Blueprint Syaitan Iblis

Posted by sazali

Salam

Tadi sebelum saya berangkat ke kantor / opis kerja ..tuhan memberikan saya taufiq dan hidayah untuk membaca 10 ayat dari kitab suci Al Quraan bersertakan dgn terjemahannya.  Kitab ini saya hadiahkan kpd diri sendiri dari wang RM5000 (hadiah UTHM ..  untuk penulis yang berjaya memindahkan tesis PhD kepada sebuah buku setebal 100 m.s. untuk  bacaan orang orang awam - tahun 2010).

Dari bacaan Al Quraan dan terjemahanya , izinkan saya  menarik perhatian diri saya terlebiih dahulu dan diri pembaca budiman / rupawan/ cerdikiawan/ hartawan kepada masterplan makhluk Allah yang tuhan laknatkan dari dulu sampai kepada saat sekarang dan selama-lamanya.

Ada 7 points masterplan si bedebah bergelar syaitan  ini.

1.  jom buat dosa-dosa besar -  maksiat zina, judi, minum arak, makan riba, tenung nasib dan  tidak putus putus dalam mengambil pinjaman bank untuk rumah ke 2, 3 , 4 .. ke n ...

2.  buat dosa kecil , benda ini akan berlonggok-longgok dosa dan kesannya hingga pada satu ketika hati kita mulai hitam - kita tak dapat membezakan perkara baik dengan perkara jahat ( pahala dan dosa)

3.  melibatkan diri dalam kerja kerja yg tidak membawa apa-apa faedah seperti berlumba kuda, melagakan , menyabung ayam, pertandingan mendengar suara burung yg paling merdu sekali, pertandingan wau bulan dan wau ikan di Pantai Sri Tujuh , Kelantan, program celebriti Akademi Fantasia,  perlawanan bola sepak Piala Suzuki AFF 2010 , 2012, 2014, 2..n  , Facebook, SMS, e-mailings.  Banyak masa kita kita buang begitu sahaja.

4.  menggunakan masa muda , sihat, kaya, hidup dalam sesuatu yang kita nampak tersangatlah penting tetapi tidak ada skop kesignifikannya pun di sisi Allah Pencipta sekalian alam.  Contoh:  membesarkan rumah, membesarkan dapur, besarkan lubang parit , tukar barang-barang kemas (emas, intan, permata), pasang anting-anting kecil kat pusat bujel wanita, tajamkan batang hidung dan panjangkan sedikit supaya kelihatan jelita macam wanita arab Lebanon di pesisir pantai laut Mediterranean , cat biji mata supaya berwarna biru dan hijau, pasang accessories kereta Proton, cat kereta,  modified exhaust motorsikal kapcai biar ianya berbunyi macam kapal terbang Boeing  777.  Bila membesarkan rumah ..kita akan terjerumus dengan pinjaman bank (riba - hukumnya haram , 30 kali berzina dengan ibu kandung mu sendiri ).  Ada orang sibuk jadi ahli kelab pelancung -  Air Asia ke Bangkok, Hanoi, Jakarta, Medan .. semua ini lubuk pelacur-pelacur dari pelbagai kelas .  Kelas perkhidmatan pelacur di sana ialah diklasifikasikan sebagai paling mahal RM1000 untuk 2 jam hinggalah RM30 ..  di Pudu Raya, Kuala Lumpur.  Dulu suka dengar hadith hadith di masjid , sekarang sibuk tenguk musim tiket offer tiket murah AirAsia 5 sen ke lubuk lubuk pelacuran dan sebagainya.  Dulu sihat ..  sekarang sudah kena penyakit  siplis dan penyakit kelamin.  Siplis ialah penyakit kelamin yang mana  pesakit akan mengalami kencing bernanah, darah, gatal terlampau sangat, sehinggakan  Doktor peribadi sampai hati mu berkata melihatkan kepada kesengsaraan pengidap penyakit siplis  ..'don't worry, it will drop by itself'.

5.  umat-umat suka berhujah, bertikam lidah.  Politik UMNO melawan politik PAS dan PKR ..  sama sama muslim , kutuk mengutuk dan bercerai berai.  Kuat penyapu kerana muafakat kesemua lidi lidinya  .. sekarang lemah penyapu kerana lidi idi tak mahu lagi hidup bersatu.  Kau ahli neraka, aku punya puak ..sure ..ahli syurga. Kedua dua puak ..sudah jatuh dari sisi pandangan kasih sayang dan cinta Allah Taala.  ( Maulana Zakaria, 1950).

6.  ?
7.  ??

Saya dah lupa.  Maklumlah .. saya insan biasa.  Tak lari dari sifat pelupa, pemarah, penat dan berdukacita.

Muga-muga Allah melindungi kita.

Ada 2 ayat dari Surah at TUR .. bukit sinai, Mesir , Arab sana ..dia ajak kita menggunakan masa - waktu malam untuk bertasbih memuji muji Allah dan bersalawat kpd junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. dan menggunakan saat saat pagi bila langit gelap berubah sifatnya kepada keadaan langit terang ..  waktu subuh ..untuk membaca 3 ayat terakhir Surah Al Hashr. Banyakkan berdoa ..kerana waktu ini ..  Allah akan makbulkan doa kalian.  Ameen.

Sekian hasil dari bacaan Al Quraan saya.

Wallah hu aklam.

1 comments:

  1. anwar said...

    salam dari utm

    saya adalah pelajar sarjana muda sains komputer(kejuruteraan perisian) dan saya juga berhasrat untuk menjadi seorang pensyarah suatu masa nanti.Bagi saya,ia adalah perkongsian yang sangat bermanfaat sekali.

    Inilah saya mahu,bukan sekadar memegang jawatan semata-mata tetapi berusaha membentuk masyarakat terutama sekali umat islam kepada keadan asal iaitu umat islam dulu ketika Nabi masih lagi hidup..insyaAllah.

    Teruskan usaha doktor untuk ber'blogging'!

Post a Comment