang belajar kat luar negara tak balik balik pun berhari raya ..tak kira raya puasa, haji, Kong Hee Fak Choi, Deepavali atau Krismas , bertahun-tahun lama nya ..  oleh yang demikian  ilmu dunia dan akhirat mereka lebih mantap dan terus bergaya ...
FOKUS mereka  lebih ke hadapan dan fikir mereka dalam dakwah dan usaha agama lebih maju ke-hadapan/

Lain lah .. dengan some students dalam negara//  after 4 tahun .. fikrah mereka tentang islam ..masih ditakuk lama .. setakat tahu sembahyang 5 waktu sahaja secara bersendirian;  sembahyang tarawikh 8 rakaat sahaja  .. sedangkan mereka tak membelri masa secukupnya sewaktu mereka masih bergelar "STUDENTS IPTA/IPTS" untuk mempelajari skill berdakwah, masak memasak makanan halal untuk diri sendiri dan prepare makanan untuk group melebihi 10 orang serentak  .. dengan orang orang luar negara sewaktu menaiki pesawat dan lain-lain lagi.  FIKRAH mereka ialah .... mu kelek bilo wen?  asyik tanyo mu tok  kelek kelate ko Jali?  wak gapo kelik acak acak nyor?  (laugh)

Berilah sedikit masa  saudara/ saudari sekalian .. memikirkan ..apa yang saya sarankan di sini.  Mereka yang lemah MUET
saya yakin ..  mereka tak ada masa nakbelajar MUET dgn mak ayah yang sibuk mengasah parang nak sembelih lembu pada hari JUmaat dan Sabtu ini.

Klau kita tak balik pun raya sana dan sini   kita tak akan MATI ..  everything is running as it is with or without us..  PLease think about it?  Belajar rindu rindu dengan orang orang tersayang ini cukup bagus tau.

Allah Akbar.  ALLAH AKBAR  Li lah hil ham.

Maaf saya pinta dari hujung rambut di atas kepala hinggalah ke tapak kaki saya ..  Maaf ok?

  

1 comments:

Post a Comment