Salam
Bismillah hi rah ma nir rahim.
Kalau kita menaiki sesebuah kereta (teksi) , penumpangnya suka sangat mendengar lagu-lagu dan
berita di sana sini dari corong radio dalam teksi berkenaan. Dengan cara itu, perjalanan menggunakan
perkhidmatan teksi adalah sesuatu yang tidak menjemukan. Jika sekiranya teksi berkenaan melalui satu banjaran gunung contohnya di Pagoh,
Johor ..tiba-tiba ..suara penyanyi di dalam radio tiba-tiba hilang - sekejap ada sekejap tidak
ada. Apakah yang dibuat oleh tuan punya
teksi? Bijak. Dia akan cuba control knob
/ butang radio dan mencari stesyen lagu yang tadi. Dia akan buat sebaik mungkin supaya gelombang
stesyen radio tadi dapat dikesan kembali.
Jika tidak, dia akan kata ‘maaf ,
tak ada stesyen di sini’ merujukkan
bahawa dia gagal mengembalikan gelombang analog stesyen radio ke dalam corong
radio dalam teksi Protonnya. Aghhh
.. boringnya! Stesyen dah lari. Tak masuk stesyen. Stesyen lari!
Gilo ini! Kenapa tak tukar
gelombang digital sahaja?
Begitu jugalah . sekarang ..
fikiran ummah islam satu dunia sudah lari. Dulu di padang besar Haji Widak .. Rasulullah s.a.w. berpesan supaya kita semua berpegang teguh kepada 2 benda dipanggil Al Quraan
dan Al-Hadith. Kalau kita buat begitu,
gelombang islam dan amalan agama islam dapat kita fahami dengan jelas dan kita
dapat amalkan dengan baik. Suara
gelombang adalah terang dan jelas.
Dengan cara itu , agama islam subur berkembang dari Benua Arab menuju ke
Malaysia , India, Pakistan, Mongolia, SEpanyol, dan keseluruh pelusuk dunia.
Tetapi sayang seribu kali sayang , musuh islam pandai menipu
kita. Mereka tahu senjata ampuh kita
adalah dalam agama. Doa mukmin! Bukan setakat kita yang tak bersekolah tinggi
ditipunya , malah orang orang islam yang pandai dan tersangat cerdik pun habis
ditipunya. Pak pak Menteri serta
isterinya tersayang pun di Malaysia pun
ditipunya. Bukan setakat di waktu siang
musuh islam (yahudi dan nasaro) menipu
kita .. malah di waktu malam gelap gelita pun dia menipu kita hidup-hidup.
Bagaimana? Musuh
islam menghadiahkan kita teknologi. Satu
teknologi television dan satu lagi teknologi computer dan internet. Semua ini hasil penyelidikan ala matematik,
fizik, kejuruteraan elektronik dan macam macam ilmu .. tuhan juga yg beri ilham
ini.
Melalui teknologi television, 99.9% rakyat Malaysia kita
gila bola. Bersorak kita dari pukul 7
malam hinggalah ke tengah malam. Ustaz
pun bersorak ..menyokong pasukan bolasepak Malaysia .. Pak Din jual ayam pun
bersorak sama. Berjam-jam menonton TV
dan tak cukup dengan itu, keesokan hari di warung kopi kedua-dua ustaz dan Pak
Din akan bersembang lagi dan lagi pasal bola sepak. Satu biji bola menyatukan fikiran kedua insan
yang mempunyai ala pendidikan yang jauh berbeza. Ustaz dari Mesir Al Azhar Universiti
dan Pak Din dari sekolah kampong yang hanya tahu pasal ayam jantan dan ayam
betina. Tengok banyak mana masa kita
habis ..bercakap pasal bola. Ada itu ..
penyokong setia ..pasukan bola mati .. di atas jalan raya ..meninggalkan isteri
cantik dan anak anak kecil di kampong - kerana gila sangat nak menonton bola di Kuala
Lumpur. Ada Pak Lebai yang mati ..
bersorak gembira .. tiba tiba mati terkulai atas sofa ..kerana jantungnya pecah
.. pasukan Malaysia kalah 3 – 0 malam itu dengan Singapura. Jantung Pak Lebai tak kuat ..tak leh terima hakikat ..pemain pemain bola sepak
Malaysia semakin pondan sejak 2010 di Jakarta.
Dengan orang Bangla pun seri, dengan Hong Kong kalah.. dengan .. sapa lagi .. entah? Asyik main yoyo jer. Tidak ada konsistensi.
Dengan teknologi komputer dan internet pulak , ramai umat
islam perempuan .. gila kat Facebook. Siang malam main facebook. Banyak rahsia keluarga bocor melalui
facebook. Ada anak dara tua, tertipu dengan kawan-kawan facebook dari Nigeria/
Aljeria. Kekasih mereka mempunyai hidung
besar dan panjang. Dengan kitab surat surat cinta kasanova .. dari dunia
Mediteranean ..anak anak pompuan kita ramai tergadai badan dan simpanan wang
dalam bank. Ramai tertipu. Kes? Main internet dan facebook.
Dengan internet, ramai orang masjid .. dulu suka gi masjid
..sekarang suka baca .. google sahaja. Taip apa apa semua ada. Tak yah susah
susah gi masjid. Why? Musim hujan lebat menggila ini. Musim tengkujuh di Kelantan dan
Terenganu. Ombak laut gila la ni. Tak yah basah basah gi masjid. Nanti demam panas. Dah mula kurang mendengar bayan dari Ustaz
Nik Aziz, Ustaz Hadi Awang bercerita
tentang agama islam yg suci murni. Tak
dengar dah .. hadith hadith dari kitab Bimbingan
Mukminah dan Al Bukhari. Dulu miss waktu
zohor dan asar sahaja, sekarang semua sembahyang malam dan awal awal pagi pun
miss. Rugi besar dia belajar dengan Ustaz
GOOGLE dari Israel dan Amerika Syarikat itu.
Itu baru orang masjid yg kena tipu hidup hidup dengan teknologi computer
dan internet. Belum kita ambik kira ..budak budak kampong dan abang abang askar
pencen yg sibuk bawak teksi ambik adik adik missi di Hospital Kubang Kerian,
Kelantan lagi. Ramai orang miss solat
.. miss mendengar ceramah agama ..miss
macam macam kerana ramai kita gila hand set, sms, computer yahoo dan gambar
gambar .. ‘entah’ .. orang jawa panggil pornorogol di daerah Muar
sana. Banyak rumah tangga rosak binasa
- kes perceraian menjadi jadi terutama
kalangan warga tua 50 – 65 tahun.
Dengan cara itu, orang kafir Berjaya menawan hati orang
islam kita. Mereka Berjaya total 100% menawan
hati pak arab kaya dengan minyak petroleum
dan pak melayu yang kaya dengan sopan dan santunnya. Dulu orang melayu bersopan benar terutama
anak anak daranya. Pijak ulat bulu pun ,
that ulat bulu tak akan mati. Tidak la
ni! Belum pijak pun ulat bulu akan mati.
Anak dara sudah bersifat ‘brutal dan heavy metal’.
DEngan cara itu, fikir kita sudah lari. Fikir bahawa hidup ini adalah bersifat sementara. Akhirat jua kesudahannya. Bukan setakat kita .. ketawa melihat kartun
dalam TV dengan anak anak cucu kita,
bahkan kita masih ketawa ..semasa
kita terjun dalam lubang kubur se masa kita membawa turun mayat saudara kita ke
dalam liang lahadnya. Astahgfirullah hal azeem. Ketawa kita belum habis lagi di
situ. Mengapa? Fikir kita sudah lari. Tak betul stesyen orang Kelantan kato.
Bila saya kata ..fikir kita dah lari .. sama lah dengan
episode di paragraph pertama di atas ..
bila tuan teksi tak Berjaya ..mendapat kembali ‘searching’ gelombang steyen
radio di banjaran gunung Pagoh tadi. Dia
tak Berjaya membawa penumpang penumpang nya .. mendengar lagu lagu dondang
sayang di atas bukit gunung Pagoh sana.
Di saat Nabi Muhammad s.a.w. nak mangkat .. dia tak habis
habis sebut ‘umati umati’ .. fikiran nya tak lari dari mengingati kita semua
.. jaga fikir kita. Fikir tujuan utama kehidupan kita ini?
Jangan buat fikir kita sama dengan fikir orang orang kafir
..yang berkesudahan dengan neraka jahanam sebagai tempat mereka ..selama
lamanya. Oleh itu satu usaha dakwah
dibangkitkan di dunia ini dengan nama ‘dakwah tabligh’ di Kuala Lumpur , Masid
Dakwah Sri Petaling. Setiap petang jumaat
/ malam sabtu kita jumpa di sana.. di sana.
Mereka cuba membetulkan fikir mereka dan dalam waktu yang sama .. mahu
mengajak tuan tuan hamba (adik adik kakok) .. jom mari kita ubah fikir kita. Fikir kepada agama , fikir tentang kebesaran
Allah dan kemanisan iman sejati yang akan menjaminkan syurga firdaus .. abadi
abada. Anda tak sayang kepada anak anak
tuan hamba? Sanggupkah anda melihat
isteri dan anak anak gadis tuan hamba diheretkan oleh para-para malaikat ke neraka ..semata
mata ..mereka lalai meninggalkan sembahyang, gila fesyen ketat ketat, tak tahu
mengaji Al Quraan, malas bertasbihat dan menyebut Subhanallah, Alhamdulilah dan
Allah Hu Akbar. Dengan cara dakwah ini ..
fikir kita masuk ke dalam band bandwidth stesyen utama kembali. Semua line clear! Ayuh tuan hamba..selagi hayat dikandung badan
..kita belum terlewat lagi. Ayuh ..
betulkan fikir kita! Allahu Akbar!
Wallahu hu aklam.
Pak Chik Sazali Ph.D
( cuba belajar belajar buat kerja nabi.. belajar belajar fikir fikir fikir para
para nabi.. saya berstatus masih belajar
sampai mati) . Maaf jika tersalah bahasa. Maklumlah .. masih belajar .. phd pelajar haluan dakwah
0 comments:
Post a Comment