Salam
Dulu orang barat kata , orang timur mengamalkan tatasusila yang tinggi tamadunnya dengan adab budaya , sopan santun dan bermacam-macam lagi. Tetapi kebelakangan ini sejak ada program realiti di hoskan oleh Abang Aznil , Program Scenario dan lain-lain lagi masyarakat disekeliling kita sudah sampai ke tahap biadap dan kurang sopan. Contohnya:
* banyak telatah 'buruk' ditukar menjadi lawak dan menjadi ikutan ramai belia-belia kita seperti memanggil ayah dan mak pakai nama mereka sahaja bulat-bulat
** kadang-kadang guru sekolah, darjah memanggil murid-muridnya pun , tidak diendahkan oleh pelajar-pelajarnya sedikit pun. INi adalah kerana sedikit sebanyak disebabkan sosio-ekonomi antara ibu ayah profesionnal dan guru -guru yang tidak sama
dari segi pengajian di universiti dan lain-lain lagi.
*** kadang-kadang Penasihat Akademik universiti memanggil pelajar-pelajarnya menggunakan e-mail, SMS untuk sesuatu maksud tertentu ..semua tidak diambil endah lagi bahkan tidak perlu dibuat penjelasan yang bijak. Yang sedih, data maklumat dalam file peribadi dipenuhi dengan nombor nombor hand set yang direka-reka oleh pelajar dengan restu ibu ayah mereka sendiri. Cuba tengok e-mail ini boytakendah2396@gmail.com; hasnahharunkampung_bonggol_cabang4_tokmenggoh3x5@gmail.com
* sepatah mak tegur, berbaris-baris ayat yang keluar dari mulut anaknya. Tidak sedar dahulu, bila keluar dari perut ibunya, badannya sebesar tapak tangan ibu dan ayahnya sahaja
** sepatah ayah cakap, semua anak-anak dan ibu lawan si ayah. Sebab itu semakin ramai sang ayah yang mati mengejut. Cuba buat banci secara improtu di kawasan-kawasan kampung , mana lebih ramai bilangan janda atau duda berumur 55 tahun ke atas. Kasihan si mati!
---------
Di waktu sekolah rendah, anakanak kita cukup berbudi bahasa. tangan kita berbau budu dan asam limau pun mereka sanggup mereka cium lama-lama. Tetapi bila mereka beransur-ansur belajar di sekolah menengah, matrikulasi, politeknik KPTM, kolej komuniti , universiti dan sekolah jururawat .. sikap mereka mula berubah dari banyak ajar kepada kurang ajar@tidak_beradab.
Mengapa yer?
------------------
Sekarang saya ambik sikap .. tidakbanyak sangat saya peduli. Bila time accident, mati kerana terlekat tulang ikan pun .. saya pura-pura berada di outstation sahaja. Ini senang saya lakonkan kerana mengikut IC saya , asal usul saya ialah KELANTAN.
Klau saya declare saya ada pun di dalam kampus, bila nak berhubung dengan mak ayah students, banyak nombor handset tidak ada tone apa-apa. Kalau ada , tidak diangkatnya. Kalau angkat , cakap cukup kasar. Bila tersilap call, kita jawab wrong number, mereka pakai letak ganggang telefon dengan kuat. Tidak ada , ucapan 'mintak maaf tuan'. Silap nombor itu.
Sekian. Pembaca saya boleh rasa .. siapa yang salah. Saya sebagai pensyarah universiti atau anda sendiri.
What say you?
Sekian. Wallahu aklam. p/s: kalu orang kata orang barat lebih beradab dengan Thank you, Yes Love, I am so sorry , Excuse me.. ramai orang orang kita tak percaya. Ajaib?
Pantun melayu
tegak rumah kerana sendi,
runtuh sendi rumah binasa,
sendi bangsa ialah budi,
runtuh budi , runtuhlah bangsa.
Tun Abdullah Ahmad Badawi 2005 Januari 11.
Salam
Tadi dapat panggilan dari sahabat lamaku .. tajuk .. kriteria mencari menantu perempuan ..
Berikut adalah kriteria hasil pembacaan / pemerhatian saya:
(i) 4 sifat mulia dari Rasulullullah - ada iman sejati, ada akhlak adab yang baik, dari keturunan yang baik-baik seperti ketua kabilah , imam masjid jameek, tok guru Al Quraan, para guru yang terbilang dan akhirnya ada rupa (cantik) sikit-sikitlah .. maka pilihlah .. yang ada agama. Tentu kalian akan senang hati tidur diwaktu malam dan senang hati jika pergi OUTSTATION insya allah. (Ilya Ulumuddin, 1980).
(ii) jika boleh adjust, cari menantu berdekatan dengan kita . contoh if we are kelantanese , then menantu kelantanese ok sangatlah. SEnang kita nok gi mari dengan mok ayah dio. Kuat persaudaraan kita. Bayangkan kito orang Gaal, pasir Puteh. Menantu kito dari Haidramaut , Yaman. Payoh tu ..nok gi mari ..time berbaloh .. baloh laki bini ini?
(iii) zaman sekarang .. orang nak ada kelas seghoti. If anak jantan kito ada masters UTHM .. menantu kito ada masters UTHM jugok lah. Nampak steady. KIto emak ayah boleh tumpang sokmo sokmo. Dia we pitih RM50 kat emak dio, anak kito pun boleh we jugok kat kito RM50 sebulan tanpa minta apa apa izin dari tok laki dio. Fair and square.
(iv) ada culture. If kita dari kalangan guru yang suka membaca itu dan ini, kita suka sparing partner kita yang datang dari kumpulan orang orang yang minat membaca. Bayangkan kita suka membaca, tok besan kito suko pelagor ikan sekilar / ayam jantan / sambung ayam/ lembu/ kambing dan lain-lain. Katakan dia suko memburu dalam hutan rimba di Gua Musang .. dan suka cari tongkat ali . Ok kor mu itu? Different culture
(v) size rumah tangga. Kita bungalow tiga tingkat. Anak menantu dari Flat Kuala Lumpur, Wilyah Persekutuan. Payah dio nak adjust dirinya mungkin?
(vi) jaga solat. jaga waktu sembahyang dan mengaji Al Quraan. Orang yang menjaga solat sepanjang masa , senang kita berbincang dengan dio. Boleh bertolak ansur. Berlebih kurang.
(vii) pandai memasak. Bila goreng nasi , rasa nasi gorenglah. Bila wat nasi lemak , after 30 minutes, hidangan darinya .. mempunyai rasa nasi lemaklah. Insyallah selamat kita semua.
(viii) pandai bergaul dengan orang orang tua. Kita dia anggap sebagai ibu asalnya juga.
(ix) tok besan kito PKR, sebelah rumah Izzah Annuar Kumpur ; dan kito PAS . Beres bos? what say you? laugh.
---------------------
Begitulah Hajjah. Tidak boleh tulis banyak-banyak. Nanti tergores hati pembaca. Maaf .. apa apa yang ada dipapar blog ini. SEkadar berkongsi-kongsi pandangan dan lain lain sahaja.
Lagipun saya ada 3 orang anak lagi yg belum mempunyai jodoh pertemuan. laugh. Bahaya.
Wallahu aklam.
Salam
Insyaallah , tidak berapa lama lagi anakku akan melanjutkan pelajarannya ke peringkat PhD. Oleh itu, saya mengambil kesempatan untuk menulis untuk nya dan .. untuk sekalian umat islam di seluruh dunia yang tahu berbahasa Melayu.
Insyallah.
Bacalah wahai anakku.