Sediakan payung sebelum hujan

Posted by sazali

Salam/  Selamat Sejahtera

Sekarang hujan turun tidak henti-henti.  Sudah ada dah kawasan rendah di sekitar dilanda banjir di Batu Pahat dan Muar.  Kasihan .. ramai orang berpindah ke Pusat Kebajikan Banjir di sekitar kawasan ini.  Tetapi paling kasihan ialah pelajar pelajar yang sedang menduduki peperiksaan SPM/ STPM 2012.

Walaupun hujan masih turun tidak henti-henti, kita staf kerajaan masih perlu berkhidmat dengan orang ramai tanpa rasa jemu dan bosan.  Dari kerja , datangnya gaji (upah kerja) dan dari gaji .. adalah makanan di dapur itu insyallah. Orang orang tua kata 'berasaplah sedikit di dapur itu'.

Sempena tugas itulah saya ingin menarik perhatian tuan/puan yang budiman ke ..  



Kehebatan Universiti kita ini.  

Pagi ini selepas solat subuh berjamaah, saya mengambil sedikit masa untuk melihat balik slides power point mengenai pencapaian cemerlang enam bulan pertama (2012) university saya di Batu Pahat ini.  Slides ini datang dari opis Prof Dr Noraini bte Kaparwi.  Tujuan ialah  mempunyai kefahaman holistic  dan ‘bird’s eyes views’ tentang university saya –di mana bumi dipijak, di situlah langit dijunjung ,  – itulah tempat cinta kasih kita memberi sepenuh komitmen semasa hayat ada di kandung badan.  Ini adalah berkaitan  dengan usaha fakulti menghantar penulis ke Qatar mulai 11 Nov 2012 ini untuk maksud promosi dan kolaborasi antara Universii Qatar dengan UTHM, Johor.   Selepas melihat, mengkaji statistik dan diikuti dengan proses refleksi  .. benarkanlah saya menyimpul rasa kekaguman teramat sangat kepada hasil kerja semua warga staf dan pelajar-pelajar yang telah bertungkus lumus membina, sustain, servis, innovate nama baik UTHM di tanah air dan juga di persada antarabangsa sejak tahun 1993 lagi.  Dahulu tempat ini disebut Institut Latihan Staf Politeknik.  ILSP.

Satu tabik spring harus diberikan kepada Naib Canselor  Datuk Prof Dr Md Noh Dalimin dan mantan NC Datuk Prof Emiritus Dr Ir. Haji Ismail yang telah memandu university ini ke arah kapasiti pelajar seramai 15000 orang ( sekitar 1000 pelajar antarabangsa) dengan bilangan staf akademik  1000 orang pada hari ini.
Saya telah melihat kejayaan demi kejayaan yang telah dicapai oleh staf yang mengambil bahagian dalam pertandingan rekacipta, inovasi , research dan macam-macam lagi seperti Prof Dr Md Zarar (FKEE), Prof Dr Rosziati (FSKTM) , Prof Dr Mustaffa Mat Deris (FSKTM)  dan Prof Madya Dr Ineka (FKMP).  Tidak  lupa juga kejayaan pasukan debat UTHM dalam mengalahkan team Universiti Malaya dalam Pertandingan Debat IPT Alam Sekitar.  Kejayaan pasukan debat ini turut disebut-sebut  dalam Konvokesyen Kali 12 oleh Naib Canselor kerana pasukan ini telah mengalahkan sebuah university tersohor di Malaysia dan yang paling manis ialah kami menewaskan team UM  di tempat mereka sendiri.  Kejayaan ini sama tinggi tahap  keseronokannya bila pasukan  Wigan City FC dapat mengalahkan Manchester United FC di Stadium Old Trafford  itu sendiri.         Kejayaan atlet UTHM dan team kayak dalam pertandingan sukan antara university turut juga mengharumkan nama baik university ini.  Syukurlah!

Ada beberapa program pengajian di peringkat Ijazah Sarjana telah diwujud dan dijalankan seperti Sarjana Sains Rel ; 4 program Sarjana Sains Komputer dan banyak lagi  – ini semua membuktikan bahawa UTHM mampu menjadi sebuah university yang unggul , berkelestarian dan cemerlang menuju ke tahun 2025.  Ini tidak mustahil  kerana sasaran UTHM ialah 60% staf berkelayakan PhD menjelang tahun 2025. Buat masa ini 2012 UTHM sudah mempunyai 32% staff berkelulusan PhD untuk menjayakan visi, misi dan matlamat UTHM yang suci murni.

Semua data ini adalah proses '.. sediakan payung sebelum hujan.'  Promoter mesti tahu maklumat terkini mengenai universiti ini sebelum memperkenalkan UTHM kepada rakyat Qatar.  Tolong doakan ya?

Tahniah UTHM!    [ universiti ter   HOT malaysia ]

0 comments:

Post a Comment