Carry mark dah siap pun saya buat

Posted by sazali

Salam.

Syukur saya dah settle, langsaikan urusan kira markah 'carry mark' untuk kalian.

2) Kalu nak tahu, tengok sahajalah kat depan pintu opis saya mulai hari ini Selasa 19 APRIL 2011 Jam 0300 ptg ke atas.
3) Tahniah pada mereka yang dah skor 50 markah ke atas dan takziah pada mereka yang skor kurang dari 30 markah dari 60. Jangan lupa exam membawa 40 lagi markah. So jumlah kesemua markah ialah 100 peratus.

4) Saya mengambil 40 markah dari TEST 1, 2 dan 20 markah sahaja dari QUIZ, ASSIGNMENTS, Kehadiran dan Penglibatan dalam kerja-kerja tutorial sepanjang semester ini. Jika tak berpuas hati .. sila datang berjumpa saya membawa semua bukti. jangan risau. Sedasyat dashat saya , tak lah sedasyat FIRAUN laknatullah di zaman mesir purba dahulu kala itu.

Insyallah saya akan cuba usahakan supaya tuan/puan semua cemerlang sebelum masuk ke dewan peperiksaan lagi. Tetapi awas , jika tuan kecundang dalam kedua-dua bentuk ujian ..besar kemungkinan anda tidak mampu .. membawa markah ini ke zon yang lebih selamat dan cukup selesa menuju ke tarikh peperiksaan akhir tersebut exam. Akhir kata . Saya dengan penuh rendah diri sebagai guru kalian selama 1 semester ini ingin mengucapkan SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2010/2011 kali ini. MUGA-MUGA BERJAYA.

Wasallam

0 comments:

Post a Comment