Buat medic tak ada life

Posted by sazali

Salam.

Kami berkesempatan melawat anak kami di UIAM, Kuantan , Pahang Ahad yang lalu. Kami melawatnya atas dasar cinta kasih seorang ibu bapa ke atas anaknya. ITu sahajalah modal pertemuan kami warga tua bila datang menjenguk anak-anak di seluruh pelusuh tanah air.

2) Di hotel, nampaknya dia kuat study (siapkan assignments).. dan melihat cara ketekunan dia menelaah nota-nota pelajarannya .. mungkin betul kata-katanya '..buat medic mak ..tak ada life'. He..he.. maklumlah kena tahu sesuatu 'anatomy' secara tepat dan perfect sokmo-sokmo (always). Tak banyak kami sempat berbual-bual maklumlah dia sibuk belajar sedangkan kita sangat nak berbual-bual macam-macam. Modal banyak ni .. kerana mak bapa dia baru jer pulang dari Labuan dan KK.

3) Kalau nak ada life mungkin anakku kena buat kursus perguruan sahaja kot contohnya buat kursus B.ED (HOns) Mathematics in education in UPSI. Tugas guru lain sedikit dengan tugas seorang doktor. Guru sentiasa berdamping dengan masyarakat. Ada kematian, ada kelahiran adalah guru. Tetapi doktor .. tak serapat guru dalam sesebuah masyarakat. Tetapi .. belajar nak jadi doktor .. tugas besar kita sebagai seorang mukmin. Siapa lagi yang paling tepat nak ubati, operate orang-orang islam (wanita contohnya) kalau tidak kita umat islam sendiri?

Belajarlah sungguh-sungguh anak-anak ku. Hargailah peluang yang Allah berikan .. lagipun kerajaan melalui JPA dah berjanji nak kasi biasiswa sepanjang pengajian mu di sana. Hanya doa berpanjangan dari ibu ayah sepanjang perjuangan mu sebagai seorang doktor + dai. Abah tawakal saja. We do everything for you .. but Allah is the one who decides .. whether at the end of the day you gonna be a doctor. Ameen.

All the best my son.
Wallahu aklam.

2 comments:

  1. K.N.Syazwani said...

    My parents must have felt the same... Setiap kali balik cuti, I just study in my room, study study study... They must have been missing me so much and wanted to talk to me a lot...yet there I was, at home but not with them... i regret it now, thanks...i'll spend more time with them after this, I promise...

    -another medic student-

  2. sazali said...

    Wish you well trainee doctors and doctor -to-be.

    Ameen.

Post a Comment