Salam
Dulu di Pekan Wakaf Bharu, Kelantan merupakan sebuah pekan khusus untuk perniagaan beras di negeri pantai timur ini. Berguni-guni beras bertimbun-timbun di dalam sesebuah kedai beras tersebut. Hari ini , saya hendak menceritakan tentang sifat penjual beras ini (tok praeh beras ).
2) Mereka menjual beras dalam unit kati, 2 kati, .. , seguni, dua guli ... gitu lah .. sekarang baru ada sistem kilogram ini.
Dulu bila mereka menyukat beras .. katakan anda hendak membeli 8 kati beras .. dia akan sukat 8 kati di hadapan anda hidup hidup;digunakan bekas dari kertas kuning yang tebal, ..selepas itu dia akan menambah sedikit / segenggam dua beras untuk ditambah dalam 8 kati beras yg anda sudah belikan itu. oleh itu 8 kati tambah segenggam atau 2 genggam lah beras yang anda akan bawa pulangke rumah.
Begitulah ..sifat .. tok praeh beras zaman dahulu.
Mereka dapat buat begitu kerana .. di tepi kedai mereka .. ada sebuah masjid besar Wakaf Bharu, Kelantan. Di waktu malam, ramai tok praeh beras menadah telinga masing-masing mendengar ajaran agama yang disampaikan oleh ustaz/ ustazah terkenal termasuk arwah Tok Mufti Kelantan Tuan Hj Hasbullah.
Berkat ajaran agama ini, tok preah beras dapat mengamalkan sifat berderma / berlebih kurang antara mereka dengan para pembeli. Dengan sifat sebegitu rupa, pekan Wakaf Bharu , semakin popular , terkenal ke seluruh pelusuh tanah air. Ramai orang suka membeli belah di pekan ini.
3) Sekarang, sifat ini .. saya nampak dah tak lagi diamalkan. Kerana ..beras sudah dibungkus dalam sukatan tertentu 1 kilo, 5 kilo, 10 kilo , 20 kilo, 40 kilo ..
ini dibuat supaya jualan lebih cepat dan tepat. Bekas bekas beras sudah siap tersedia ada di atas rak beras untuk dipilih oleh pembeli. Mereka menjual
ala .. counter kat supermarket sana. Hanya senyuman manis dari anak gadis tok praeh beras zaman moden ini sahaja lah senjata utama untuk memikat hati pembeli untuk singgah dan beli beras mereka.
Walaupun begitu dari observation saya , transaksi dan interaksi sosial antara penjual dan pembeli semakin berkurangan dari hari ke hari. Mungkin duit yang masuk ke dalam peti wang tok praeh beras semakin banyak .. sifat memberi segenggam dua beras .. ke dalam bekas beras pembeli ..tidak lagi diamalkan. Saya rasa payah nak amalkan .. kerana mereka kena buka balik .. supit (bungkusan plastic) beras yg sudah tersedia ada.
Bila sifat ini tenggelam , maka sifat kasihan belas pun semakin kurang diamalkan bukan sahaja luar kelantan tetapi negeri kelantan ini sendiri. Hasil dari itu, hati masyarakat semakin keras ..
Dulu berkat sifat berlebih kurang , ramai anak anak tok praeh beras dapat melanjutkan pelajaran hingga ke universiti, maktab perguruan, kolej jururawat dan akhirnya mereka dapat menjawat sebagai guru siswazah, ustaz, ustazah, pegawai majlis agama islam, pegawai daerah, pegawai polis, askar, doktor, doktor pakar, staf nurse dan lain-lain. Alhamdulilah.
Sekarang bila ..sifat memberi dan berlebih kurang semakin tenggelam diamalkan ..tidak ramailah anak anak, cucu cucit tok praeh beras yang dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yg lebih tinggi dan seterusnya berjaya menjadi ahli masyarakat yang dikagumi ramai. Apa yang lihat , ada sebilangan anak anak tok praeh beras sudah menjadi mat atau minah rempit di kawasan tertentu Kota Bharu dan sekitarnya. Dulu budak budak muda suka mendengar kuliah agama dari maghrib hingga isya .. tetapi sekarang .. mereka suka menjadi peminat bola sepak Red Warriors .. Kelantan FC. Sekarang , majoriti ahli ahli masjid bukan dari kalangan muda mudi 25 - 40 tahun. Mereka adalah dari group orang orang pencen (warga emas).
Di dunia ini pun kita boleh lihat kesan dari .. meninggalkan sifat baik menderma, berlebih kurang se sama kita .. anak anak keturunan kita sudah semakin jauh dari agama islam yg sebenarnya. Mak bapak tegur pun .. mereka tak dengar sangat dah. contoh teguran ibu ialah .. mengapa mu pakai seluar ketat ketat tu Timoh (katty, fatimah) .. stail wen. Bakpo mu chat rambut mu tu Bidin .. stail loni weng (nenek/atuk). Gitulah lagunya rata riti zaman lo ni.
Sekarang data statistik perceraian .. di Kelantan 2000 - 2011 .. sangat tinggi jika dibandingkan dengan negeri negeri luar seperti Pulau Pinang dan Melaka. Adakah .. data ini mempunyai sedikit sebanyak korelasi (perkaitan, pertalian, persamaan ) antara amalan jual beli ibu bapa dalam dunia beras sekarang dengan tingkah laku anak anak mereka dari umur 10 - 25 tahun?
Wallah hu aklam. (hanya tuhan yang lebih mengetahui). p/s: oleh itu saya ingin mengajak diri saya terlebih dahulu dan para pembaca budiman, jom kita amalkan kembali sifat bertolak ansur , memberi derma segenggam beras , .. beri lebih pengajaran matematik di sekolah kpd anak anakmurid yang memerlukan perkhidmatan kita tanpa niat ..dapat upah tuisyen dan sebagainya. Insya allah kebahagiaan , adalah milik kita semua satu hari nanti. Ameen.
Salam/ peace be upon you my readers

Every soul wants happiness. We cannot get happiness by buying this in a famous shopping mall in Japan, Korea or Shanghai. Why?
Happiness is not tangible. You cannot get a kilogram of happiness in street 1, another kilogram from street 2 etc . etc . Happiness is guaranteed by the Al Mighty God known as Allah (the creator of all creations). By remembering HIM, one can get the real happiness. (Al Quraan, Surah Yusoff , line # ... ).
At this point let me elaborate . Let us categorize happiness into 2 kinds. One temporary one and the other the permanent one (eternal). After happiness , there comes peace and solitude.
Point 1 - temporary happiness.
this is easily obtained by mankind and animals too. If your child is crying for 3 minutes , and you supply this with some milk .. the cry stop because the baby is happy sucking the milk from the mother and / or bottle(s). Once the milk stop , the child will cry again. This is a form of temporary happiness. Similar is to a group of employees in India. Today they demanded for a pay rise, then once the pay rise comes .. they will be quiet for sometime (absorbed thinking what to do next with the extra pay etc etc ..) but once inflation rate gets higher and higher ... and the pay rise cannot sustain the inflationary rate .. the workers will strike and started to demand more and more pay. So is this happiness? Actually most men on this earth is subjected to this kind of happiness. Come may marriage, popularity, promotion towards Prime Minister , President etc etc .. all these Allah defined them as temporary happiness. This is temporary because it did not last long for ever. In fact some of these happiness can stay ON from a mere minute in time to 5 years (if you are elected as the Prime Minister of Malaysia).
So where is the true happinness?
Point 2 - permanent happiness
this kind of happiness is not associated to (one to one, ONTO) to any material gains etc etc. It comes directly from Allah by obeying his commandments, stay away from SINS ( fornications, slander, bad mouthing, bribery, gambling, taking of wines, tengok nasib ) and eager to practise the livestyles of the Prophet Muhammad s.a.w.
What are the live styles of the Holy Prophet Muhammad (peace be upon him) .. He stead fasted in his 5 times daily solat / prayers, fasting 1 whole month in Ramadhan, taking care of manners and etiquette , good manners while interacting with the human and animal kinds, doing (dakwah) propagation of Islam throughout the far corners of the earth 24/7, taking care of your beloved family wife and children and taking heed seriously to your daily jobs as agreed by both parties the employer and employees. Love your mother (parents) and take good care of your relationship between your relatives. Giving alms (charity) is a part of his life. Do zikirullah (solid remembrance of Allah ) 24/7 by Saying Subhanallah, Alhamdulilah and Allahu Akbar.
Insya allah by focusing on the point 2 , point 1 will come naturally. Once point 2 is obtained , point 1 easily fits in into your life ( point 1 is the sub set of point 2) and we will get happiness as prescribed by Allah. Period! without that , you will lose sleep, you eat kilograms of rice and chickens but you won't taste the rice as good as before, you take bath but your body didn't feel the coolness as appeciated by those indians at the Ganges river , you sleep in an expensive room RM100,000 per night but God didn't give you any sleep as obtained by those poor ones who manage to sleep freely between the busiest road in Karachi, Pakistan under the hot sun etc etc. You have a wife / wives but you did not gain any respect from her / them in spite of you being the richest man on earth and you keep to pour all kinds of goods to her as promised by your weaker lips(mouth ) in order to please her/ them. If you lose the respect from her, where is your happiness then? Zero, right?
Wallah hu aklam. ( God knows best).
Salam
Ramai orang mencari benda alah ini siang dan malam. Orang kulit hitam cari kebahagian dan orang kulit putih putih pun sentiasa mencarinya juga. Orang kulit semi gelap macam saya pun tak terkecuali.
Ada orang fikir melalui kekayaan , mereka boleh kebahagiaan. Tetapi sayang, Michael jackson yang kaya raya mati tanpa kebahagiaan
Ada orang fikir melalui darah keturunan raja dan tanah kuasa pemerintahaan yang luas, mereka dapat kebahagiaan. Sayang. Tidak ada bahagia pun .. dalam keturunan + tanah takluk yang sangat luas. Tak percaya .. tanyalah suku sakat Mendiang Lady Diana. Dia mati dalam tunnel di Paris tanpa kebahagiaan. kasihan sungguh dia.
Ada orang fikir melalui dadah .. mereka akan dapat kebahagiaan. Jawapan nya salah. Tanyalah mendiang Whitney Houstan. Dia mati dalam pengaruh dadah dalam kolam mandi di hotelnya. Berbuih-buih mulutnya semasa dia dijumpai lemas dalam pengaruh dadah.
Ada orang fikir dengan mendengar muzik mat salleh dia akan bahagia/ salah itu semua? Tengoklah penyanyi pujaan ramai Hong Kong .. Korea.. Jepun .. Malaysia..Indonesia.. semakin banyak rekod nyanyiannya laku dalam pasaran .. dunia ..semakin serabut .. kehidupan dia/ banyak gosip dalam hidupnya/ lantas ada bintang filem bunuh diri dengan stail menggantungkan diri atau terjun jer dari tingkat 35 bangunan mana-mana di dunia fana ini. Tidak ada bahgia .. dalam semua ini!
Mendiang John Lennon (England) menyanyi lagu ' There is no heaven .. '. Rata riti dia nyanyi lagu itu. well dia dapat heaven bila ..ada orang gilo tembak dia. Dia dapat heaven bila ada bullet / peluru menembusi kepala ..nya. Begitu juga Mendiang Mahatma Gandhi .. dia berjuang keadilan dalam kalangan buruh kasar di negara india .. rata riti dia berjuang hak kesamaan .. buruh .. gaji buruh .. kehidupan buruh kasar .. well dia pun dapat bullet/peluru hidup .. satu hari 60 - 70 tahun yang lalu. Dia dibunuh oleh orang gila juga. Tengok! kebahagiaan .. yang dicari .. jawapan dia dapat hanya satu peluru menembusi kepala otak dia ..tembus dari belah kanan ke belah kiri. No kebahagiaan brother!
Ada orang fikir ,, jika dapat anak ramai ..dia akan bahagia. So setiap tahun dia dapat anak ...berderet deret macam Train LRT .. banyaknya gerabak ..payah orang nak layan mereka ini ..jika datang berhari raya ini. maklumlah ..sekarang ramai orang berkira .. berapa kilo gula kena habiskan buat kopi dan teh tarik ini... adush payahnya .. mendapatkan kebahgiaan ini/ Dalam Bahasa Inggeris .. kebahgiaan disebut happy. happiness / happy go lucky .. tetapi makin disebut sebut perkataan Be happy, Don't worry .. tak happy happy pun kita! Tengok?
So bagaimana brother? macammana nak dapat bahagia?
Jawapannya adalah dalam zikirulllah (ingatan kita kepad Allah). Sebut banyak banyak 'Subhanallah, Alhamdulilah dan Allah Akbar'; mengaji Quraan secara konsisten sepanjang hari; tengoklah tafsiran, terjemahan, salawat dan salam kepada baginda besar kita Nabi Muhammad s.a.w ; dekatkan diri dengan amalan amalan terpuji dengan kuatkan ingatan kita kepada Alllah yang ESA dan jauhkan diri kita dari maksiat seperti berzina/ minum arak/ mencuri/ mengkhianati orang lain , buruk sangka kepada orang lain, sikap endah tak endah kepada jiran tetangga sendiri dan lain-lain lagi.
Bukti ada banyak dalam Al Quraan.
Salah satu ayat al Quraan ..mahfumnya ialah '..hanya dengan mengingati Allah sahajalah ..engkau akan bahagia...' Sodaqahllah hul azim. Siapa cakap ini? Allah Pencipta kita. Dia mencipta kita dari air mani kepada ketulan tulang, dan diselaputi pula dengan daging daging pejal berwarna hitam, putih dan ada diberikannya semi-gelap macam penulis yg hina ini. Bila Allah Pencipta kita, sudah tentu dia maha mengetahui di mana letaknya KEBAHAGIAAN.
Kita kena percaya bulat-bulat janji Allah. Hanya dalam ingatan mu kepada aku ..kau akan dapat bahagia. Beres! tak payah makan ubat kuat apa-apa/ minum kopi kau kau pun .. if we obey Allah , Allah will grant us HAPPINESS.
Bila kita bahagia
1) dapat isteri tak cantik pun tak apalah..kita redha
2) dapat belajar di IPTA Johor pun tak apa lah ..kita redha
3) dapat pinjaman PTPTN pun tak apa jugak .. asalkan dapat sudahlah
4) tidur berbumbung langit yang gelap dan sejuk dan berlantaikan bumi pun tak apalah .. kita redha jer
5) berjiran dengan orang orang miskin pun kita ..alright punya .. tak ada rasa sedih apa apa
6) walaupun tidak dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia, kita tak rasa apa apa ..tak bersedih pun .. why? kerana amanah memimpin negara islam macam malaysia bukannya senang brother .. semua akan disoal di akhirat kelak .. silap silap kita masuk neraka paling awal lagi kerana rasuah, tipu daya, dan macam macam maklumlah .. ada anak anak bini yang rosak kerana perasan banyak sangatlah. Why? ayahanda jadi P.M katakan...
7) markah TEST1 imatematik diskrit 3/20 pun ok lah . memandangkan kita bukan kepala matematik pun/
8) makan nasi 3 kali sehari tanpa kuah daging ayam pun ..kita bahagia juga. Tidur kita .. berres jer .. letak kepala terus tidur walaupun bau bantal busuk kita , hanya tuhan sahaja yang tahu
9) mandi ..pakai air tak banyak pun .. badan kita tetap basah dan terus segar .. sepanjang masa dan
10) kita dapat meghadhiri kuliah agama tanpa ada elemen paksa ..oleh pihak atasan / bini kita bergelar ustazah pun
--------------
Sebenarnya nikmat bahagia ni .. tuhan sahaja yang kurniakan kpd mereka yang hatinya .. bersih dari hasad dengki , khianat,mulut jahat, mulut busuk, sumpah seranah.. , tamak haloba, tak pernah rasa puas .. dapat bini melayu paling cantik pun .tak happy happy jugak
/ nak cari bini macam mana lagi kau ini?
hindustani berpusat bujel ker?
cina mata paling sepek ka?
mat salleh tak basuh ... punggungnya tau .. hishhhh .... najis .... kau
Belajarlah bersyukur. Bila kita bersyukur dengan nikmat yang allah berikan kepada kita selama ini, nanti Allah kurniakan lebih banyak nikmat mulai esok, esok dan seterusnya.
Sekian. cakap lagi dan lagi tentang kebesaran Allah / kagumilah kecantikan sunnah (cara) hidup nabi Muhammad s.a.w. Datanglah kebahagiaan itu. Bagi saya .. kebahagiaan terletak dalam hati sanubari saya. Jika Allah campakkan satu titik bahagia / maka bahagialah saya. Jika tidak ada apa apa titik kebahgaiaan dari Allah .. pergi cari benda aalah ini sampai kutub utara dan kutub selatan pun .. sampai mati pun ..kita tak akan dapat kepuasan hidup dan kebahagiaan. Wallahu aklam. (esok saya akan translate ini untuk bacaan orang jepun, china, korea yg tersohor dengan kes bunuh diri) insyallah. itu jer sumbangan saya kpd merelka di luar sana. Jika tidak orang jepun akan dakwa ..aku beri kau muslims macam macam kipas angin Sanyo, calcultors CASIO, kereta Toyota Vios , komputer Acer dan lain lain .. apa kau muslim beri kat aku hah? payah kita di pintu syurga ..org jepun, korea, cina akan pegang kaki kita ..tak leh masuk syurga kau! susahhhhh
dated: 27 OKT 2012 Sazali Khalid Ph.D