Hidup biar berjasa ..

Posted by sazali

Salam

Jika para pembaca budiman ada ingat pesan guru-guru/ ustaz/ ustazah di sekolah dahulu tentu tuan ada teringat kata-kata seperti  '..  buat jasalah kamu di mana-mana saja  anda berada'.

Topik hari ini ialah Buat Jasa.

2)  Kita boleh menabur jasa kepada negara tercinta ini dipangggil Malaysia dan jika ini kita lakukan sudah tentu jasa ini mengalir kepada rakyatnya bergelar ibu bapa, anak-anak, binatang ternakan, ahli masyarakat dan seterusnya.

3)  Saya rasa buat jasa kepada ibu ayah, adik beradik dan ahli masyarakat sudah lazim kita lakukan sejak dahulu lagi.  Contoh jasa anak-anak ialah membeli pampers untuk dipakaikan kepada ibu ayah yang sudah terlampau uzur.  Disamping itu juga ramai kalangan kita , memberi wang kepada ibu ayah untuk perbelanjaan mereka harian, mingguan dan bulanan.  Syukurlah.  Orang orang cina dan India pun ramai kalangan mereka berbuat jasa kepada ibu ayah mereka.  Jadi buat jasa adalah nilai sejagat yang diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat di dunia ini.  Rasa-rasanya elok dalam kesempatan waktu ini , saya menyentuh mengenai buat jasa kepada binatang haiwan pula.

4)  Panggilan haiwan ialah lembu, kerbau, keldai, anjing, kuching, ayam, itek, dan seterusnya.   Antara banyak haiwan yang ingin saya sentuhkan di sini ialah 'sang keldai di Pakistan'.  Pada tahun 1978/79 saya mengikut jamaah tabligh ke Pakistan / India selama 4 bulan.  Tempat lawatan pertama saya selepas Markaz Raiwind ialah Abbotabad, Rawalpindi, Pakistan.  Bersama-sama dengan saya pada hari itu ialah Dr Ir Shamsuddin Abd Latiff (ex-MCKK),  arwah Muhammad Abul Kassim (ex-MCKK), Prof Dr Mohd Azlan Hussein (ex-VI , UO Sheffield, England dan UM) dan ramai lagi pelajar melayu yang bercuti summer di england tetapi mengikuti jamaah tabligh dan dakwah ke Pakistan.

5)    Negara Pakistan terkenal dengan bukit bukau, gunung ganang , hutan rimba dari tropical rain forest dan yang paling bagusnya kebun kebun buah anggur dan buah delima, mangga bersaiz besar, Xtra besar dan XXXBesar. Sebut saja .. nak makan anggur dan delima , orang kampung di Abbotabad .. akan bersusah payah mencari dan menghidangkan buah-buahan tersebut selepas sembahyang isya' di masjid.  Itu adalah satu jasa baik masyarakat pakistan kepada rakyat malaysia. Alhamdulilah.

tetapi kali ini .. saya ingin membawa tuan pembaca kepada kes ..

saya terlihat se ekor keldai yang kurus sedang merangkak-rangkak menaiki sebuah lereng bukit.  Dari jauh bila bas kami bergerak dari pekan Abbotabad menuju ke sebuah masjid di puncak bukit tersebut .. saya terpandang .. tidak ada pergerakan apa apa yang telah dibuat oleh sang keldai tersebut.  Saya menjadi hairan.  Sejak tadi .. awal awal pagi ... saya fokus melihat sang keldai tersebut .. tidak ada perubahan dalam pergerakannya.  Perasaan hairan bin ajaib tiba-tiba timbul dalam hati saya.  Mengapa ya?

Bila bas menghampiri ..  keldai tersebut .. barulah terjawab mengapa keldai itu tidak bergerak langsung.  Nak tahu mengapa?

Jawapannya ada di bawah ini.

Sang Keldai itu ditimbuni dengan muatan batu bata yang banyak ke atas badannya.  Tadi jumlah batu bata (untuk kegunaan pembangunan rumah-rumah kediaman, kedai dan sekolah ) adalah sebanyak 1000 biji.  Sekarang jumlah batu bata ialah .. 2000 biji ..  jika tadi dengan muatan 1000 biji batu bata pun .. keldai itu tak terdaya nak bawa naik  menuju ke atas puncak bukit melalui lereng-lereng bukitnya .. manakan mampu ..  dia membawa 2000 biji batu bata ke atas puncak sana ..  Itulah persoalan saya?  Tuan Keldai pun menjawab ..   jangan bimbang .. keldai ini dah biasa membawa muatan 20,000 biji batu bata ..  pada satu hari yang lalu.

Saya cukup cemas melihat kesakitan yang dialami oleh sang keldai yang kurus  itu.  Ternampak dengan jelas air mata , warna air mata ... nya berwarna   keruh ..tebal dan tidak cair ..macam kita manusia menangis .. di saat saat kita sakit proses bersalin di ward hospital universiti.  Tetapi di sini , nun jauh tinggi di atas bukit .. saya menyaksikan secara hidup-hidup..  bagaimana manusia islam pakistan .. sedang memaksa se ekor keldai ..  dengan muatan yang tersangat-sangat berat ..  laksana memikul sebuah bukit batu bata .. untuk melakukan satu kerja yang mana sebuah lori toyota kecil pun tak terdaya nak lakukan.

---

Bas saya bergerak pergi ... menuju ke destinasi.  Tetapi ..  dalam benak fikiran aku .. bertanya dan bermain-main dalam kepalaku.. inikah bentuk ajaran islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w?

------

Senario manusia menzalimi binatang .. terlalu banyak berlaku secara berleluasa di negara negara islam dari Pakistan, India, Asia dan Afrika.
  MUngkin disebabkan kezaliman manusia ke atas binatang ini lah .. Allah menurunkan bala seperti kemiskinan, kebuluran, gempa bumi, peperangan bersaudara yang tidak putus-putus terutama di Pakistan sana.

---------------

Jika kita orang yang berjasa, sudah tentu kita tidak akan menzalimi seekor binatang pun apa tah lagi jika kita lihat dengan mata kepala kita sendiri bahawa ..  keldai itu sudah tidak berdaya lagi memikul 2000 ketul batu bata menaiki sebuah bukit , kakinya terlalu kurus dan bergoyang goyang menandakan dia sudah takmampu lagi  .. apa tah lagi target ..manusia untuk memuatkan ke atas badan keldai itu dengan 20,000 ketul batu bata sekejap masa nanti.  Memang manusia ini tidak berhati perut!  Tidak ada sifat kasihan belas langsung ..  jika keldai itu mampu bercakap ..sudah tentu dia akan berkata .. merayu rayu ..  SUDAHLAH TUAN ..sudah ..sudah ..tuan ..sudah tuan ..sudah ..  bunuh saja lah aku ..   tak larat aku nak bawak batu batu sebesar gunung ini menaiki bukit ini ..  bunuh saja lah aku ....

Di Amerika , sebuah kereta dipandu oleh mahasiswa sengaja melanggar bodoh se ekor ibu anjing yang sedang memberi anak anaknya .. minuman susu di waktu pagi saat winter sejuk.  Apakah ini sifat makhluk bergelar  manusia?

Di Calcutta, India,  ada pompuan-pompuan membuang anak anak kecil sejurus selepas keluar dari rahim rahim nya .. merah dan basah,  membuang ke dalam tong tong sampah di ibu kota manusia hindu.  Anak anak itu jadi makanan anjing anjing liar di kota tersebut.

---

Bila bercakap tentang sifat berjasa dan lemah lembut .. saya rasa tuhan Allah Robbul alamin ..tahu rakyat Malaysia ..terkenal dengan sifat belas kasihan se sama insan.

Sifat kasihan belas ini lah satu dari sifat dipanggil berjasa.  Buat jasa se sama makhluk Allah.  Dengan sebab ini, walaupun negara Indonesia ditimpa tsunami, Filipina dan Thailand dilanda banjir merah saban tahun tidak putus putus ..  INdia terkena kebulran makanan .. alhamdulilah Malaysia ..  Allah angkat semua bencana .. itu ..disebabkan .. kita adalah rakyat yang tahu berjasa/ timbang rasa.

Rasa rasa cukuplah .  setakat ini dahulu .. saya coretkan cerita mengenai jasa kepada haiwan .. di luar sana.  Kita kena ada sifat jasa iaitu kasihan belas se sama makhlukwalaupun ianya adalah kalangan binatang haiwan sahaja.

Sekian.

Wallahu aklam.
p/s:  dulu se orang  pelacor di masukkan ke dalam syurga hanya dengan sifat jasa , kasihan belasnya ..memberi minum kepada se ekor anjing yang kurus dan teramat dahaga di padang pasir Arabia.



  

0 comments:

Post a Comment