Salam
Tadi dapat panggilan dari sahabat lamaku .. tajuk .. kriteria mencari menantu perempuan ..
Berikut adalah kriteria hasil pembacaan / pemerhatian saya:
(i) 4 sifat mulia dari Rasulullullah - ada iman sejati, ada akhlak adab yang baik, dari keturunan yang baik-baik seperti ketua kabilah , imam masjid jameek, tok guru Al Quraan, para guru yang terbilang dan akhirnya ada rupa (cantik) sikit-sikitlah .. maka pilihlah .. yang ada agama. Tentu kalian akan senang hati tidur diwaktu malam dan senang hati jika pergi OUTSTATION insya allah. (Ilya Ulumuddin, 1980).
(ii) jika boleh adjust, cari menantu berdekatan dengan kita . contoh if we are kelantanese , then menantu kelantanese ok sangatlah. SEnang kita nok gi mari dengan mok ayah dio. Kuat persaudaraan kita. Bayangkan kito orang Gaal, pasir Puteh. Menantu kito dari Haidramaut , Yaman. Payoh tu ..nok gi mari ..time berbaloh .. baloh laki bini ini?
(iii) zaman sekarang .. orang nak ada kelas seghoti. If anak jantan kito ada masters UTHM .. menantu kito ada masters UTHM jugok lah. Nampak steady. KIto emak ayah boleh tumpang sokmo sokmo. Dia we pitih RM50 kat emak dio, anak kito pun boleh we jugok kat kito RM50 sebulan tanpa minta apa apa izin dari tok laki dio. Fair and square.
(iv) ada culture. If kita dari kalangan guru yang suka membaca itu dan ini, kita suka sparing partner kita yang datang dari kumpulan orang orang yang minat membaca. Bayangkan kita suka membaca, tok besan kito suko pelagor ikan sekilar / ayam jantan / sambung ayam/ lembu/ kambing dan lain-lain. Katakan dia suko memburu dalam hutan rimba di Gua Musang .. dan suka cari tongkat ali . Ok kor mu itu? Different culture
(v) size rumah tangga. Kita bungalow tiga tingkat. Anak menantu dari Flat Kuala Lumpur, Wilyah Persekutuan. Payah dio nak adjust dirinya mungkin?
(vi) jaga solat. jaga waktu sembahyang dan mengaji Al Quraan. Orang yang menjaga solat sepanjang masa , senang kita berbincang dengan dio. Boleh bertolak ansur. Berlebih kurang.
(vii) pandai memasak. Bila goreng nasi , rasa nasi gorenglah. Bila wat nasi lemak , after 30 minutes, hidangan darinya .. mempunyai rasa nasi lemaklah. Insyallah selamat kita semua.
(viii) pandai bergaul dengan orang orang tua. Kita dia anggap sebagai ibu asalnya juga.
(ix) tok besan kito PKR, sebelah rumah Izzah Annuar Kumpur ; dan kito PAS . Beres bos? what say you? laugh.
---------------------
Begitulah Hajjah. Tidak boleh tulis banyak-banyak. Nanti tergores hati pembaca. Maaf .. apa apa yang ada dipapar blog ini. SEkadar berkongsi-kongsi pandangan dan lain lain sahaja.
Lagipun saya ada 3 orang anak lagi yg belum mempunyai jodoh pertemuan. laugh. Bahaya.
Wallahu aklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam....
Baguih ni. Buat pedoman caghi menantu... he he he.. anak jantan pon belom cukop galak lagi nih...hihihi