Salam
Saya yakin ramai orang bersetuju kita semua pernah mengalami pemilihan AJK rumah-rumah sukan di sekolah menengah mahu pun di sekolah rendah di Malaysia di bawah KPM.
Nama nama rumah zaman dahulu 1970 - 1990 ialah Rumah Kuning, rumah Hijau, rumah Biru dan rumah Merah. Sekarang nama rumah sudah berlainan - rumah Mat Kilau, rumah Dato' Bahaman, rumah Parameswara dan rumah sukan Hang Tuah. apa apa pun kita tahu
tiap tiap rumah .. ada Ketua Penasihat i.e., guru si pulan bin si pulan di ikuti dengan Penolong Ketua Penasihat si anu binti si anu
di ikuti dengan Ketua Rumah Hijau - pelajar Tingkatan 5 Sains 1
Ketua Rumah Merah - pelajar Tingkatan 5 Sains 3
Ketua Rumah Biru - pelajar Tingkatan 5 Sastera 6
Ketua Rumah Kuning - pelajar Tingkatan 5 Eknomi 3
selain dari Ketua Rumah , ada juga jawatan jawatan lain .. seperti Bendahari, Setiausaha, Timbalan Setiausaha dan lain lain.
2) Semua pelajar Sekolah-sekolah gila dengan sukan olah raga dari bulan 1 hingga bulan 7 setiap tahun. Bagusnya .. semua pelajar menghormati prosedur , pelajar pelajar glamour yang berjawatan jawatan yang disebut di atas. Kita seronok bermain sukan sepanjang tahun kerana kita menghormati .. peraturan rumah sukan dan undang-undang sekolah.
Pelajar dari rumah kuning tidak ada apa apa perasaan hasad bin dengki dengan pelajar pelajar lain dari rumah sukan berwarna merah. Kau kuat berlari , kaulah yang akan mendapat pingat emas, perak atau gangsa. Aku tak kuat berlari . Tak apa lah .. sekadar ambik bahagian agar hidupnya budaya sukan. Hidup sukan untuk negara.
Begitu juga Ketua Ketua Penasihat guru rumah sukan .. tidak ada rasa nak bergaduh , kata mengata .. antara satu rumah dengan yang lain dalam kawasan sekolah maupun di luar kawasan sekolah .. kerana kita semua adalah manusia bertamadun dan berpelajaran tinggi dari peringkat Sarjana Pendidikan (matematik) hinggalah guru guru yang hanya mempunyai pencapaian akademik Diploma Sains UTM, Diploma Sains UPM dan lain lain lagi. Kita semua hidup bahagia. Pelajar cina dan india pun faham semua peraturan ini. Cina kuat , cina akan dapat pingat emas. India kuat melompat jauh, dia juga dapat pingat emas. Sama besar emas itu. Sama mahal emas itu. Kau senyum , aku tepuk tangan ..tanda respect kat engkau berkaki panjang dan kuat. Aghhhh..
3) Aleh aleh selepas kita mengharungi zaman sekolah , kita berada kini dalam dunia kancah politik tanah air.
Pada tahun 2008 , ada EMPAT (4) buah negeri yang telah dinobatkan mempunyai hak sepenuhnya .. memerintah negeri negeri tersebut di bawah peraturan dan undang-undang negara di bawah kerajaan yang menghormati politik berfalsafah negara DEMOKRASI berkiblatkan kerajaan British di London .. seperti Kelantan di bawah Kerajaan Pas; Kedah di bawah Kerajaan Pas ; Pulau Pinang di bawah Kerajaan DAP dan Kerajaan Selangor di bawah Kerajaan PKR. Secara ringkas , negeri yang disebut tadi adalah negeri negeri di bawah kerajaan pembangkang.
Negeri negeri ini memahami .semua dasar pemerintahan di bawah negara demokrasi. Mereka saling hormat menghormati kebebasan memerintah kerajaan masing masing. Buktinya ialah : mengikut Ketua Pengarah Odit Negara .. baru baru ini bulan Sept/ Okt 2012, aliran wang keluar masuk di negeri negeri pemerintahan pembangkang adalah berada di tahap paling CEMERLANG. Kalau ikut budak sekolah kluster gred skor ialah A+ dalam subjek pemerintahan , ekonomik dan perakaunan duit masuk dan keluar.
Tetapi sayangnya ada sekumpulan manusia itu kan , itu kan , itu kannnnnn .. yang cukup cemburu dia dari siang hingga ke malam 24/7 sejak tahun 2008 /09 lagi .. dan sehingga kini .. kita orang yang tidak berpelajaran tinggi ..pun boleh bau / boleh cium .. perasaan hasad dengki dan mulut jahat se kumpulan manusia ini. Kenapa?
negeri negeri lain (di bawah pemerintahan BN - pro kerajaan) sibuk siang dan malam melalui media massa .. cuba mengorek dalam semua permasalahan .. dari peringkat kecil hinggalah ke peringkat (tak ada isu pun mereka mahu jadikan isu) besar.
Semua benda jadi masalah dengan dia ini dari negeri luar dari 4 buah negeri tadi.
3) Bermula dengan waktu malam jam 0801 minit Berita Perdana .. pembaca berita .. pun melepaskan berita berita sensasi .. isu air, isu sampah, isu ulat ulat terlampau banyak dalam kawasan sampah yg sudah lama tidak diuruskan oleh kerajaan Selangor, Pulau PInang, KEdah dan Kelantan. Isu tanah runtuh dek hujan di kawasan lereng bukit ..
Rasa rasa budak bodoh ...pun .. hairan .. mana ada tong tong sampah . yang tidak ada ulat sebesar jari manis , sebesar jari kaki .. dalam kawasan bernama sampah sarap dan terkini
isu .. kerajaan Pulau Pinang .. jual beli tanah .. kepada seseorang cina .. dan macam macam lagilah.
Kalau kita buat esei .. karangan Bahasa Malaysia di peringkat PMR, SPM dan STPM .. kita boleh menulis seperti laguuu ini
Bila orang sudah cemburu dengan orang yang berprestasi cemerlang A+ , apa apa pun yg orang cemerlang buat .. mereka mesti merasa tidak senang hati sekali .. dengan kita orang dari 4 buah negeri pembangkang tadi selagi negeri negeri ini .. mereka taklukinya kesemuanya semula.
(2 markah skema SPM B Malaysia). Tepat . Kerana .. fakta fakta menyebelahi penulis.
4) Common brother! tak tengok kah .. perasaan orang main sukan di sekolah sekolah itu di seluruh pelusok negara?
Mereka tidak ada gaduh apa apa pun .. kerana mereka .. saling hormat menghormati .. antara satu rumah sukan dengan satu rumah sukan yang lain. Rumah sukan kau , kau uruskanlah dengan baik. Rumah sukan aku , aku akan uruskan dengan baik. No hanky panky punya. Gua respect lu punya rumah sukan ma! Matlamat asalnya ialah kita mampu mengeluarkan atlet untuk sukan olimpik Brazil 2016 nanti. Bukankah begitu ..wahai guru guru dan pelajar pelajar ku sekalian? YES/NO?
Kenapa semakin tua ..kau orang .. setelah berjawatan tinggi .. semakin berpendidikan tinggi .. berkereta besar ke sana sini/ bertakhta dalam istana buatan sendiri
hati kamu tidak suci dan bersih lagi? Tak ingatkah engkau ajaran agama islam yg suci. Buang yang keruh , ambik yang jerneh .. janji pahala syurga firdausi orang yang dapat menerima hakikat .. bahawa negeri 4 buah itu ..sudah kepunyaan orang lain ... ( dengki dan hasad - adalah haram ) .. ajaran Nabi ..
Sudahlah itu brother? Kau olang tak ingat mati ka? atau kau boleh control MATI ?
He..he..
saya sekadar .. menyampaikan benda yang guarantee betul punya sahaja. Untuk pedoman orang islam yang sembahyang 5 kali sehari/ menunaikan ibadat haji / percaya benar benar ada Allah tuhan yang maha tahu segala segalanya/ tahu dengan sohih bahawa kita semua akan mati
berhentikanlah .. berita berita macam itu yg disajikan kpd kami rakyat Malaysia ini.
Kami dah cukup bosannnnnnnnn. STOP IT ! .
Wallahu aklam.
p/s: Saya nak berlari sukan sekadar mengeluarkan peluh ..ambik oksigen tepi tasik kecil buatan sendiri .. renung renungkan lah .. ok? Kita semua ada fikiran,akal dan tinggi budi, bukan?
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment