Banyak rugi masa

Posted by sazali

Salam

Ini adalah sudut Muhasabah Diri untuk diri saya terutama sekali dan sahabat-sahabat karibku  dari sektor kerajaan Malaysia.  "1Malaysia!"

Kakitangan kerajaan cukup beruntung.  Banyak kemudahan disediakan.  Salah satunya ialah .. mereka diberikan waktu minum pagi pada jam 1000;  waktu untuk bersolat jumaat jam 1230 thari dan ... macam macam lagi.

Tetapi kalau dipikir-pikir betul betul dengan menggunakan teropong orang mukmin , mukminat sejati ..  ada sesetengah kita membuang masa terlampau banyak setiap hari termasuk penulis ini.  Astagh firullah hala zeem!

Mathematically speaking ,  satu hari 1 jam membuang masa.  Gi sana gi sini semata-mata nak minum pagi, makan tengah hari dan lain-lain.  Seminggu dah 5 jam kita buang masa itu.  Sebulan 20 jam kita membuang masa.  Setahun 240 jam kita buang waktu.  Kalau servis kita dengan pihak kerajaan sudah berjalan selama 30 tahun .. ini bermakna kita dah buang  240 * 30 =  7200 jam waktu kerja.   Banyak dosa bukan?  Kita rasa berdosa kerana ..  kita manusia yang sembahyang 5 kali sehari siang dan malam.  Zon pencen sedang memanggil kita tanpa kita sedari.  Mu nok pencen dah!

Kita buang masa kerana :

(i)  canteen tak best kat tempat kerja (sekolah, politeknik, universiti, bangunan kerajaan dan lain-lain).  Yang tempat makan best adalah berada 5 kilometer dari opis kita; roti canai tampal tak ada kat opis kita;  amoi kat luar lg putih n gebu (kata oranglah).
(ii)  kita mempunyai ramai kenalan.  Kadang kadang gi minum ,  kebanyakkan masa orang lain yg bayar.  Itu bonus kita pergi minum kat luar
(iii)  bila kat luar , kita jumpa ramai anasir anasir subversif ..  macam komunis/ lanun/ pemberi "rasuah"
(iv)  kadang kadang rahsia opis terbocor dan kita membahayakan diri kita juga dan
(v) ingat tak SPRM?  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

----------------

Kenapa opis kita ..  jadi begini?  Payah nak jawab soalan ini.  Kalau jawab ..silap silap memakan diri sendiri.    He.he..

Kadang kadang di negara ini, ada staf mati dalam kecelakaan kemalangan  jalan raya kerana proses nak gi kedai makan parata hindustani berlauk curry kambing pada jam 10 pagi;  100 ptg atau 0400 ptg (minum petang).

Lagi pun , budak pompuan anak benggali itu kat restoran luar sana ..hidungnya cukup mancung mcm Lady D.

Susah nak control pasal budaya minum air dan makan-makanan  jauh jauh dari pejabat ini.  Ada cari excuse nak ambik anak kat nursery.  Ada staf nak ambil isteri - shif 1100 pagi dan lain-lain.  Sambil sambil kat nursery, ayah minum kat kedai benggali (roti tempayan).

Apa apa pun ..  jom kita slow slow berhentikanlah budaya tidak sihat ini.  Apa kata tuan hamba yang budiman?  Jom kita buat air sendiri di opis dan makan biskut merry.  Jom/  pahit bukann?  tetapi itulah pahala di sisi tuhan robbal alamin.  Kerja bagus adalah ibadat.  Bila ibadat bagus, rezeki kita 100% halal.

Kalau kita guru , banyak masa kita boleh tumpukankan untuk menanda buku pelajar-pelajar; bincang dengan orang orang atasan berkaitan dengan kerja.  Tak ramai bos yang berani tegur budaya gila di atas.  Why?  kerana bos orang luar dari sini.  Jika ditegur, nanti dia akan diboikot oleh staff  - susah dia nanti.  Bila musim boikot datang, payah bos (Pengetua, Pengarah) nak tidur malam runsingkan ..  moral staf semakin menurun dan menurun.  Kita sebagai ketua pun semangat nak kerja pun tak sekuat dahulu lagi.

Di pihak swasta, semua masa , setiap masa dikira dengan rapi. Setiap minit adalah wang.  Produktiviti kerja dijaga dgn rapi.   Ada kilang hanya benarkan staf melayu keluar sembahyang jumaat sekali dalam 1 bulan.  Why? nak control budaya 'enjoy' dalam proses cari makan, minum dan solat.  Nasib baik kita ada Sultan/ Raja Melayu.  Kalau tidak susah kita.  Ramai Staf swasta tidak dibenarkan keluar sembahyang fardhu jumaat / sembahyang 5 waktu terutama Subuh dan Asar .. kasihan mereka sembahyang asar dekat dekat dengan maghrib.  0650 ptg baru sembahyang asar.  Azab bukan?  Boss cina ..depa bilang.  Di tempat saya, jam 0400 ptg dah asar.  Ada staf yang .. mana hati mereka macam besi berani (magnet) dengan azan waktu asar. Dengar jer azan , cepat cepat depa bergegas ..menuju masjid jam 0415 ptg.  After asar solat .. mereka bergegas-gegas  pulang ke rumah.  Jam sudah menunjukkan 0500 ptg.  Waktu jam 0500 ptg opis kerajaan semua dah mula tutup.  See?  mathematically ..  banyak masa ..  betul ker kita buat kerja begini.  Kenapa tak extend sampai jam 0700 mlm.  Ganti waktu minum pagi dan solat asar tadi?  Tapi mengikut kajian di sini -  index happy ..  kaum / warga kerja Malaysia happy happy  .. teratas antara banyak banyak negara.  Kita happy kerana kita bekerja ikut otak kita.  Ikut selera kita.  Ikut sedap kita.  What say you Cikgu Mary?  U Sabah mari bukan?  He..he..  betul you cakap ..ramai orang kita tak pandai baca -  jam tangan.


Sedih bukan?  Sedih kepada rakyat jelata termasuk pelajar sekolah, student politeknik dan universiti.  Mereka menunggu lama ..nak mintak cikgu/ lecturer memberi  mereka bimbingan,  pemulihan dan macam macam lagi.  Dengan cara itu, pengajian mereka lebih cemerlang.  Kat tempat aku, PhP programming language tak faham faham lagi.  Apatah lagi ..bahasa pengaturcaraan Java, C++ , Visual Basic dan macam macam lagi.  Why?  ada staf sudah keluar dari radar / compound sekolah, politeknik dan universiti sejurus jam 12 atau 5 ptg.  Masya allah!   payah nak locate di mana mereka pergi.

Sekian.  Aku tulis untuk diriku jua.  Jom kita baiki muamalat kita mulai sekarang.  Boleh tak ustaz/ ustazah?    Nanti tuhan jatuhkan bala kepada kita dan ahli ahli keluarga kita. Salah satu bala ialah rezeki kita tidak berkat.  Anak anak selalu sakit tiba-tiba.  Hati kita tak puas dengan macam-macam walaupun BN janji nak bagi kat kita 1 bulan bonus lagi.  Ajaib bukan?  Al Fatihah.

Maaf saya menulis - untuk kebaikan kita bersama.  Itu jer/  tak lebihh dari itu.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment