Jangan takut wahai anakku dengan PhD itu ..

Posted by sazali

Salam

Insyaallah , tidak berapa lama lagi anakku akan melanjutkan pelajarannya ke peringkat PhD. Oleh itu, saya mengambil kesempatan untuk menulis untuk nya dan ..  untuk sekalian umat islam di seluruh dunia yang tahu berbahasa Melayu.
Insyallah.

Bacalah wahai anakku.

Gerungggg   mu buat Ph.D?  Blur bang?

Tahniah dah dapat offer dari JPT untuk menjalankan kajian di peringkat PhD.  Itu satu langkah pertama yang sangat berani.  Sekuat-kuat manusia seperti Badang, Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Tok Kenali, dato' Bahaman  dan ramai lagi hulubalang melayu zaman dahulu kala dan Mahatma Ghandi (Perdana Menteri India) tidak ramai yang sanggup belajar ke peringkat paling tinggi iaitu PhD.  Anda salah seorang jer yang berani menyahut cabaran tugas sejak berada di university.  Oleh itu dikesempatan ini izinkan saya mengucapkan tahniah setinggi-tingginya kepada anda kerana niat anda yang berani dan suci murni ini.
Berikut saya sampaikan sedikit sebanyak petua untuk berjaya PhD.  Bacalah ..  dengan dada dan fikiran terbuka.  Jika ada mutiara gunapakailah dan sebar kepada orang-orang lain dan jika semua ini adalah sampah belaka , saya rela dibuang jauh jauh dan dihanyut pergi bersama sama toufan Sandy di New York City 27 – 31 Okt 2012.  Bacalah…


Langkah-langkah:  bila baru nak start buat phd
1.       Cari tesis di Malaysia , tesis terhampir dengan tajuk kajian anda.
2.       Cari tesis di luar Negara walaupun sebuah, tesis terhampir dengan tajuk kajian anda.
Ini adalah untuk anda mengetahui tahap atau keluasan bidang kajian tersebut.
3.       Setelah memperolehi tesis tesis tersebut, baca abstract, Bab 1, Bab terakhir dan recommendation/ cadangan yang telah diajukan oleh pengkaji di atas.  Lihat dengan rapi semua buku-buku rujukan, journals, proceedings yang telah digunakan oleh tesis-tesis tersebut. Beri banyak masa buat analisa bahan rujukan yang ada dalam tesis ini. Cuba kenalpasti KITAB utama,  theoretical framework/ conceptual framework yang telah diutarakan oleh pengkaji di atas.
4.       Tabiat membaca jurnal dan buku-buku : diminta jangan membaca bahan-bahan ini seperti anda membaca akhbar harian METRO, majalah sukan FUTBALL dan lain-lain.  Anda diminta mempunyai disiplin tinggi untuk membaca benda alah ini.  Mengikut pengalaman saya membaca setiap paper journal sebanyak 3 kali banyaknya. Catit tarikh bacaan tersebut.  Bacaan pertama ialah scanning,  bacaan kedua ialah mengenalpasti scope kajian, research gap, findings dan methodology. Buat bacaan dalam kadar slow-slow sedikit.  Bacaan terakhir ialah menulis rumusan 1 atau 2 paragraph.  Gunakan jadual matriks yang pernah saya syurkan kepada anda terdahulu.  Tidak memenuhi jadual matriks ..ini bermakna ..anda telah gagal membaca apa-apa. 
5.       Bina tabiat menanya soalan yang produktif dengan penyelia utama PhD anda.  Buat catitan apa yang dibincangkan.  Sebaik-baiknya gunakanlah recorder untuk merakam semua perbualan anda.  Bila sudah selesai, cuba cari sudut-sudut terpencil dalam library untuk mendengar balik perbualan anda dengan SPVR tadi.  Insya allah Berjaya!
6.       Elakkan dari perangkap mengambil andaian bahawa Tahun 1 PhD adalah honeymooning year.  Ramai pelajar Malaysia PhD di luar Negara tertipu dengan sikap ini di mana pada tahun ini lah mereka merantau seluruh benua Eropah, Amerika Utara, Afrika Utara dan tidak ketinggalan tanah suci Mekah/ Madinah.  Tahun ini juga mereka mula belajar/ berjinak-jinak dengan batang golf, topi bintang golf TIGER WOODS hinggakan masuk library Universiti Birmingham , England jam 0900 mlm waktu Winter pun mereka akan tetap memakai topi golf TIGER WOODS ini.  Bila banyak berjalan, kita akan dapat ramai kenalan-kenalan baru.  Ramai kenalan baru , ada saat happy dan ada saat dukacita.  Perkara dukacitanya ialah .. rumah kita di London akan menjadi BED and BBREAKFAST hostel CYS semua kenalan kita dari Scotland, Ireland, France, USA bila mereka mau melawat kota bandaraya LONDON.  Semua telur ayam, sardine dan susu segar dalam fridge kita akan habis.    Baik sungguh hati tuan hamba. Terima kasih tuan!
7.       Elakkan dari membina computer systems PhD terburu-buru.  Bila siap system and mula menulis tesis kita akan berhadapan dengan 3 masalah terbesar.  Tiga masalah besar ini lah punca utama mengapa ramai pelajar PhD tidak dapat menyelesaikan proses penulisan tesisnya yang sudah berkurun-kurun lamanya. Pertama anda belum yakin sepenuhnya apakah research gap selama ini (sebelum anda terjun ke dalam dunia PhD).  Kedua ialah data yang ada tidak diproses, analysis dengan baik menggunakan teknik programming, software secara efisyien dan bijaksana.  Ketiga disebabkan anda lalai membuat Literature Review secara menyeluruh/ exhaustive pada tahun 1 dan 2, masalah terbesar anda ialah penulisan tesis bab terakhir tidak mempunyai rujukan, penemuan anda tidak mempunyai apa apa kaitan dengan penemuan researchers terdahulu atau terkini, hujah mempertahankan penemuan anda kelihatan lemah dan tidak mencapai tahap kesarjanaaan di peringkat PhD.  Tidak lupa juga, kadang-kadang ada pelajar tidak mempunyai kekuatan dalam penulisan tesis dalam bahasa inggeris.  Ini memainkan peranan penting bila supervisor akan berkali kali menegur .. I just could not figure what the hell you mean by these pages!   Di saat saat tahun 4 , 5 di luar Negara dengan kotak-kotak hadiah dan jualan sales dari Car Boot sales di White Chapel, Aldgate East and Wembley dan juga kereta merx E2.30  second hand berada dalam otak anda bercampur dengan ketakutan kita untuk berjumpa projek supervisor bila Profesor Brown memanggil anda berkali-kali,  minat anda untuk menyiapkan tugas utama PhD akan terus luntur, tenggelam dan … segala-segalanya akan menjadi memori penuh warna-warni di London. 
8.       Buat tabiat menulis paper proceedings dan jurnal.  Dengan cara ini, focus anda terjaga.  Pada tahun 1 PhD, pembaca-pembaca akan Nampak ..hasil tulisan ini adalah mereka yang baru terjun dalam dunia research,  buat 3 paper dalam tahun 1 sekurang-kurangnya, hantar jauh-jauh sampai ke Indonesia Institut Teknologi Bandung ;  Australia, Univ of Deakins  dan Japan, Univ of Waseda pada tahun 2 PhD buat 2 paper    yang Nampak lebih canggih dan mantap dibaca di mana pembaca boleh melihat sudah ada method yang tepat dan proses susulan dari metodologi di atas  dan akhirnya pada penghujung tahun 3 PhD buatlah 1 atau 2 paper untuk jurnal berimpak tinggi.  Dengan target begini, Allah Taala akan membantu anda dan akan mengganggap semua masa susah dan senang anda di London , satu amal ibadat yang DIA redhai.
9.       Bila menulis tesis, elak dari menulis dari saat sejurus selepas tamat tahun 3 baru nak mula menulis tesis.  Mulakan dengan penulisan tesis PhD pada tahun 1 lagi.Bukak bab 1 introduction, bab 2 literature review dan bab 3 research methodology serentak dalam computer notebook anda sepanjang masa.  Bila ada idea apa-apa, tanyalah diri anda ada apa-apakah fakta yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam mana mana bab ini.   Belajar words outlining.  Saya dapati banyak masa dapat dijimatkan dengan kemahiran outlining dalam words 2010 ini.  Cubalah anakku.
10.   Simpan backup / harddisk/ second back up , third back up/ simpan dalam cloud.  Ada kenalan saya di Birmingham, di saat saat dia mahu pulang ke Malaysia, beliau kehilangan 5 paspost Malaysia dan juga 1 set computer PhD.  Pada masa itu , semua penulisan terbaru selama 4 bulan terkini ,,,,  beliau tidak membuat sebarang backup.  Mengikut temubual , rakan saya ini sibuk dengan servicing Merx 2.3E dia di garaj orang Pakistan/ African brothers berhampiran rumah sewanya.  .  Bayangkan kesusahan yang dialami ini.  Dari jauh, saya dengar dia tidak Berjaya menyerahkan tesis PhD tersebut.  Satu kenangan pahit, bukan?
11.   Sebagai orang islam, banyakkan masa sembahyang hajat dhuha, tahajud ..mintak pertolongan Allah siang dan malam.  Dalam satu ayat dalam doa saya , saya masukkan ayat begini ‘..  jangan sia-siakan masa pengorbananku ini untuk memperolehi PhD demi dunia islam keseluruhannya dan ..ya ROBB (tuhanku) ..janganlah jadikan aku ..satu bahan ketawa oleh pihak JPT, KPTM, Universiti, politeknik, anak anak cucu ku ..ahli masyrakat kampongku kerana aku tewas dalam medan PhD… ya Allah ..bantulah aku.  Jika orang-orang kafirpun kau boleh membantunya .. apa kiranya .. nikmat PhD ni kau kurniakan juga pada diri ..yang serba lemah ini.  Aku tak tahu macam-macam kerana .. kuasa tahu segala-galanya adalah hak milikmu se orang. Ya ROBB  ..’
12.   Sekian.  Maaf ku pinta jika ada apa apa yang tidak bagus dibaca dan tidak enak difahami oleh kalian.  Saya hanya menyampaikan apa yang saya tahu jer untuk maksud berkongsi-kongsi ilmu dan pengalaman.  Yang baik dari Allah dan yang tidak bagussssssshhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh …..  itu semua adalah kelemahan diri saya sendiri yang penuh dengan kealpaan dan kehinaan.
Wallah huaklam.

ayahandamu,

 Sazali Khalid Ph.D ;  Masters Computer Education (Birmingham), BSc Operations Research (Leeds), GCE ‘A’ Levels  Grantham ;  PGCE (Penang);  Qualified Translator IPNMB (Wangsa Maju);  WSEAS Corfu Island 2005 ,  WSEAS Teneriffe Islands Spain 2006, 2nd International Conference Applied Probability and Simulations,   Hanoi , 2008.

80 comments:

  1. Anonymous said...

    Salam,saya baru daftar Phd 23 Oktober 2012 di USM..Alhamdulillah lega dapat tips dari blog DR AYAHANDA..Terima Kasih

  2. Anonymous said...

    Salam...
    penulisan Dr sangat menarik..sangat memberi inspirasi..saya begitu ingin menyambung pengajian ke peringkat PhD..berkelulusan ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang matematik..masih mencari-cari hala tuju tajuk kajian.. adakah satu kerugian sekiranya kita membuat kajian di bahagian sains sosial dan tidak meneruskan dalam bidang matematik? Bagaimana ingin memulakan langkah pertama iaitu mencari tajuk/skop yang sesuai untuk dijadikan kajian?

  3. sazali said...

    Just do it/ Ask yourself ..which is more intersting .. mathematics or social sciences? if you found the answer ..just do it/
    my back ground is maths operations research but that did not stop me doing .. a mixture of everything ..maths, computers and education. Pokok nya kita pulang dgn PhD = penjalanan hujung hujung dunia. Wallahu aklam. Jgn takut anakku!

  4. Anonymous said...

    terima kasih 'ayahanda' atas nasihat yg diberikann.. tips-tips yang amat bermanfaat ..... sy br nak apply phd...tgh buat proposal..sudah terasa susahnya..kadang-kadang semangat naik dan turun nak buat phd...huhuhuhu

  5. Anonymous said...

    Syukran ya abi....terima kasih 'ayahanda' atas nasihat2 yg diberikan..pada awalnya, aku sangat gerun dgn PhD kerana usia ku sangt muda dlm research terutama jump to medical research yg menyebabakana aku lemah semangat berdanding senior2 dan pakar2 aku yg lain bertaraf consultant...tapi aku baru setahun jagung(bru dpt MMed).....terima kasih kerana memberi semangat, guide and help untuk ku meneruskan perjuangan PhD ini untuk agama,bangsa n negara....Jazakumullahukhairan kashira......

  6. sazali said...

    jangan takut. Dunia ini tuhan serba tahu. Kita makhluknya .. ditugaskan berusaha dan menerokai bidang bidang ilmu untuk manafaat bersama. Terima kasih kerana sudi memberi sedikit masa tuan/puan/ adik dalam blog yg serba lemah ini. Wallahu aklam.

  7. Anonymous said...

    salam 'ayahanda' Dr sazali...tersentuh n teringat pada arwah ayandanda sy yg pergi emnemuiNya 2 thn lepasbelum sempat saya enroll PhD..Setiap kali pulang ke kg menjenguknya..kata2 ni tk penah lekang dari bibirnya 'bila nak sambung phd ni kakna?'..saya hanya berkata 'tgh usaha buat proposal ni'..sebulan setelah dia meninggal,saya mendapat tawaran ke UK bg pengajian ini...

    kata2 Dr sangat tersentuh..benar sama sekali pemikiran sesetangah pelajar yg dtg ke sini..alhamdulillah saya masih tidak di kawasan tinggal sy dan masih belum tour lagi Dr. pada saya tahun pertama thn yg sangat2 penting kerana kita perlu dpt 'the exact scope of ur study' dan biala ianya kukuh then u can continue ur task..writing perlu 'concurrent' dgn pebelajaran journal/apa2 articles..bila rasa tidak sesuai kita boleh delete jer , betul tak Dr? bulan depan cukup setahun saya di sini dan akan melalui first year viva..cuma sedikit terkilan bila sya tidak produce apa2 paper..cuma pernah buat sekali tetapi gaya 'syok sendiri' ..maybe ini kelemahan saya..saya berharap masih tidak terlewat utk saya bekeja keras utk langkah seterusnya...mmg sukar menjadi isteri, pelajar dan ibu kepada 4 anak2 kecil..dan sya PASTI Allah tetalh memilih saya sebagai hambaNya ke jalan yg penuh mencabar ini. sAya mohon Dr doakan kejayaan saya dan sekaligus komen ttg penulisan ini..terima kasih Dr

  8. Anonymous said...

    pembetulan '..saya masih di kawasan tinggal saya dan masih belum tour..'

  9. sazali said...

    I wish you the best. Puan. I went to Birmingham with 5 kids and returned with 6 kids. But if work smart, systematically and put Allah in our heart .. insyallah the task will end up with 'PhD' successfully. In the weekends , i put a target to do solat 'dhuha' and 'tahajud'. I always ask Allah to help me in studying abroad and return home with success. Ameen. I pray for you Puan.p/s: my eldest boy is in London reading PhD too.

  10. Anonymous said...

    Terima kasih di atas perkongsian. Sgt membantu diri ini yg baru nk start Phd oversea. 3 years to go, doakan juga saya dpt bawa Phd pulang n berbakti utk bangsa dan agama kerana Allah.

  11. Anonymous said...

    thank you for ur inspiring advise..really help me a lot..walaupun saya mmg out of track dah...writing x siap2 lg..mudah-mudahan ada jln penghujung utk saya...

  12. syairah rani said...

    i've intermediate academic track record..
    now, i got a chance to persuade my PhD..
    ongoing to boost up my spirit and mental strength

    Pray for me..

  13. Anonymous said...

    Terima kasih di atas perkongsian ayahanda yang sangat bermakna walaupun saya adalah pelajar Master yang baru melangkah ke sem 2.

  14. haslinda said...

    Salam DR.selalu nampak Dr kat fakulti. bila baca Dr tulis buat saya rasa nak sambung study lg. insyaallah akan saya ikut nasihat dan panduan jika sambung belajar kelak. terima kasih Dr.

  15. Anonymous said...

    Assalam...Terima kasih atas tulisan ni..sangat2 berguna untuk saya yg baru register Ph.D semalam. Terima kasih jugak sebab pernah mengajar saya dulu - KUiTTHO (1st batch) dip IT -

  16. Anonymous said...

    Assalamualaikum Dr, saya baru je daftar PhD di Uni tadi. Bila orang tanya apa perasaan dah dapat cuti belajar? Mmeang secara jujurnya, saya gerun sebab saya masih berada dalam lorong yang nampak hujungnya tapi, taktau nak pergi ke sana. Agak stress bila memikirkannya. Apapun, kita kena yakin dengan Allah selalu kan.

  17. Al-Kalamy said...

    Dr, saya dah kira veteran. 43 yrs old. Sesuaikah sambung PHD?

  18. Anonymous said...

    Salam Dr., saya sekarang dalam tahun kedua (semester ke-3 pengajian)n dijangka tamat hujung Februari 2015. sekarang masih diperingkat 'laboratory work'. Masalah terbesar yang saya hadapi sekarang adalah mulai terasa 'give up' terutamanya apabila ada saja dugaan n ujian semasa membuat 'experimental work'. Kadang-kadang tertanya2 kenapa la susah sgt perjalanan PHD ku ini. Sehinggalah sy terbaca satu blog tentang bagaimana dia berjaya menamatkan PHD dlm masa 2tahun, dari situ saya mula rasa bersemangat tp bila ada masalah lagi, perasaan give up mula kembali. saya da tak tahu cara utk menghilangkan perasaan 'give up' ini..

  19. Anonymous said...

    Salam Dr. terima kasih atas komen Dr. moga saya berjaya membawa pulang PhD saya kelak..ameen. Anak Dr di London yer..saya di Nottingham..in sya allah Doa2 dari Dr, rakan2 yg lain akan dimakbulkanNya,

    saya setuju dgn rakan dlm forum ini yg bertanyakan ttg 'give up'..saya juga sering terasa..kejap rasa kejap ok..mcmana Dr.? ada yg kata itu adalah normal bg pelajar Phd...tetapi perasan give-up sy akan bermain2 di fikiran sy dlm seminggu jugak..sy risau kalau ianya berlanjutan...saya benar2 berdoa agar Allah hilangkan terus perasaan sebegini bila saya bermula di tahun ke2...

  20. Anonymous said...

    Terima kasih Dr. atas nasihat dan "petua" utk dapatkan PhD..saya in sha Allah akan buat PhD abroad very soon..sangat takut lagi2 bila bidang yg saya bakal buat ni lari sikit dari bidang saya sebenar..blh dikatakan have to start from zero..mcm2 bermain di kepala.."blh ke aku berjaya dapatkan PhD nanti","blh ke cope dgn bidang baru ni","habiske PhD aku nanti", dan mcm2 lagi..mmng tiap2 hari berdoa supaya Allah tunjukkan adakah ini jln yg terbaik..

    saya nak dapatkan pendapat Dr. kalau buat bidang yg tak pernah kita ketahui mcm mn?..is that too tough?..thats too new for me..

  21. Luthfi said...

    Assalamu'alaikum, Cikgu.

    Insya'Allah dijadikan panduan.

    Salam juga dari Ayu dan anak-anak.

  22. Anonymous said...

    Assalamualaikum Cikgu Sazali....ingat saya lagi...saya anak murid cikgu di Sek.Men Kota 1989...teringat cikgu banyak bagi sokongan kepada saya...sehingga datang ke rumah saya semasa saya nak ke Politeknik.....

    Terima kasih Cikgu ...jasa cikgu saya tak dapat balas...hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya...saya baru jumpa blog ini-saya doakan cikgu sentiasa gembira dan sihat

    Terima kasih cikgu saya sekarang di tahun 4-PhD in built-environment ....tak tahu bila nak setel...

  23. Anonymous said...

    Sgt mmberi inspirasi.. sy msh di awal lgkah.next week akn mmulakan pjalanan phd di scotland. Tips ni sgt bmakna.

  24. faizah said...

    Terima kasih atas nasihat ayahanda Dr. Sazali, semoga Allah merahmati ayahanda.. saya juga akan menyambung PHD di Cardiff University bulan september depan Insya'allah.. saya akan cuba amalkan tips2 berguna yg diberikan .. Alhamdulillah saya akan ditemani oleh ayahanda dan anakanda tercinta si sana nanti.. semoga mereka berdua menjadi pendorong utama dan pembakar semangat saya untuk berjaya membawa balik pHD nanti Insya'allah.. mohon doa yer ayahanda.

  25. sarah said...

    ayahanda..doa kan sy smbg phd tahun hadapan..amin

  26. Anonymous said...

    terbaikkkkkkkkkkkkkkkkkkk

  27. khairul said...

    ayahanda, anakanda mampu study di Malaysia sahaja. rasa humble, patutkah???

  28. Anonymous said...

    Tuan Dr, tuan dr mungkin sudah lama tinggal di uk, so mungkin tidak hairan dgn keadaan disana, but for people yg dtg 1st time ke uk utk phd, of cos they will take the opportunity utk ziarah tmpt2 disana. Ya, tujuan asal utk phd, tp x salah jika boleh bahagikan masa. Tuan Dr bercerita tentang org2 ke library jam 9 mlm dgn memakai topi tiger woods, apa masalahnya? Tuan Dr punya wang kah? Tuan Dr cemburu kerana tidak dpt membeli? Tidak dgn menceritakan disini, ia spt mengumpat? Dr berpelajaran tinggi, seharusnya memberi nasihat tanpa menceritakan keburukan org lain. Just my 2 cents. Jazakallah.

  29. Anonymous said...

    terima kasih ayahanda kerana memberi nasihat kepada anak bangsamu .... semoga tuhan merahmatimu ... amin ...

  30. Unknown said...

    salam ayahanda
    saya baru nak register phd hari ni. doakan saya wahai rakyat malaysia...

  31. Anonymous said...

    Alhamdulillah. terima kasih kerana memberi tips dan nasihat. saya baru nak daftar 5 hb nanti tuk phd dalam bidang matematik. Doakan saya Berjaya dalam pengajian saya.

  32. zainudin said...

    zainudin S
    alhamdulilah akhirnya allah mengkabukan doa saya agar diberi petujuk.. allah mengutus ayahnda untuk menerangkan tips2 penting sbg panduan & motivasi untuk saya meneruskan PhD saya yang dibuat dgn peruntukan masa & kewangan sendiri(part time)..yang semenangnya berganda2 beratnya..t.kasih ayahnda..

  33. Fazilah said...

    salam Dr!

    Penulisan yang sangat menarik!

    Terima kasih.

  34. Anonymous said...

    salam dr.

    buntu mencari tajuk PhD yang sesuai. Mohon bantuan!!!

  35. Anonymous said...

    arigatou~~~
    >_<

  36. Anonymous said...

    Terima kasih atas nasihat Dr, saya pelajar tahun akhir PhD di UK, kini sedang menyiapkan penulisan akhir thesis inshaAllah akan submit tak lama lagi, mohon doanya 'ayahanda' dan pembaca semua. Alhamdulillah satu journal sudah published sepanjang PhD ni walaupun tak dapat capai target utk hasilkan journal setiap tahun. Kami jalan, jalan juga untuk melihat keindahan alam ciptaan Ilahi yg tiada tandingannya, tapi saya pastikan tahun pertama PhD saya berada dlm foundation yg kukuh (3 bulan pertama menulis literature review dan 1 study dihasilkan), baru saya berpuas hati utk berjalan2 dsb.

  37. sazali said...

    Tahniah anakku. saya kagum dgn tuan/puan itu. Kita doakan ramai lagi ..scholar melayu ambil pelajaran dari penulisan ayahanda secara 'santai' ini. If terasa ..maaflah. If tak terasa ..baguslah. Syukur alhamdulilah. Saya just bersara. Tuan/puan ..sambunglah .. demi agama dan bangsa tercinta dan negara kita juga. Bukan?

  38. Unknown said...

    tq atas nasihat2 ini..murah rezeki dr! doakan saya berjaya di bumi kanggaroo...second semester sekarang...moga Allah permudahkan amin..

  39. Unknown said...

    Di saat ini terasa diri ini kalah oleh perasaan rendah diri dek kerana teruk di komen ketika seminar 1 PHD saya pada hari ini..Untuk menenangkan jiwa saya baca blog Ayahanda dr..terubat skit kesedihan dihati.. alhamdulillah.. saya lulus namun byk yg perlu diperbaiki..terasa kecil diri ini berhadapan dengan pensyarah yg bijaksana...semoga hati masih kuat utk meneruskan perjuangan ini...

  40. sazali said...

    Syabas. Bawak bertenang. Himpun tenaga buat solat dan doa pd tuhan robull alameen. Perjalanan ini jauh. Sukat tenaga dan stok. Mintak tuhan beri kita kekuatan, ilham, berani. Aghh lebih dari phd tuhan mampu kurniakan kpd puan. Tawakal ok?

  41. Anonymous said...

    2 minggu lg akn tamatkan master...masih berbelah bagi utk ke peringkat seterusnya. moga Allah bg kekuatan utk terus melangkah..

  42. EijA:) said...

    motivation to finish my master!:)tq.tq.

  43. Anonymous said...

    Terima kasih dr..saya .masih bertimbang2 utk sambung phd...niat ada tp kekuatan dan persediaan blum mantap...kini sedang membina keluarga dan rumah....insyaAllah phd akan kusahut...

  44. Anonymous said...

    terima kasih atas nasihat yang sgt membuka mata prof.. walaupun penulisan ni telah lama dihasilkan tapi saya masih merasakan ianya applicable terutama untuk generasi muda seperti saya yang mempunyai keinginan yang kuat untuk melanjutkan phd. semoga niat saya dipermudahkan Allah s.w.t. Amin.

  45. Unknown said...

    TK Dr Sazali.Tulisan Dr ni saya dah baca berkali2 dan tak jemu2.Wpun tulisan ni simple tp nak fahamkan tu lama.hampir setahun baru saya nampak jalan untuk siapkan Phd saya.Tulis lah lagi ayahanda.....

  46. Dakwat Basah said...

    Lagi 2 bulan nak tamat tempoh cuti phd. Hari ni baru jumpa blog ini. :(

  47. sazali said...

    tak apa// better late than never/ i wish you well. My doa.

  48. Anonymous said...

    sem 1 master course work teruk dek kerana honeymoon, sem 2 alhamdulillah dapat bangkit dari kesilapan. now sem 3 perlu submit tesis moga dipermudahkan. terima kasih prof info yang amat berguna utk skrg dan phd kelak. insyaallah doa kan. :)

  49. Anonymous said...

    Assalam..ada sesiapa yg boleh tunjukkan tulisan secara matriks yang ayahanda bgtau tak?

  50. sazali said...

    bukan tulisan matriks. Jadual Matrikslah. Just google sazali jadual matriks tesis phd try

  51. HH said...

    Assalam, sy nak minta pendapat Dr. Mana lebih baik sewaktu phd mengambil scholar yg terikat supaya abis phd terus kerja dgn universiti atau scholar yg x terikat supaya kita boleh buat pilihan nnt sekiranya ade tawaran lain? Satu lagi utk jd tenaga pengajar di universiti luar negara adakah susah?

  52. sazali said...

    wa alaikum salam .. adik/ baik ambik scholarship dgn kerajaan kita. otak dan hati tenang ..bila sudah ada duit ..tajaan dan mcm mcm. PhD ..satu tempoh lama. awal awal jurney ,,, nampak semua mudah .. tetapi tahun 2, 3 , 4 sgt susah, payah, mencabar .. aghh baik ambik scholarship terus. terikat ..itu bagus ...balas jasa rakyat negara ini. Kerja dgn universiti luar ..bagus tetapi .. layanan mereka ..anak tiri ..jer/ mula mula all nice ..but once .. u r thee 5,10 , 15 years .. u will be overlooked. why? u r not their colours. Wallahu aklam

  53. Anonymous said...

    Salam. Dr, semoga dalam keadaan sihat selalu.
    Saya memerlukan nasihat dan pandangan. Sy telah sign kontrak biasiswa slab/slai utk master dan alhamdulillah dijangka akan tamat. Sekarang sy perlu mencari tempat melanjutkan phd luar negara. Masalah sy keyakinan saya mulai pudar setelah berdepan pelbagai dugaan dan cabaran ketika master tambahan lagi saya juga agak lemah dlm penulisan especially in english.

  54. sazali said...

    if dah sign contrak ..u kena fulfill the contract. Carilah universiti itu (luar negara) berkenaan dgn bidang yg diminati. Cuba cari supervisors dahulu. Tengok jurnuls. Nama supervisors yg hebat hebat sering muncul dlm jurnals. Then write e-mail to them whether they want to be your SV or not. Begitulah puan/tuan. Saya doakan.


  55. Anonymous said...

    salam dr, saya sudah masuk usia "senja" but i still interested to get phd to motivate my kids....but susah kerana saya part time scholar ship...quite struggle even dah masuk dekat tiga tahun register...dr can you share how to get literature review and contoh tesis

  56. sazali said...

    wa alaikum salam .. contact me plz
    google sazali recsam
    wasallam

  57. Nur Nazs said...

    Terima kasih ayah. Pesan mu itu akan sy print dan tampal di dinding. skrg sy 3rd year ready nk collct data. Sy pekerja full time tgh tunggu cuti belaja. benar kata ayah..phd itu perjalanan hujung dunia. dan perjalanan itu banyak jg dugaan duri calar dan luka.. membaca nasihat ayah membuat sy berasa lega.sekurang2nya di saat putus asa ada nasihat utk di baca berkali2 hingga menitis air mata. Terima kasih ayah. Selamat hari guru.

  58. Nur Nazs said...

    Terima kasih ayah. Pesan mu itu akan sy print dan tampal di dinding. skrg sy 3rd year ready nk collct data. Sy pekerja full time tgh tunggu cuti belaja. benar kata ayah..phd itu perjalanan hujung dunia. dan perjalanan itu banyak jg dugaan duri calar dan luka.. membaca nasihat ayah membuat sy berasa lega.sekurang2nya di saat putus asa ada nasihat utk di baca berkali2 hingga menitis air mata. Terima kasih ayah. Selamat hari guru.

  59. Anonymous said...
    This comment has been removed by the author.
  60. sazali said...

    How is the viva Dr Sazlina? Every thing went smooth right?
    My doa.

  61. Dr Sazali said...

    Assalamualaikom Dr Sazali.....eehhh rasa bersemangat pulak nk sambung PHD apabila baca blog Abe Li ni......drp Baharin ...your cousin KB ....Kelantan

  62. Dr Sazali said...

    Assalamualaikom Dr Sazali.....eehhh rasa bersemangat pulak nk sambung PHD apabila baca blog Abe Li ni......drp Baharin ...your cousin KB ....Kelantan

  63. Dr Sazali said...
    This comment has been removed by the author.
  64. Unknown said...

    salam 'Ayahanda' saya baru firts year dlm master... masih berkira2 nak cari kerja dulu lepas grad atau sambung phd.. terus... niat di hati nak sambung phd tetapi masalah sy adalah saya sngt lemah dlm b. inggeris... jd sedikit sebanyak menyebabkan sy berfikir berjuta-juta kali nak teruskan dgn phd... jd ape pendapat Ayahanda?

  65. sazali said...

    Wa alaikum salam w.r.t. Bila belajar masters & Ph.D , kebolehan dlm B.I adalah satu aset yg sangat penting dan bermakna. Oleh itu dinasihatkan .. ambik kelas tuition B.I secara serious, bnykkan membaca, menulis dan berbahas. Nanti kena serahkan artikel ke jurnal jurnal berwasit di luar negara. Jika berniat belajar, semua kesusahan dan usaha gigih itu dikira ibadat. Wallahu aklam. Ada 30 artikel saya dalam blog ini mengenai MUET, English Lessons bersiri.

  66. Unknown said...

    Alhamdulillah..terima kasih 'ayahanda' atas nasihat yg pnuh menyentuh hati. Sy nak tnya apa beza sambung phd dlm negara atau luar negara?ada org ckp nk cantik resume,smbunglah kt u yg world ranking..boleh minta pendapat 'ayahanda' terima kasih

  67. sazali said...

    bagus buat phd di luar negara/ belajar dgn aritotle dan phythagoras/ ilmu baru dan budaya persaingan pun lebih sengit// negara memerlukan pengalaman tersebut dari mu. Didoakan sukses

  68. frenzone said...

    saya banyak persoalan nk tanya dan nasihat nk minta dgn Dr. saya ada master dalam bidang chemical engineering. tapi, sebab most of tajuk research PhD yg di propose kebanyakan fakulti berkait saya punya bidang, lebih tertumpu kepada laboratory research, yang mana saya tak berapa konfiden nak buat, boleh ke saya apply to different fakulti. contohnya ke fakulti2 sains or business etc. dan mungkin Dr akan marah kalau saya Tanya ni, pada pendapat Dr, apa PhD yg "more easy" to do. compare to laboratory research. fakulti apa. sebab, kalau master saya dulu, banyak benda nk kena cover, kefahaman dan skill matematik dan juga software2 baru, termasuk ilmu2 laboratory kena serap sekaligus, dan biasalah kena belajar sendiri. sebab, saya berniaga sekarang ni, but tak nak lah buat PhD part time, kalau boleh nk graduate awal2, in the same time, saya kena tolong uruskan bisnes saya ni la. ataupun kalau Dr. familiar dengan chemical engineering, mungkin boleh tolong bagi pandangan tajuk research yang tidak memerlukan lab.

  69. matmath6060 said...

    tq Dr sazali sudi kongsi info.amat2 membantu dalam menyiapkan saya ye phd..alhamdulillah dah semester 2 tp dalam proses nk mohon hlp cuti penuh gaji penuh...cz kekangan untuk buat part time terlalu banyak..insyaAllah dah dapat boleh fokus sepenuhnya untuk siapkan phd yang berkualiti...amin2 ya Allah..

  70. Afifah said...

    Terima kasih Dr Sazali sudi berkongsi. saya In sha Allah akan memulakan perjalanan PhD di universiti of Oxford pada bulan Oktober ini. Mohon doanya ;)

  71. sazali said...

    All the best Ms. Iefa Sky.
    Others can ,, so do you? Don't worry. Allah is Great!

  72. Anonymous said...

    Assalamualaikum Dr Sazali. Saya bru dpt offer dr organisasi buat PhD. Terjumpa tulisan Dr. Thnks for the tips. In syaa Allah saya cuba ikut. Cuma...nk baca lagi kalau ada yang lain

  73. PengembaraNur said...

    Alhamdulillah! A really great reminder Dr!

  74. sazali said...

    Alhamdulilah dari rekod posts, penulisan ini telah mendapat perhatian sebanyak 30,800 kali. Jika setiap pembacaan dari pihak luar bernilai RM1, maka secara matematika saya telah menyumbang RM30,800 untuk maksud perkongsian ilmu lillahi taala. Syukurlah. Selagi hayat dikandung badan buatlah kebaikan secara terang atau senyap senyap. Muga muga Allah terima. Tk semua. Doakan untuk penulis ini. Ameen.

  75. Nur Nazs said...

    Sy berharap dr dapat hasilkan lg post berbentuk nasihat pengubat hati. Sy percaya ramai lagi di luar sana seperti sy sedang berjuang menyiapkan tesis phd. Krn perjalanan setiap org tak sama..ada yg ditakdirkan cepat dan ada juga yg lambat. Sy doakan semoga setiap bait kata2 nasihat yg dihasilkan oleh dr menjadi hasanah dunia dan akhirat. Amiin. Tk dr.

  76. sazali said...

    OK. Insyallah. Saya cuba yang terbaik ..untuk faedah kalian dan diri saya. Terima kasih adik. Wasallam,

  77. Yasmin Khairani said...

    Terima kasih Dr. Penulisan yang sangat jujur dari kaca mata seorang ayah & pendidik. Doakan saya berjaya seperti ayahanda juga :D

  78. betty benafe said...

    tak tau kenapa tiap kali baca post ni jadi sejuk je hati. mungkin sbb penulis menggunakan panggilan anakku. apapun terima kasih kpd penulis. hanya Allah saja dpt membalas jasanya atas penulisan yang penuh dengan ilmu dan panduan ini. terima kasih. ikhlas, phd candidate.

  79. Unknown said...

    Salam Dr, bagaimana untuk mengaitkan problem statement untuk kajian baru menggunakan kajian tindakan. GAP tidak ada dan perbincangan dan hasil kajian tidak ada. Boleh kah kajian diteruskan

  80. spyuinsr said...

    tkasih ayahanda atas pkongsian ini. sdg mlangkah di tahun pertama PhD.. inshaallah.. GOT

Post a Comment