Aghh untung you

Posted by sazali

Salam.

pagi tadi jam 0700 pagi , saya ternampak isteri sedang baca Yasseen dan Surat Maa' surat .. maka saya pun berkata kepadanya ." aghh untung you .. bila u baca Al Quraan .. banyaklah pahala yang you dapat ..di awal awal pagi lagi ..bukan macam saya .. sibuk sangat nak buat conference paper ke sumatra.."

Dia pun balas ..

Saya dapat 1 pahala jer.

Sedangkan abah dia .. jika ada orang sumatera amalkan ..ilmu yang ada dalamk paper itu .. pahala abah .. akan berganda-ganda .. lagipun bilangan penduduk Sumatera, Indonesia .. mencecah setengah juta.


See? alhamdulilah tetapi .. saya tidak berhenti di situ sahaja. Saya masih membaca Yaseen ..secara hafalan sahaja .. semasa saya memandu kereta KELISA 1.1 horsepower ini.

He..he.. muga-muga kita dapat semua pengajaran dari dialog kami berdua ini.

2) Just came back from KONVOKESTEN anak pompuan kami SOLIHAH SAZALI dari UITM SHAH ALAM semalam. Tersangatlah penat. tetapi apa leh buat. Sebagai mak ayah kita mesti berkurban jiwa dan raga. Duit ? jgn cakaplah. Sejak dia kecil sampai sekarang ..duit rezki untuknya ..dari Allah sentaiasa ada lah itu. Tetapi .. Hujan sepanjang jalan malam tadi. takut jugak. rasa rasa kita dah nak masuk musim banjir dah ini. So berwaspadalah tuan puan semua. kemalangan ada di mana-mana. Tadi dalam majlis konvo, ada ibu kepada seorang arwah graduan ..naik ke atas pentas ambil skrol bagi pihak arwah anaknya yang paling disayangi. dari .. skrin besar, ternampak ibu itu mengesat air mata nya.. bila pihak UITM membaca ..pasal kematian anaknya Bulan Julai tahun ini. Tak sempat konvo kata orang . tetapi .. saya terharu jugak ..melihat .. Membuktikan kasih ibu ..sepanjang hayatnya. Ambik iktibar ..saudara saudari ku .. Kasih ibu?

Doa.
Wallhu aklam.

SKEMA GC PC guru cemerlang pensyarah cemerlang

Posted by sazali

Salam.

Sekarang tidak ramai guru guru yang orang mahu jadi guru skema atau Pensyarah Skema di universiti universiti tempatan. Tekanan dari kumpulan rakan-rakan sejawatan (PEER GROUP) memaksa seseorang itu ke arah tidak menjalankan sesuatu tugas secara terbaik sepanjang masa. Dalam erti kata lain tidak ramai mahu menjalankan tugas 100% untuk negara, bangsa dan agama secara terbaik dan terbilang. Hendak tak nak .. mereka mahu diterima ramai sebagai bukan guru cemerlang/ pensyarah cemerlang. SEnang diterima ramai sebagai orang biasa sahaja. Guru Biasa dan Pensyarah Biasa sahaja kecuali bila tiba satu musim mengisi borang untuk jawatan GURU CEMERLANG DG,44, DG48, DG52 dan DG54. Pengetua sekolah pun tidak terkecuali. Barulah sibuk sang guru dan sang pengetua nak isi borang dan cari bukti bagaiamana nak tunjuk kehebatan mereka masing-masing kepada pihak pihak atasan di PPD, JPN, KPM, KPTM dan .. . satu lakonan yang sungguh hebat bila hidup di dunia ini sebagai GURU?

Sifat-sifat bukan guru cemerlang/ pensyarah cemerlang (mengikut buku panduan Tugas Guru sekolah terbitan JPNK Kelantan, 1985) adalah:
a) tidak menepati waktu pengajaran. Masuk kelas, kuliah lambat dan keluar kelas, kuliah awal dari waktu sepatutnya
b) tidak menanda kertas kerja/ kerja rumah pelajar-pelajarnya secara jujur dan adil. Oleh yang demikian tidak ada jawapan yang skema, mengikut rubrik KPM, LPM dari guru tersebut untuk murid-muridnya buat sebagai panduan sekarang atau sampai bila-bila
c) tidak mengikut lesson plan / perancangan pengajaran 100% d) tidak patuh kepada Pengetua, Guru Besar, PK-PK atau lebih tepat lagi
d) tidak peduli sama ada rezkinya itu halal atau haram dari konteks hukum syarak agama islam yang suci murni

---------------

Jika ini terjadi maka tidak hairanlah sekarang ini ramai pelajar tidak menghormati ibu bapa, guru, ustaz dan sesiapa sahaja. Maka terjadilah kes-kes di mana seorang ayah sanggup menyimbah asid ke muka anak-anak gadisnya sendiri, suami membakar isteri berumur 28 tahun hidup-hidup dengan minyak tanah angkara sedikit salah faham dan dengki, anak-anak membunuh ibu dan bapa mengkhianati ibu tersayang seperti memukul ibu sampai mati. Punahlah masyarakat. Punahlah bangsa melayu, islam dan budaya tamaddun manusia seterusnya.

Hairan bin ajaib .. bila ada profesor terkenal pernah berkata .. semua orang boleh mengajar apa apa subjek tanpa perlu menerima latihan mengajar pun .. Kita sudah dihidupkan sebagai guru pada bila bila masa sahaja. Percaya tak kata-kata itu? yang pentiing ialah buat penyelidikan .. dan publish papers dalam jurnal berwasit. Ada impact factor.

Sekarang ..saya .. mengeluh sambil mengurut dada sendiri.. sifat terpuji ..tidak lagi dinilai tinggi oleh bangsa kita sendiri .. semua dijadikan bahan ketawa ..lawak .. Besar kemungkinan tahap keimanan islam semakin hilang dari diri kita masing-masing secara individu dan beramai-ramai yang masih hidup atau mati. Dulu iman kita setebal kulit bawang merah ..sekarang mungkin semakin nipis dan nipis dan .. terus tarak punya.
Senang tembus.

Saya pernah bertanya .. anak anak ku ..sendiri ..kau tak suka budak lelaki itu Minah? .. Aghhh.. tak.. dia skema Bah! Ajaib? orang yang rajin ke surau, masjid, sekolah, pandai berbudi bahasa di kalangan orang-orang tua dipandang skema oleh anak anak ku sendiri yg dilatih bersembahyang 5 waktu sehari, mengaji Al-Quraan sejak berumur 4 tahun lagi sanggup berkata begitu. Apatah lagi anak anak dari keluarga yang hanyut dengan ICT dan internet. Mungkin inilah kesan pendidikan di sekolah, maktab, universiti kita .. sebuah negara islam contoh di dunia ini. Aghhh entahlah ..apa sudah jadi dgn kita semua. Nak kata kita hebat Universiti Terbilang pun tak , nak kata kita SBT .. sekolah budak terbilang ., SPT sekolah pelajar terbilang seperti KISAS, Klang, Selangor pun tak. SBT = sekolah budak tidur bah .. , kata anakku .. // We are neither there nor here!

Astagh firullah hal aziim.. Bertaubatlah saudara-saudaraku semua. Jom ambiklah skema itu sebagai matlamat hidup kita supaya Allah redha kpd kita ..Istilah Skema ada tersurat dalam ayat 1 hingga 3 surah Al Mukminin dan seterusnya 4 ayat Surah wal Asriii. Cuba baca dan hayatilah ..please.

Wah llahu aklam.

Majlis Senarai Dekan FSKTM UTHM 2010 2011

Posted by sazali

Salam

Petang ini 27 OKTOBER 2011 Jam 0345 ptg bertempat di Dewan Kuliah 1, Perpustakkan Tertinggi di JOhor , UTHM , saya diminta berucap di hadapan Yang Dihormati Dekan Prof Dr Rosziati Ibrahim , Dekan FSKTM. Saya wakil pensyarah-pensyarah cemerlang dari fakulti FSKTM yang baru saja mengetahui memperolehi skor salah satu "P" Pengajaran n Pembelajaran skor 5.00 dari 5.00 .. dalam bahasa mudah .. tersangatlah bagus proses penyampaian syarahan kuliahnya itu sepanjang sesi pengajian tahun 2010/11 ini. Ha..ha..ha... Alhamdulilah. Syukur nikmat.

Tak sangka betul boleh dapat skor sebegitu cemerlang. Ingat ..staf lain apa lah kurangnya. tetapi .. Allah Maha kaya .. saya diminta berucap sekadar 10 minit di depan Dekan, Timbalan Dekan, Prof prof , Prof-prof madya , KJ-KJ, .. , dan barisan ibu bapa yang datang dari jauh jauh segenap pelusuk tanah air.

Tetapi sebelum saya cakap macam-macam , saya kasi sikit 'jet' ucapan tahniah kepada Dekan Prof yang membawa pulang Pingat Emas Penyelidikan dia dari Festival BIS 2011, LONDON. Tahniah Prof Dr Rosziati. Bila nampak dia happy sikit barulah kita ..teruskan dgn item-item ..ucapan setetusnya.

Wushhh..berdebar jugak ..berucap ..depan mereka. Tetapi saya berucap dalam Bahasa Inggeris ..supaya .. barisan ibu bapa pelajar-pelajar yang cemerlang ini - dia orang ..respect kita kat UTHM pun bisa bertutur dalam bahasa mendiang Steve Jobs Apples Corporation dari USA. he..he..

The points saya sebutkan ialah:

1) untuk mengajar 1 jam kuliah, saya prepare 10 jam membaca dan membuat rujukan. Betul-betul aku bersedia.
2) ajar betul betul supaya ilmu kita , pelajar IT boleh gunakan dengan baik dan sempurna sepanjang hayat di mana mana sahaja mereka berada - Cambridge, Harvard, Chennai, Shanghai.
3) Allah Maha Adil ..jika pelajar india bernama Jaya Kumar struggle sungguh-sungguh .. dia akan dapat senarai Dekan, jika Tey Pin Pin struggle bersungguh-sungguh .. dia akan merasa Deen's list ..dan begitu jugalah jika pelajar melayu bernama Abdul Rahim struggle betul-betul ..dia akan juga menikmati senarai dekan yg hebat ini. Allah maha Adil. Tidak ada diskriminasi ilmu Allah ini.
4) jika saya diberi peluang mencari kerja sekali lagi pada umur 30 tahun sekali lagi .. saya tetap akan memilih kerjaya seorang guru / pendidik/ pensyarah politeknik/ pensyrah universiti UTHM lagi dan lagi. Mengapa? saya suka berkongsi-kongsi ilmu dan pengalaman hidup dengan pelajar saya dari seluruh pelusuk dunia. Kita ada pelajar antarabangsa tau?
5) saya - syukur- alhamdulilah - adalah in-born teacher. Saya bercerita ketika saya berumur 9 tahun ..saya diminta mengajar kakak umur 12 tahun .. subjek apa Matematik - topik apa - Pecahan/ fractions jer. upah sebulan? 1 rm sebulan. Dengan duit itu saya membeli akhbar strait times ..rm0.15 satu naskhah pada masa itu. tahun 1965 - 1968. Berkat duit tuisyen itu .. kemahiran bahasa inggeris saya mulai digilap ..dan cinta saya pada bahasa inggeris mulai berputik. Dari akhbar inggeris ..saya berjinak-jinak dengan novel ' To Sir with Love' dan seterusnya menonton filem Sydney Poiter ..guru berkulit hitam di slum area manchester. Yes. Guru.

See? syukur i think i can talk and motivate the audiences. Yang penting biar barisan ibu bapa pelajar-pelajar cemerlang ini ..respect kita semua staf akademik FSKTM yang mana universiti kita beralamat Peti Surat 101 Parit Raja, Johor jer.
Ahhgghh ..apa lah ada pada nama ..yang penting UTHM mempunyai ramai staf akademik yang cemerlang dalam semua lapangan. Insyallah.

Sekianlah laporan serba ringkas dari saya yang cemerlang mengajar ini memperolehi 5.00 dari skor penuh 5.00. Susah nak ulangi .. performance macam ini. Payah . Dalam subjek apa? he..he.. surprise surprise surprise .. Metodologi Penyelidikan Projek BIT 3343 .. tengok tu ..subjek tahun akhir .. ijazah sarjana muda Teknologi Maklumat ma.

Wallah hu aklam. May Allah forgives me .. a lot if I did say something wrong just now. Astarg firullah.. hal azimmm.