Salam
Syukur saya berkahwin Ogos 1981 .
Dari 30 tahun hasil perkhawinan ini, tuhan menganugerahkan
kami 6 orang anak. Empat perempuan dan 2
lelaki. Sekarang anak sulung saya berumur 30 tahun dan anak bongsu 17
tahun.
Falsafah hidup saya sebagai nakhoda rumah tangga ialah
bertunjangkan kepada ajaran agama islam sebagaimana Allah kehendaki dan kami
mencuba sedaya upaya untuk menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. dalam bahtera
rumah tangga ini. Isteri saya berkerja
di dalam rumah 24/7 . Pangkatnya ialah CEO Rumah Tangga dari depan hingga ke dapur dan menjangkaui kawasan tempat sidai kain baju di luar sana. Luas kawasan permainan isteriku ini. Saya rasa OK sangatlah walaupun kami tidak
mempunyai banyak duit sebagaimana ramai jiran
yang mana suami isteri semua bekerja
siang dan malam. Kehidupan kami bermula
dari jam 500 pagi di mana si ibu bangun untuk menunaikan sembahyang sunnat sedikit sebanyak sedangkan saya kadang-kadang bersolat tahajud atau mula belajar
membaca buku agama. Bila azan berkumandang
di udara , saya akan cuba belajar untuk bergegas-gegas ke masjid.
Motto hidup saya “.. jika kau
tahu fadhilat sembahyang isya’ dan subuh berjamaah , sudah tentu orang akan merangkak-rangkak
ke masijid..” [Hadith]
Syukur saya sudah pun membawa 2 anak-anak lelaki saya keluar dakwah dan belajar dakwah di
England (Manchester, Leeds dan Dewsbury) dan juga di Kelantan, Malaysia. Melalui hubungan dakwah ini, alhamdulilah,
walaupun saya 100% berpendidikan barat ala United Kingdom , saya telah menghantarkan
anak anak puteri saya ke sekolah agama Maahad Muhammmadi, sekolah arab, SMKA Naim Lilbanat, Kolej
Islam Klang, dan kebanyakan buku buku dalam rumah kami adalah berunsurkan agama
islam. Di rumah, kami bercakap melayu ala
Kelantan, Patani (Thailand) , Kampar (Sumatera) dan ada juga kami bercakap
Inggeris ala Queen Elizabeth London.
Makanan kegemaran ialah nasi kerabu hitam , budu dan daging ayam
muda kampung dan berbakar. Sekali kena, mesti nak lagi.
Syukur, isteri saya tahu menyediakan masakan kegemaran saya. Tabiat yang paling saya tak suka ialah makan
minum di kedai @ restoran terutama selepas waktu isya.
Hobi ialah membaca dan bercerita ( narrate). Saya suka membaca komik-komik kanak kanak
seperti Kuntum, Dewan Pelajar dan novel Enid Blyton. Walaupun umur saya banyak, minat saya membaca
buku buku kanak-kanak masih menebal lagi kerana melalui pembacaan ini ,
insyallah, saya dapat sampaikan sedikit sebanyak nasihat, tunjuk ajar kepada
pelajar pelajar saya yang berumur 17 tahun ke atas di politeknik dan
university. Novel yang paling saya
gemari adalah berlatar belakangkan kehidupan di desa dan di alam sekolah /
maktab/ university dan biography seperti Tun Mahathir , Mahatma Ghandi dan Rasulullah s.a.w. Novel macam James Bond kurang saya minati
kerana ceritanya banyak khayalan dan yang peliknya ‘hero’ tak pernah mati dan
‘orang jahat’ macam macam untung dia dapat seperti “XXXX” sebelum si hero betul betul dapat.
Subjek diamanahkan kpd saya mengajar ialah kebanyakannya
matematik , statistik dan pengaturcaraan komputer tetapi cinta sejati saya
ialah dalam bahasa inggeris terutama kesusasteraan inggeris. Jika saya diberi
peluang membawa jam / waktu ke belakang sejauh 30 tahun ke belakang lagi dan lagi , sudah
tentu saya mahu buat ijazah Sastera klasik Inggeris , Sarjana Inggeris sama ada di Cambridge atau
California. Tetapi sayangnya , mana ada
manusia di muka bumi ini dapat berbuat demikian. Hatta kerabat raja Lady Diana sekali pun.
Di sini elok saya catitkan beberapa petua rumah tangga yang
baik khusus untuk anak anak ku yang sudah berumah tangga; bekas-bekas pelajar saya pun saya jemput juga untuk membacanya. Saya bukan hartawan, jutawan, bilionwan ..yang ada ini sahajalah hadiah cikgu mu .. please:
·
Jangan cepat marah-marah. Amalkan sifat bertimbang
rasa. Jika kamu ada PhD , tak baik
bergaduh dengan isteri yang ada sijil HSC/STPM jer. Tak padan nak lawan. Kalau menang bergaduh
pun , tidak ada ‘thrill’ apa apa pun
kerana track berlari dalam stadium tak sama.
Kita berlari atas track di Stadium London sedangkan isteri kita berlari
atas track stadium di SM Teknik , Cheras jer.
Mana achi bukan?
·
Kita kena banyak bersabar. Sabar dalam susah dan sabar dalam ‘banyak
bonus’. Cuba belajar hidup happy happy.
Makan 1 pinggan kecil kita happy
dan makan dalam talam pun kita happy.
·
Kita boleh dengar pendapat isteri tetapi tidak
semestinya kita ikuti semua kehendaknya.
Contoh dia hendak beli macam macam jenis pinggan , mangkuk, sudu, pisau,
garfu yang mahal mahal tetapi sebagai ketua keluarga jika kita ada RM2000 di Langkawi
, kita boleh budget RM500 jer untuk melayan karenah isteri. Dengan cara itu, dia masih mampu tersenyum
bila dia masuk tidur dengan ketua nakhoda ini.
·
Ajar anak anak sifat berkasih sayang dari muda
muda lagi. Baju along, angah pakai dan
buku angah , adik adik nya lain boleh kongsi-kongsikan. BIla kita ajar benda asas begini, bila kita
mati meninggalkan 1 rumah teres, 3 buah kereta, 2 lot tanah , 3 duit dalam tabung
koperasi guru dan 50,000 buah buku di library rumah , insyallah mereka pandai
pandailah agih-agihkan. Syukur saya sudah
wasiatkan semua ini dengan AmanahRaya Berhad.
Tetapi beritahu anak anak, harta terbaik ialah isteri solehah dan
amalkan ilmu pendidikan dan budi pekerti mulia sepanjang zaman.
·
Jangan lawan ibu dan ayah. Hormatilah ibu ayah se masa mereka ada. Jika kita layan emak ayah dengan baik-baik ,
insyallah bila kita sudah tua seperti Tun Mahathir, arwah Ghaffar Baba, arwah
Munshi Abdullah dan .. ramai lagi ..
anak anak kita akan melayan kita dengan baik juga. Roda kereta lembu bergerak dengan cara berputar putar. Yang muda akan jadi tua dan yang tua
tiba-tiba jadi kanak kanak semula. Bila
dah tua, kita memerlukan anak anak berpangkat doktor bedah, jurutera dan system analis untuk memasang
pampers kita. Air kencing kita datang
tak menentu lagi. Control kita semakin
‘loose’.
·
Belajar cakap dengan baik-baik sesama adik
beradik.
·
Hormati adik beradik dan saudara mara sedarah
kita melebihi kawan kawan kita.
Persahabatan kita ada kekangan masa.
Semasa di MRSM, kita berkawan gila gila tetapi bila kita jatuh sakit
terlantar kat hospital, sanak saudaralah yang akan melayan kita tak
sudah-sudah. Belajar senyum dalam
kegembiraan dan senyum semasa kita menghadapi keadaan susah.
·
Bila sudah Berjaya, jenggok jenggoklah guru guru
, ustazah, uztaz kamu sekalian. Guru cina pun kita melawat. Guru india pun kita bertanyakan khabar
berita. Bawa biskut merry dan air kotak
soya bila menjengguk guru guru kamu sebagai buah tangan. Bila kamu berbuat demikian, insyallah, tuhan
akan memberi kamu hadiah. Apakah
itu? Anak anak kamu pandai di alam
persekolahan , university mereka - tak
payah tuisyen. Banyak kos dapat
dijimatkan. Emakkau tak payah kerja
macam orang lain pun.
Time KONVOKESYEN, budgetlah sedikit masa - melawat bekas bekas pensyarahmu/ guru lamamu. Ambik gambarpun bagus juga. kalau ada hadiah macam pensil 2B satu kotak dan pemadam STEADLER pun ok jugak .. else tak ada apa apa pun alright punya .. susun kata kata yang manis kpd guru mu .. Tuan .. saya tak sempat nak beli apa apa tuan, ini jer ..saya mampu tuan. Walaubagaimanapun saya akan doakan tuan - agar sihat sepanjang masa, murah rezeki dan dipanjangkan umur sampai bila bila. Terima kasih tuan. Senyum lah selalu selalu.
·
Bila kita amalkan hidup bersedekah, belanja
orang makan, tuhan akan beri kau hadiah.
Apa itu? Umur mu panjang dan
hidup sihat sejahtera siang dan malam.
·
Doa pada tuhan.
Hidup mati kita biar tuhan redha sepanjang masa.
Itu jer lah untuk kali ini.
Sekian. Wallahu
aklam. p/s: kita tak perlu ke London, jika setakat mahu
buat baik kpd guru guru lama kita yang sudah banyak berkorban untuk kita nun
dipelusuk kampong di sana .
nice =)