Kriteria mencari menantu

Posted by sazali

Salam

Tadi dapat panggilan dari sahabat lamaku .. tajuk ..  kriteria mencari menantu perempuan ..

Berikut adalah kriteria hasil pembacaan / pemerhatian saya:

(i)  4 sifat mulia dari Rasulullullah -  ada iman sejati, ada akhlak adab yang baik, dari keturunan yang baik-baik seperti ketua kabilah , imam masjid jameek, tok guru Al Quraan, para guru yang terbilang dan akhirnya ada rupa (cantik) sikit-sikitlah ..  maka pilihlah .. yang ada agama.  Tentu kalian akan senang hati tidur diwaktu malam dan senang hati jika pergi OUTSTATION  insya allah.  (Ilya Ulumuddin, 1980).

(ii)  jika boleh adjust, cari menantu berdekatan dengan kita . contoh if we are kelantanese , then menantu kelantanese ok sangatlah.  SEnang kita nok gi mari dengan mok ayah dio.  Kuat persaudaraan kita.  Bayangkan kito orang Gaal, pasir Puteh.  Menantu kito dari Haidramaut , Yaman.  Payoh tu ..nok gi mari ..time berbaloh ..  baloh laki bini ini?

(iii) zaman sekarang ..  orang nak ada kelas seghoti.  If anak jantan kito ada masters UTHM .. menantu kito ada masters UTHM jugok lah.  Nampak steady.  KIto emak ayah boleh tumpang sokmo sokmo.  Dia we pitih RM50 kat emak dio,  anak kito pun boleh we jugok kat kito RM50 sebulan tanpa minta apa apa izin dari tok laki dio.  Fair and square.

(iv)   ada culture.  If kita dari kalangan guru yang suka membaca itu dan ini, kita suka sparing partner kita yang datang dari kumpulan orang orang yang minat membaca.  Bayangkan kita suka membaca, tok besan kito suko pelagor  ikan sekilar / ayam jantan / sambung ayam/ lembu/  kambing dan lain-lain.  Katakan dia suko memburu dalam hutan rimba di Gua Musang ..  dan suka cari tongkat ali .  Ok kor mu itu?  Different culture

(v)   size rumah tangga.  Kita bungalow tiga tingkat.  Anak menantu dari Flat Kuala Lumpur, Wilyah Persekutuan.  Payah dio nak adjust dirinya mungkin?

(vi)  jaga solat.  jaga waktu sembahyang dan mengaji Al Quraan.  Orang yang menjaga solat sepanjang masa , senang kita berbincang dengan dio.  Boleh bertolak ansur.  Berlebih kurang.

(vii)  pandai memasak.  Bila goreng nasi , rasa nasi gorenglah.  Bila wat nasi lemak ,  after 30 minutes, hidangan darinya .. mempunyai rasa nasi lemaklah.  Insyallah selamat kita semua.

(viii) pandai bergaul dengan orang orang tua.  Kita dia anggap sebagai ibu asalnya juga.
(ix)  tok besan kito PKR, sebelah rumah Izzah Annuar Kumpur ; dan kito PAS .  Beres bos? what say you?  laugh.


---------------------

Begitulah Hajjah.  Tidak boleh tulis banyak-banyak.  Nanti tergores hati pembaca.   Maaf .. apa apa yang ada dipapar blog ini.  SEkadar berkongsi-kongsi pandangan dan lain lain sahaja.
Lagipun saya ada 3 orang anak lagi yg belum mempunyai jodoh pertemuan.  laugh.  Bahaya.

Wallahu aklam.

Jangan takut wahai anakku dengan PhD itu ..

Posted by sazali

Salam

Insyaallah , tidak berapa lama lagi anakku akan melanjutkan pelajarannya ke peringkat PhD. Oleh itu, saya mengambil kesempatan untuk menulis untuk nya dan ..  untuk sekalian umat islam di seluruh dunia yang tahu berbahasa Melayu.
Insyallah.

Bacalah wahai anakku.

Gerungggg   mu buat Ph.D?  Blur bang?

Tahniah dah dapat offer dari JPT untuk menjalankan kajian di peringkat PhD.  Itu satu langkah pertama yang sangat berani.  Sekuat-kuat manusia seperti Badang, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Tok Kenali, dato' Bahaman  dan ramai lagi hulubalang melayu zaman dahulu kala dan Mahatma Ghandi (Perdana Menteri India) tidak ramai yang sanggup belajar ke peringkat paling tinggi iaitu PhD.  Anda salah seorang jer yang berani menyahut cabaran tugas sejak berada di university.  Oleh itu dikesempatan ini izinkan saya mengucapkan tahniah setinggi-tingginya kepada anda kerana niat anda yang berani dan suci murni ini.
Berikut saya sampaikan sedikit sebanyak petua untuk berjaya PhD.  Bacalah ..  dengan dada dan fikiran terbuka.  Jika ada mutiara gunapakailah dan sebar kepada orang-orang lain dan jika semua ini adalah sampah belaka , saya rela dibuang jauh jauh dan dihanyut pergi bersama sama toufan Sandy di New York City 27 – 31 Okt 2012.  Bacalah…


Langkah-langkah:  bila baru nak start buat phd
1.       Cari tesis di Malaysia , tesis terhampir dengan tajuk kajian anda.
2.       Cari tesis di luar Negara walaupun sebuah, tesis terhampir dengan tajuk kajian anda.
Ini adalah untuk anda mengetahui tahap atau keluasan bidang kajian tersebut.
3.       Setelah memperolehi tesis tesis tersebut, baca abstract, Bab 1, Bab terakhir dan recommendation/ cadangan yang telah diajukan oleh pengkaji di atas.  Lihat dengan rapi semua buku-buku rujukan, journals, proceedings yang telah digunakan oleh tesis-tesis tersebut. Beri banyak masa buat analisa bahan rujukan yang ada dalam tesis ini. Cuba kenalpasti KITAB utama,  theoretical framework/ conceptual framework yang telah diutarakan oleh pengkaji di atas.
4.       Tabiat membaca jurnal dan buku-buku : diminta jangan membaca bahan-bahan ini seperti anda membaca akhbar harian METRO, majalah sukan FUTBALL dan lain-lain.  Anda diminta mempunyai disiplin tinggi untuk membaca benda alah ini.  Mengikut pengalaman saya membaca setiap paper journal sebanyak 3 kali banyaknya. Catit tarikh bacaan tersebut.  Bacaan pertama ialah scanning,  bacaan kedua ialah mengenalpasti scope kajian, research gap, findings dan methodology. Buat bacaan dalam kadar slow-slow sedikit.  Bacaan terakhir ialah menulis rumusan 1 atau 2 paragraph.  Gunakan jadual matriks yang pernah saya syurkan kepada anda terdahulu.  Tidak memenuhi jadual matriks ..ini bermakna ..anda telah gagal membaca apa-apa. 
5.       Bina tabiat menanya soalan yang produktif dengan penyelia utama PhD anda.  Buat catitan apa yang dibincangkan.  Sebaik-baiknya gunakanlah recorder untuk merakam semua perbualan anda.  Bila sudah selesai, cuba cari sudut-sudut terpencil dalam library untuk mendengar balik perbualan anda dengan SPVR tadi.  Insya allah Berjaya!
6.       Elakkan dari perangkap mengambil andaian bahawa Tahun 1 PhD adalah honeymooning year.  Ramai pelajar Malaysia PhD di luar Negara tertipu dengan sikap ini di mana pada tahun ini lah mereka merantau seluruh benua Eropah, Amerika Utara, Afrika Utara dan tidak ketinggalan tanah suci Mekah/ Madinah.  Tahun ini juga mereka mula belajar/ berjinak-jinak dengan batang golf, topi bintang golf TIGER WOODS hinggakan masuk library Universiti Birmingham , England jam 0900 mlm waktu Winter pun mereka akan tetap memakai topi golf TIGER WOODS ini.  Bila banyak berjalan, kita akan dapat ramai kenalan-kenalan baru.  Ramai kenalan baru , ada saat happy dan ada saat dukacita.  Perkara dukacitanya ialah .. rumah kita di London akan menjadi BED and BBREAKFAST hostel CYS semua kenalan kita dari Scotland, Ireland, France, USA bila mereka mau melawat kota bandaraya LONDON.  Semua telur ayam, sardine dan susu segar dalam fridge kita akan habis.    Baik sungguh hati tuan hamba. Terima kasih tuan!
7.       Elakkan dari membina computer systems PhD terburu-buru.  Bila siap system and mula menulis tesis kita akan berhadapan dengan 3 masalah terbesar.  Tiga masalah besar ini lah punca utama mengapa ramai pelajar PhD tidak dapat menyelesaikan proses penulisan tesisnya yang sudah berkurun-kurun lamanya. Pertama anda belum yakin sepenuhnya apakah research gap selama ini (sebelum anda terjun ke dalam dunia PhD).  Kedua ialah data yang ada tidak diproses, analysis dengan baik menggunakan teknik programming, software secara efisyien dan bijaksana.  Ketiga disebabkan anda lalai membuat Literature Review secara menyeluruh/ exhaustive pada tahun 1 dan 2, masalah terbesar anda ialah penulisan tesis bab terakhir tidak mempunyai rujukan, penemuan anda tidak mempunyai apa apa kaitan dengan penemuan researchers terdahulu atau terkini, hujah mempertahankan penemuan anda kelihatan lemah dan tidak mencapai tahap kesarjanaaan di peringkat PhD.  Tidak lupa juga, kadang-kadang ada pelajar tidak mempunyai kekuatan dalam penulisan tesis dalam bahasa inggeris.  Ini memainkan peranan penting bila supervisor akan berkali kali menegur .. I just could not figure what the hell you mean by these pages!   Di saat saat tahun 4 , 5 di luar Negara dengan kotak-kotak hadiah dan jualan sales dari Car Boot sales di White Chapel, Aldgate East and Wembley dan juga kereta merx E2.30  second hand berada dalam otak anda bercampur dengan ketakutan kita untuk berjumpa projek supervisor bila Profesor Brown memanggil anda berkali-kali,  minat anda untuk menyiapkan tugas utama PhD akan terus luntur, tenggelam dan … segala-segalanya akan menjadi memori penuh warna-warni di London. 
8.       Buat tabiat menulis paper proceedings dan jurnal.  Dengan cara ini, focus anda terjaga.  Pada tahun 1 PhD, pembaca-pembaca akan Nampak ..hasil tulisan ini adalah mereka yang baru terjun dalam dunia research,  buat 3 paper dalam tahun 1 sekurang-kurangnya, hantar jauh-jauh sampai ke Indonesia Institut Teknologi Bandung ;  Australia, Univ of Deakins  dan Japan, Univ of Waseda pada tahun 2 PhD buat 2 paper    yang Nampak lebih canggih dan mantap dibaca di mana pembaca boleh melihat sudah ada method yang tepat dan proses susulan dari metodologi di atas  dan akhirnya pada penghujung tahun 3 PhD buatlah 1 atau 2 paper untuk jurnal berimpak tinggi.  Dengan target begini, Allah Taala akan membantu anda dan akan mengganggap semua masa susah dan senang anda di London , satu amal ibadat yang DIA redhai.
9.       Bila menulis tesis, elak dari menulis dari saat sejurus selepas tamat tahun 3 baru nak mula menulis tesis.  Mulakan dengan penulisan tesis PhD pada tahun 1 lagi.Bukak bab 1 introduction, bab 2 literature review dan bab 3 research methodology serentak dalam computer notebook anda sepanjang masa.  Bila ada idea apa-apa, tanyalah diri anda ada apa-apakah fakta yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam mana mana bab ini.   Belajar words outlining.  Saya dapati banyak masa dapat dijimatkan dengan kemahiran outlining dalam words 2010 ini.  Cubalah anakku.
10.   Simpan backup / harddisk/ second back up , third back up/ simpan dalam cloud.  Ada kenalan saya di Birmingham, di saat saat dia mahu pulang ke Malaysia, beliau kehilangan 5 paspost Malaysia dan juga 1 set computer PhD.  Pada masa itu , semua penulisan terbaru selama 4 bulan terkini ,,,,  beliau tidak membuat sebarang backup.  Mengikut temubual , rakan saya ini sibuk dengan servicing Merx 2.3E dia di garaj orang Pakistan/ African brothers berhampiran rumah sewanya.  .  Bayangkan kesusahan yang dialami ini.  Dari jauh, saya dengar dia tidak Berjaya menyerahkan tesis PhD tersebut.  Satu kenangan pahit, bukan?
11.   Sebagai orang islam, banyakkan masa sembahyang hajat dhuha, tahajud ..mintak pertolongan Allah siang dan malam.  Dalam satu ayat dalam doa saya , saya masukkan ayat begini ‘..  jangan sia-siakan masa pengorbananku ini untuk memperolehi PhD demi dunia islam keseluruhannya dan ..ya ROBB (tuhanku) ..janganlah jadikan aku ..satu bahan ketawa oleh pihak JPT, KPTM, Universiti, politeknik, anak anak cucu ku ..ahli masyrakat kampongku kerana aku tewas dalam medan PhD… ya Allah ..bantulah aku.  Jika orang-orang kafirpun kau boleh membantunya .. apa kiranya .. nikmat PhD ni kau kurniakan juga pada diri ..yang serba lemah ini.  Aku tak tahu macam-macam kerana .. kuasa tahu segala-galanya adalah hak milikmu se orang. Ya ROBB  ..’
12.   Sekian.  Maaf ku pinta jika ada apa apa yang tidak bagus dibaca dan tidak enak difahami oleh kalian.  Saya hanya menyampaikan apa yang saya tahu jer untuk maksud berkongsi-kongsi ilmu dan pengalaman.  Yang baik dari Allah dan yang tidak bagussssssshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh …..  itu semua adalah kelemahan diri saya sendiri yang penuh dengan kealpaan dan kehinaan.
Wallah huaklam.

ayahandamu,

 Sazali Khalid Ph.D ;  Masters Computer Education (Birmingham), BSc Operations Research (Leeds), GCE ‘A’ Levels  Grantham ;  PGCE (Penang);  Qualified Translator IPNMB (Wangsa Maju);  WSEAS Corfu Island 2005 ,  WSEAS Teneriffe Islands Spain 2006, 2nd International Conference Applied Probability and Simulations,   Hanoi , 2008.

Sekadar doa

Posted by sazali

Salam

I got this from my dear friend Hajjah Haslina (PKB, Kota bHaru, Kelantan).  Her facebook.

TQ so much Hajjah.  Allow me to share with my followers , please?