SKEMA GC PC guru cemerlang pensyarah cemerlang

Posted by sazali

Salam.

Sekarang tidak ramai guru guru yang orang mahu jadi guru skema atau Pensyarah Skema di universiti universiti tempatan. Tekanan dari kumpulan rakan-rakan sejawatan (PEER GROUP) memaksa seseorang itu ke arah tidak menjalankan sesuatu tugas secara terbaik sepanjang masa. Dalam erti kata lain tidak ramai mahu menjalankan tugas 100% untuk negara, bangsa dan agama secara terbaik dan terbilang. Hendak tak nak .. mereka mahu diterima ramai sebagai bukan guru cemerlang/ pensyarah cemerlang. SEnang diterima ramai sebagai orang biasa sahaja. Guru Biasa dan Pensyarah Biasa sahaja kecuali bila tiba satu musim mengisi borang untuk jawatan GURU CEMERLANG DG,44, DG48, DG52 dan DG54. Pengetua sekolah pun tidak terkecuali. Barulah sibuk sang guru dan sang pengetua nak isi borang dan cari bukti bagaiamana nak tunjuk kehebatan mereka masing-masing kepada pihak pihak atasan di PPD, JPN, KPM, KPTM dan .. . satu lakonan yang sungguh hebat bila hidup di dunia ini sebagai GURU?

Sifat-sifat bukan guru cemerlang/ pensyarah cemerlang (mengikut buku panduan Tugas Guru sekolah terbitan JPNK Kelantan, 1985) adalah:
a) tidak menepati waktu pengajaran. Masuk kelas, kuliah lambat dan keluar kelas, kuliah awal dari waktu sepatutnya
b) tidak menanda kertas kerja/ kerja rumah pelajar-pelajarnya secara jujur dan adil. Oleh yang demikian tidak ada jawapan yang skema, mengikut rubrik KPM, LPM dari guru tersebut untuk murid-muridnya buat sebagai panduan sekarang atau sampai bila-bila
c) tidak mengikut lesson plan / perancangan pengajaran 100% d) tidak patuh kepada Pengetua, Guru Besar, PK-PK atau lebih tepat lagi
d) tidak peduli sama ada rezkinya itu halal atau haram dari konteks hukum syarak agama islam yang suci murni

---------------

Jika ini terjadi maka tidak hairanlah sekarang ini ramai pelajar tidak menghormati ibu bapa, guru, ustaz dan sesiapa sahaja. Maka terjadilah kes-kes di mana seorang ayah sanggup menyimbah asid ke muka anak-anak gadisnya sendiri, suami membakar isteri berumur 28 tahun hidup-hidup dengan minyak tanah angkara sedikit salah faham dan dengki, anak-anak membunuh ibu dan bapa mengkhianati ibu tersayang seperti memukul ibu sampai mati. Punahlah masyarakat. Punahlah bangsa melayu, islam dan budaya tamaddun manusia seterusnya.

Hairan bin ajaib .. bila ada profesor terkenal pernah berkata .. semua orang boleh mengajar apa apa subjek tanpa perlu menerima latihan mengajar pun .. Kita sudah dihidupkan sebagai guru pada bila bila masa sahaja. Percaya tak kata-kata itu? yang pentiing ialah buat penyelidikan .. dan publish papers dalam jurnal berwasit. Ada impact factor.

Sekarang ..saya .. mengeluh sambil mengurut dada sendiri.. sifat terpuji ..tidak lagi dinilai tinggi oleh bangsa kita sendiri .. semua dijadikan bahan ketawa ..lawak .. Besar kemungkinan tahap keimanan islam semakin hilang dari diri kita masing-masing secara individu dan beramai-ramai yang masih hidup atau mati. Dulu iman kita setebal kulit bawang merah ..sekarang mungkin semakin nipis dan nipis dan .. terus tarak punya.
Senang tembus.

Saya pernah bertanya .. anak anak ku ..sendiri ..kau tak suka budak lelaki itu Minah? .. Aghhh.. tak.. dia skema Bah! Ajaib? orang yang rajin ke surau, masjid, sekolah, pandai berbudi bahasa di kalangan orang-orang tua dipandang skema oleh anak anak ku sendiri yg dilatih bersembahyang 5 waktu sehari, mengaji Al-Quraan sejak berumur 4 tahun lagi sanggup berkata begitu. Apatah lagi anak anak dari keluarga yang hanyut dengan ICT dan internet. Mungkin inilah kesan pendidikan di sekolah, maktab, universiti kita .. sebuah negara islam contoh di dunia ini. Aghhh entahlah ..apa sudah jadi dgn kita semua. Nak kata kita hebat Universiti Terbilang pun tak , nak kata kita SBT .. sekolah budak terbilang ., SPT sekolah pelajar terbilang seperti KISAS, Klang, Selangor pun tak. SBT = sekolah budak tidur bah .. , kata anakku .. // We are neither there nor here!

Astagh firullah hal aziim.. Bertaubatlah saudara-saudaraku semua. Jom ambiklah skema itu sebagai matlamat hidup kita supaya Allah redha kpd kita ..Istilah Skema ada tersurat dalam ayat 1 hingga 3 surah Al Mukminin dan seterusnya 4 ayat Surah wal Asriii. Cuba baca dan hayatilah ..please.

Wah llahu aklam.

0 comments:

Post a Comment