Salam
Selalu kita dengar dari ceramah agama istilah ‘fikir
agama’. Apakah benda ini sebenarnya?
Fikir agama sesaat lebih mulia / afdal dari sembahyang sunat
1000 rakaat. (Hadith).
So apakah makna fikir agama?
Dari pengalaman dan pengetahuan saya yang serba sedikit ,
saya turunkan definisi ini untuk diri saya terlebih dahulu dan untuk pembaca
sekalian.
Fikir agama ialah fikir tentang:
(i)
Perintah
tuhan kesemua-semuanya dari pagi , petang sampai ke malam setiap hari. Apakah tanggungjawab kita sebagai mukmin/
mukminat/ muslimin / muslimat tanpa membezakan warna kulit, bangsa, Negara,
kaum , dan sebagainya selagi kita mengaku kita adalah umat islam – umat nabi
Muhammad s.a.w
(ii)
Sunnah nabi besar kita dari pagi , petang ,
malam. Amalan hidupnya setiap hari. Muamalat baginda dengan orang ramai dalam
urusan jual beli dan sebagainya. Halal
dan haram.
(iii)
Tujuan hidup kita di dunia ini. Adakah fikir kita setakat mencari makan
sahaja? Ini fikir am semua makhluk Allah .
tidak ada kehebatan memikir cara ini.
Tujuan hidup mukmin lebih besar, lebih dalam dari itu setakat mengisi
perut , lapar dan dahaga. Binatang/
haiwan memikirkan mengenai perkara yan sama.
(iv)
Sebanyak mana perintah Allah dan sunnah nabi
telah kita hidupkan dalam rumah tangga kita.
Opis, organisasi kita. Sekolah kita. Jajahan taklukan kita. University kita. Negeri dan Negara kita. Orang bawah kawalan kita. Adakah semua ahli
keluarga kita sudah menunaikan sembahyang 5 kali sehari? Pembacaan dan penghayatan Al Quraan yang
sebenar-benarnya. Janganlah kita baca
dan faham pasal rasuah dan riba dengan baik sahaja sedangkan kita tidak malu
untuk terus memakan rasuah/ riba sepanjang masa. Kefahaman agama kita setakat membaca dan
faham sahaja. Tahap ini adalah setara
dengan yahudi dan nasaro. Tidak lebih
dari itu.
(v)
Kita kena fikir tentang nasib saudara saudara
kita yang hanyut tanpa taufik dan hidayah.
Saudara ini tidak semestinya terhad kepada bangsa Malaysia sahaja. Allah dan Nabi suruh kita fikir lebih jauh
dari bumi Malaysia lagi. Tengok sejarah
islam 1400 tahun yang lalu. Para para
sahabatnya Abu Bakar Sidiq dan Omar Khattab r.a. keluar ke seluruh dunia mendakwahkan kalimah
Allah , menunjukan cara penghidupan sebenar orang orang islam. Melalui
pengorbanan mereka ( isteri dan anak anak mereka telah ditinggalkan lama lama),
orang Cina memeluk islam. Dengan cara
berdakwah orang India memeluk Islam.
Dengan cara ini juga bangsa melayu di benua Asia ini dapat juga nikmat
islam sebenarnya. Dengan cara ini ,
bangsa Eropah mengenali budaya dan kehidupan orang islam di Sepanyol. Ramai orang sepanyol memeluk islam. Orang eropah pernah belajar matematik dari kitab kitab karangan pujangga matematik islam. Tetapi ini semua sudah menjadi bahan sejarah
kerana umat islam telah lupa 100% maksud hidup mereka. Orang islam telah mengambil cara hidup lain
selain dari cara hidup baginda Rasulullah s.a.w. Oleh itu, kita boleh lihat orang arab dan melayu sibuk
bermain bola. Orang arab sibuk membina
bangunan setinggi 1 kilometer tegak berdiri menuju ke awan. Orang melayu bercakar sesama sendiri - confuse dengan warna parti - biru / hijau. Bila maksud hidup kita sudah lari dari
landasan hidup sebenarnya, umat islam telah dihinakan dari segenap benua Asia, Afrika
dan terus ke benua Arab. Sudah hilang kehebatan dalam budaya islam pada pandangan orang orang kafir. Kita
menyanyi bagaikan burung dalam sangkar tentang kehebatan umat islam pada satu
hari dahulu. Lagu lagu ini tidak mampu pun kita beli satu keping cepati. Untuk mengatasi tragedi ini, kita
kena bangkit buat kerja dakwah seperti mana orang orang islam terdahulu sanggup
memberi pengorbanan nyawa, harta benda, kasih sayang keluarga semata mata
mengembangkan syiar agama islam seluruh dunia. Bangkit serta merta. Subhanallah.
(vi)
Buat
kerja dakwah? Tengok contoh orang dakwah
tabligh. Mereka ada program ( Maulana Zakaria, 1965). Keluar 3 hari sebulan, 40 hari setahun , 4
bulan sekali se umur hidup. Mereka ada
silibus tetap iaitu membina kekuatan diri dengan 6 sifat utama. Hakikat tauhid iman pada Allah, hakikat sembahyang,
hakikat ilmu dan amal, hakikat ikram muslimin, hakikat ikhlas dalam niat dan
semua amalan kita dan hakikat sanggup berkurban untuk agama islam dalam semua
keadaan senang atau susah. Allah Akbar!
(vii)
Kita jangan pandang serong orang keluar
dakwah. Kenapa anda tidak memandang
seperti itu kepada askar askar melayu yang bertugas ke Negara luar UNESCO waktu
peperangan dan lain lain. Semua ahli
keluarga askar sanggup berpisah jika suami nya masuk ke hutan 3 bulan, 6 bulan
hatta 2 tahun pun berperang dengan nyamuk, ular dan musuh komunis. Askar melayu sanggup mati kerana UNESCO. Mereka sanggup mati berjuang kerana
Bangsa-bangsa Bersatu. Jika mereka mati
bertugas .. kaum keluarga mereka dijamin
kehidupan yang seterusnya oleh kerajaan Malaysia dan kerajaan dunia. Orang dakwah meninggalkan keluarga untuk
maksud agama Allah. Mana lebih agung agama
Allah dengan tugas UNESCO? Mana lebih
besar pengorbanan kerja dakwah dengan pengorbanan bekerja di bawah panji
(bendera) Bangsa-bangsa bersatu? Kalau kerajaan boleh tanggung kehidupan isteri
dan anak anak askar yang terkorban berperang dalam UNESCO , adakah tuhan tidak
mampu menjaminkan kehidupan seterusnya kepada ahli ahli keluarga tersebut? Mana lebih besar kerajaan Allah dengan kehebatannya
menguasai 7 petala langit dan 7 petala bumi dengan kerajaan Malaysia / kerajaan
dunia ? Ada jawapan tak? Kalau tuan boleh beri jawapan , anda sudah
ada fikir agama. Jika anda masih belum
mampu memberi jawapan kepada soalan di atas, fikir anda masih belum sampai ke
tahap mampu berfikir seperti orang orang islam yang mana Allah telah janjikan
syurga jannanul firdaus melalui sesaat kita memikirkan ke mana arah tuju kita
dalam hayat hidup yang sementara ini.
(viii) Team/ Pasukan bolasepak Malaysia selalu meninggalkan keluarga mereka untuk maksud bertanding Piala itu dan ini di seluruh pelusuk dunia. Kaum keluarga tidak menganggap ini pelik kerana mereka meninggalkan ahli keluarga untuk sebiji bola dan satu piala berhari-hari lamanya. Anak muda cina/ melayu/ india sanggup meninggalkan satu keluarga untuk belajar degree, masters dan PHD di luar negara dalam tempoh masa yang panjang. Bertahun-tahun lamanya. Tidak ada orang kata pelik pengurbanan sebegini. Tetapi kenapa pula orang yang mahu belajar fikir agama/ dakwah .. satu negara / satu dunia pandang buruk kepadanya. Ini lah yang sedang berlaku dalam dunia islam sekarang ini. Dalam sesetengah keluarga ustaz/ ustazah pun mereka cop orang dakwah ..sudah hilang fikiran. Sudah hilang pertimbangan. Fikir kita macam fikiran orang orang yang tidak ada taufik dan hidayah. Astagh firullah hal azim. Bertaubatlah kalian semua.
Fikir agama terbentuk dengan kita keluarkan diri kita ke jalan Allah/ keluar dakwah ( Maulana Zakaria, 1965). Saya
menjemput tuan hamba ke Markazah Dakwah Sri Petaling setiap hari Jumaat/ malam
Sabtu di sana. Ada majlis fikir iman dan amal.
Di sana, ada program khas untuk menceritakan fikrah agama secara
mendalam. Saya tidak mampu bercerita
lebih lanjut dari ini. Bila rasa,
barulah kita tahu. Contoh satu
analogi. Kalau tak khawin , manakan tahu
nikmat perkhawinan ? Kalau manusia tak makan
buah durian, mana ke tahu kita tahap kemanisan dan kelemakan se ulas buah
durian 101. Insyallah kita akan berjaya. Better late than never?
Rujukan:
Ilya Ulumiddin ( Imam Ghazali ) 1989
Sahih Muslim 1990
Radhius Solihin 1985
Sahih Bukhari 2006
Teaching of Islams - Mualana Zakaria. India: Markazi Masjid New Delhi. 1965
0 comments:
Post a Comment