Just sharing my worry Pusat Islam universiti

Posted by sazali

Salam.

Dua tiga minggu yang sudah saya terbaca satu sepanduk besar di dalam/luar kampus ..

entah apa lah .. tak berapa ingat saya - boleh jadi tajuk ceramah oleh staf Pusat Islam Universiti .. tetapi salah satu perkataan nya adalah dalam bahasa inggeris/// perspektif ke apa tah?

2) My worry ..risau saya bukan .. bahasa itu .. tetapi .. kenapa kita nak sangat menggunakan istilah yang mana , mungkin ramai orang-orang kita sendiri mungkin tidak memahami istilah tersebut. Alangkah baiknya ..jika Pusat Islam ..menggunakan istilah yang mudah-mudah supaya orang orang biasa dan orang ramai memahami nya ... dan dapat bertindak dengan pantas, berkesan ..dan Allah redha dengan sekalian usaha murni kita itu.

3) Salah satu kerisauan saya ialah .. mengapa universiti/ pusat Islam ,..tidak .. memberi ceramah/ panduan ..bagaimana anak-anak gadis dapat menunaikan sembahyang 5 waktu .. semasa menaiki bas express/ kereta api KTM/ dalam tempoh yang agak lama .. semalam-malaman katakanlah.satu-satu perjalanan itu contoh dari UUM , Sintok, Kedah ke Bandar Batu Pahat, Johor.

ini sebagai satu ilmu juga supaya ..pelajar-pelajar ini dapat menjalankan ibadah sembahyang .. dengan sempurna dan selamat.

Mengikut permerhatian saya ... ramai pelajar perempuan tidak mengerjakan sembahyang terutama Sembahyang Subuh. Ini adalah kerana isu-isu keselamatan, susah nak tukar-tukar kain dalam, seluar dalam dan lain-lain lagi .. cuba check keadaan stesyen bas Batu Pahat Johor dari Jam 0500 pagi hinnga 0630 pagi. Stesyen bas ini ditutup. Tak boleh masuk ke surau. Bagaimana itu?

Saya rasa ..mereka ini perlu dimaklumkan lah .. bagaimana ..nak mengerjakan sembahyang subuh jika keadaan ini berlaku dan sebagainya. Tidak ada lagi orang orang yang lebih pandai kalau tidak orang dari universiti untuk memikirakan isu terbesar ini. Walaupun stesyen ini mungkin orang persendirian yang punya ..tetapi ..jika kita ada sedikit worry , risau (macam Nabi Muhammad s.a.w. di saat-saat wafatnya baginda ..dia ada sebut ..banyak banyak kali ..ummati ummati ummati ..wahai umatku, umat ku? ..) . Bila kita ada worry dan bertindak secara berkesan ..saya rasa kita dapat menyumbangkan banyak benda ke atas kesejahteraan pelajar-pelajar universiti , kolej komuniti, politeknik, maktab perguruan , pelajar pelajar sekolah ..dan macam-macam lah yang singgah ke bandar ini. Satu lagi .. keadaan tandas public di Bnadar Batu Pahat ini.. status / keadaaan nya sangat lah dhaif setanding dengan standard tandas di negara-negara yang berada di dalam kancah peperangan .. ada tandas tak ada pintu yang boleh ditutup, air menitik ke atas kepala manusia semasa membuang air besar/ kecil, najis tak boleh di flush dgn baik, ada tali untuk flush tetapi jika ditarik kuat .. putus lah tali itu, mangkuk tandas pecah, semi pecah, air najis bertangkung .. , busuk ..menjejikkan .. macam dalam pasar babi cina tahun 1950 - 1960'an jer, adush,,, ..jer. Duit kutip ..30 sen ker .. tetapi itulah standard tandas public sebuah negeri, sebuah negara , yg .. selalu kita dengar nak sangat status first class country/ first class nation/ top ranking universiti THE. Cuba jenguk gak keadaan surau di stesyen public batu pahat ini.. carpetnya .. berbau satu macam jer.. cukup menyedihkan . Keadaan begini lah seseorang pelajar yang datang dari jauh .. menimba ilmu ijazah/ diploma selama 4 - 5 tahun di universiti terkenal yang berada tidak jauh dari tempat ini. Saya merayulah apalah salahnya ..jika pihak majlis perbandaran/universiti .. buat satu usaha ..supaya ..keadaan tandas , surau di bandar Batu Pahat ini terutama steyen bandar BATU PAHAT inidapat .. dipertingkatkan lagi dan lagi .. biar semua orang gembira. Boleh guna duit tabung masjid kita itu? Derma warga universiti .. tak leh kah kita adjust ..masukkan ke dalam projek ..baiki tandas public di bandar Batu Pahat itu? Just tanya jer. Kalau tak boleh pada hari ni // bagaimana nak biar dia boleh .. digunakan di sana? Worry lah sikit?

4) Insyalalh dengan cara ini// ramai orang-orang perempuan, gadis-gadis islam kita dapat sembahyang dan ..kesannya .. banyak maksiat dapat dibendungkan. Insyallah.

Sekarang kita kena ajar pelajar-pelajar benda-benda yang praktikal sikit ..senang nak buat .. jika mereka pakai jeans .. pakaian ketat.. pakai make up // bagaimana nak mengerjakan sembahyang 5 waktu ini.. di tempat-tempat awam. Atas kapal terbang// kereta api express // bas express yang mana pemandunya orang-orang kafir dan ada juga ramai pemandu melayu yang sengaja tak mahu beri ruang untuk sesiapa yang nak bersembahyang.

Sekian. Saya harap tulisan saya ini ..dapat .. reaksi yang positif. Maaf jika sesiapa yang tersinggung .. apa apa lah.

Maaf banyak-banyaklah. Benda yang baik ni ..kadang-kadang pedas ..seperti ubat batuk zaman dahulu lah..rasa nya tersangatlah pahit ..tetapi itulah ubatnya yang mujarab.

Wasallam. wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment