Salam
Semua kita mempunyai kawan.
Binatang di bawah rumah kayu kita pun ada kawan. Kucing jantan ada kawan-kawanya tersendiri. Dia memilih kawan-kawan mengikut klasifokasinya tersendiri - ilmu haiwan di rimba. Sebagai manusia, ada antara kita yang telah berkawan
sejak sekolah rendah, ada yang sekampung dan ada juga yang berkawan dalam satu opis
sahaja di UTHM (kebetulan) sebagai contohnya. Demi persahabatan,
kita ada peraturan untuk menjaga hati kawan supaya hidup kita bertambah sihat,
riang dan gembira. Salah satu tanda
orang ‘gila’ ialah dia tidak ada kawan. Kalau tak percaya ..cuba type google .. type mad shooters in USA universities <return>
Di sini ada beberapa adab yang boleh diikuti demi menjaga
keutuhan persahabatan:
(i)
Bila
kawan Berjaya dalam sesuatu cabaran (pengajian) , di waktu konvokesyen, sampaikanlah ucapan tahniah kepadanya
berulang-ulang kali; berjaya dapat anak -
ucapkan tahniah dan bersyukur.
Bari hadiah ok? Beli sejambak bunga RM50 tanda kita menumpang happy ..dia dah dapat ijazah pun. RM50 ? apalah sangat. Harga kawan mahal tau ?
(ii)
Senyumlah bila bersua dan bercakap dengan nada
gembira; gigi tolong berus dengan baik.
(iii)
Bila kawan kandas/ sakit/ mengalami kesusahan,
kecelakaan ucapkan ‘takziah’ kepadanya.
Minta dia bersabar dan tabah hati.
Kita sama sama menangis. Sama
sama susah hati.
(iv)
Biarlah kita yang mempunyai tangan disebelah
atas (memberi) dan elakkan diri dari menjadi tangan yang selalu di bawah
(menerima)
(v)
Jika kawan menjemput kita ke majlis
perkhawinannya, anda wajib hadhir sebagai memenuhi hak kawan
(vi)
Jangan suka berhutang dengan kawan; sifat pinjam
meminjam akan menimbulkan perkelahian, buruk sangka; jika berhutang cepat-cepat bayar sebagaimana
dijanjikan. Tak leh bayar semua now/ bayar half. Explain why tak leh settle 100% full.
(vii)
Sentiasa membantu kawan setakat yang termampu.
(viii)
Jaga rahsia kawan; jangan malukan kawan dalam
banyak keadaan. Kalau dia UMNO , kita PAS .. jangan bergaduh. Yang penting we are all true muslims now.
(ix)
Jika ada rezeki lebih, belanja kawan-kawan kita
dengan sedikit makanan, minuman, hadiah ole-ole dari seberang sana sekembalinya
kita dari pelancungan luar Negara.
(x)
Tanya khabar kawan ‘lama tak dengar cerita kau
zali!, ke mana kau?’. Style tanya biar nampak kau perihatin.
(xi)
Jangan menceroboh hak kawan. Contoh pinang(usik) tunangan dia pulak. Masuk rumah kawan dengan salam dan duduk baik
baik dalam rumah orang. Jaga biji mata
mu itu dan mulutmu juga.
(xii) jangan bangkang idea kawan. If dia kata Mahathir is his superstar . and u say TG Nik Aziz ahli syurga .. so what!.. idea macam macam. Hormatilah pendapat kawan dan lawan. Kita bahagia.
Insyallah jika kita sama-sama amalkan adab di atas, ke mana
mana kita pergi , kita akan mempunyai ramai kawan bukan setakat 1 hari, 1
minggu, 1 semester bahkan sampai kita sama-sama mati. Kawan sepanjang hayat. Kawan
yang baik adalah satu rezeki besar dari tuhanmu. Empat biji gunung emas tak sama nilainya
dengan 1 kawan yang baik dan berkualiti.
Bila tengok dia, cakap dengan dia ..kita teringat perintah tuhan yang
agong. ( Radhious Solihin). Sejuk hati kita. Terubat rindu kita.
Bila berjauhan dengan dia, .. walaupun seminggu , kita rasa .. sudah
bertahun-tahun kita berpisah. Elakkan dari hidup tanpa kawan. Darjat kemanusiaan kita bergantung kepada
ramai mana kawan kita yang ada. Kita
berkawan tidak memilih pangkat, sosio-ekonomi, parti politik, darjat
pelajaran. Kalau semua kawan dah rosak akidah..kita cari lubang gua .. lari jauh jauh dari mereka. Bertapa. Jaga iman , amal dan fikir kita. Kita muslim , mukmin berkawan
semua orang yang ada adab dan mahu mengamalkan adab.
Rujukan:
Ilya’ Ulumiddin. Imam
Ghazali r.a.
Radhius Solihin.
0 comments:
Post a Comment