Jauh berjalan luas pandangan

Posted by sazali

Salam


Orang dulu kata ‘ banyak merantau , luas pandangan’.  Itu depa kata lah.  Tragiknya mereka semua dah mati.  Mat Kilau , Datok Bahaman , Munshi Abdullah, Pak Sako, Bung Sukarno - Kalau kita korek kubur dia, hanya tulang jer yang ada. Tetapi kata kata dia banyak makna disebaliknya.

Tetapi bagi aku ‘ luas merantau, banyak habis wang/ duit lah’.  Kalau guna kad kredit banyak hutang kat bank.  Bahaya.  Tetapi apa boleh buat.  Sekarang kerajaan mengajar rakyat untuk berhutang dan terus berhutang.  Jika kau , pegawai kerajaan , bila out station, sudah tentu kena pakai kad kredit punya.  Balik ke opis nanti after trip ..  boleh buat tuntutan itu dan ini tetapi jiraan saya di Taman DesaTelipot, Kota Bharu -   mengesahkan bahawa tidak ada untung dalam going out station selalu selalu sangat.  Hutang makin banyak adalah.  Tetapi itu dia bilang 1-2-3.  Tidak ada untung dia kata.  Masa dia masih bekerja dengan kerajaan dahulu, mana dia berani membantah arahan ketua dia dari Kuala Lumpur. He..he..

Aku setuju 200% dengan kata kata Tuan Hj Che Mat tadi tetapi kalau nak hidup senang , bila hutang kad kredit RM1000 , kita bayar RM1000 teruslah pada penghujung bulan.  Jika tabiat sudah begitu, tak banyak daki hutang yang melekat dan bertepek-tepek pada tubuh badan seseorang.  Sihat tubuh dan sihat poket dia orang.  Problem terbesar kalangan kita pegawai kerajaan/ pegawai swasta  ialah Hutang RM1000; bila bayar hanya RM100 jer.  Hutang masih bertepek RM900.  Bila keluar lagi outstation , kena pakai kad kredit RM1000 ..  kita bayar RM100 jer.  Makin banyak hutang kad kredit yang ada.  Pada bulan kedua , hutang kita dah RM900 + (RM900*0.1) + RM900 =  RM1800 + RM90 =  RM 1890 ; nanti dihujung bulan kedua hutang kita dah makin banyak RM1890 + RM(1890 *0.1) = RM1890 + RM189.00 = banyak dan semakin banyak.  Jika hutang kita menjangkau melebihi dari item kad-kad kredit , contohnya hutang rumah 2 buah, hutang rumahkedai 1 buah,  kereta 2 buah;  hutang beli kebun sawit 10 ekar, hutang kusyen , hutang mesin jahit, hutang pingan mangkuk , hutang kutu, hutang baju eksekutif, hutang baju korporat, hutang kedai mamak ..  maka hidup kita semakin hari semakin sengsara.  Tenggelam dalam bahana hutang tak sudah-sudah.   Hidup kita tidak ada nikmat mana pun.  Jadi Pengarah atau Pengurus  BESAR Mana pun sekalipun ..tak best lagi ..  jika hutang kita melebihi pendapatan bersih kita. Walaupun isteri ada bekerja untuk membantu ekonomi suami kononnya ,  sumbangan gajinya tak dapat mengatasi  jumlah hutang kita satu rumah.  Kuasa sucking dari lubang hutang melebihi saiz kuasa menimbun pendapatan kita. Kita ada nafsu, isteri ada nafsu, anak anak dara kita pun ada nafsu.  Nafsu apa itu?  Nafsu hidup berhutang melebihi  pendapatan bulanan bulan demi bulan, tahun demi tahun.   Silap silap kita mati hari ini penuh dengan hutang.  Dah lah amalan agama paling minima, hanya amalan hutang jer yang semakin maksima.  Hidup kita mana ada yang optima?  Sebab itu ramai ahli jamaah masjid cepat cepat mau chaoow dari masjid.  Nak turun cepat-cepat dari masjid, nak cepat-cepat  gi berhutang lagi dan lagi kat luar dari kawasan masjid ini. Hidup kita tak ada kemanisan mana pun.  Bila baca Al Quraan pun , tak sejuk mana pun hati kita .  Mengapa?  Hutang sudah menjadi raja dalam rumah tangga kita. Keadaan menjadi panas.  Bank telipon.  Ah Long telipon.   Kasihan , bukan?  Bergaduh sedikit, ramai pasangan muda  terus bercerai berai.  Baru baru ini YB Perdana Menteri  Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan indeks kebahagiaan dalam kalangan masyarakat Malaysia sempena kita semua nak masuk Pilihan Raya Umum 13 .  Tetapi bahagiakah kita jika ramai staf kerajaan hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.  Hujung bulan, habis duit bayar hutang.  Dapat gaji pun , selepas 3 hari semua orang dok tongkat dagu, berkerut dahi,  donggak kat langit warna biru  ..bila pulak gaji krismas  ini?  Nak bayar hutanglah aku ini.  Untuk makluman, hutang Malaysia RM500 bilion dah.  Kuat betul kita berhutang.

Hairannya, dalam khutbah jumaat atau khutbah raya Hari Raya Aidil Fitri dan Aidil Adha , mana ada khutbah dari mimbar masjid bercakap tentang hutang dan bahayanya.  Banyak khutbah cakap pasal bertakwa.  Bertakwalah …  jaga sembahyang kamu, jaga isteri isteri kamu, jaga anak anak kamu, jaga itu dan jaga ini.  Bayar zakat. Korbankan lah lembu itu.   Masalahnya ialah teks ucapan khutbah banyak yang ditulis dan dikawal selia oleh Jabatan Agama.  Bila bos arah tulis itu dan ini mengikut indeks happy, happy .. mana ada orang berani tulis dan baca teks pasal hutang , hutang dan mati sebagai kafir/  tak masuk syurga kau.  Ayat ini sama erti dengan ‘subset, power set, partitioning set  dalam ilmu matematik diskrit ’ kau tergolong dalam kalangan orang payah masuk syurga. Amalan tergantung -gantung.   Tak kasihan kpd diri mu kor?

Rasa-rasa kita semua dah kaleh dengan orang mati dalam keadaan berhutang keliling pinggangnya terutama si mati yang terkenal hartawan. Harta bukit dia di Serawak sana, RM1 bilion tetapi hutang dia RM3 bilion.  Mengikut hukum  matematik ..si mati masih berhutang RM2 bilion.  Bagus matematik kau!   Aku kasi kau 4 flat subjek matematik tahun 1 universiti kat  Malaysia ini.  Sebab kau pandai matematik.  Mengikut kitab agama yang usang yang aku ada dalam rumah itu, ada satu muka surat penuh yang membicarakan tentang bahaya hutang.  Tak masuk syurga orang yang tak lunaskan hutang.  Hatta melayu berhutang dengan orang orang kafir sekali pun , melayu mati itu tak akan masuk syurga.  Oshh dasyatnya  bahaya suka hidup berhutang ini.  Ayuh kita buat sesuatu dengan kadar segera.

Ok tak?

Sekian.  Wallah huaklam.   

Mengikut pembacaan saya , 30% staff kerajaan terutama berbangsa melayu mempunyai hutang mencicah RM1/2  bilion.  Ramai dah diistihar muflis.  Mengikut Akta Kerajaan General Order, pegawai yang telah diistihar muflis (bankrupt)  secara otomatik lucutlah jawatannya sebagai pegawai kerajaan.   Tak takut kau sayang?   Abah tulis jer ni.  Sama sama kita fikirkan cepat cepat.  Tolong diri sendiri.  Jom!      

0 comments:

Post a Comment