Kesan FB facebook

Posted by sazali

Salam. Tabiat saya suka membaca dari A sampai Z / muka surat depan hingga akhiran// dari sebuah akhbar berbahasa melayu di tanah air ini. Jika berbuat demikian baru berbaloi membeli akhbar BH bernilai RM1.50 sehari hari. Salah satu berita saya terbaca ialah kesan FB dan kes penceraian yang semakin menjadi jadi dalam masyarakat islam sekitar umur 26 ~ 56 tahun di negara ini yang mana dunia arab telah memberi jolokan kpd negara ini negara islam misali.. Bayangkan orang tua berbangsa melayu pun pun nak buat hal dan tak teragak-agak nak bercerai jugak. Mesti ada pasal ni? Contoh mak chik umur 56 tahun .. feeling macam umur 25 tahun jer. Kena pulak , angin di sini sepoi sepoi bahasa membawa berita sensasi sana sini. Bagus tak? Entah lah. Bila FB bertindak sebagai medan menumpahkan feelings anda dan andai , menjumpakan kekasih lama antara satu sama lain. Walaupun masing-masing dah ada anak yang sudah besar panjang .melalui FB mereka kembali bercinta. Tak pahamnya saya? Apalagi depa nak. Ustazah Fatimah Zahrah (ASTRO TV) selalu menggunakan ayat ini .. apa lagi org lelaki ni nak? serupa sahaja kan? Confuse saya ..apa yg dimaksudkan dengan 'serupa ni'. (laugh). Tambahan pula sekarang ada handsets dan AIR ASIA. Satu lagi fasilitos ialah jarum tajam syaitan wa iblis. 2) Untuk mengelak bala penceraian maka saya syurkan supaya ..jangan sentuh FB di waktu malam after 0800. Insyallah selamat sedikit ancaman dan godaan semua benda yang terasa macam-macam semut semut , serban serban meresap deras dan laju ke dalam saluran darah kita lelaki dan perempuan. 3) Saya banyak berjumpa dengan kawan-kawan lama , umur 40 - 50 tahun , yang mengaku , tidak suka menggunakan FB. Bahaya .. tersangatlah bahaya. Sekarang saya akui semua itu. Insyallah saya akan mula ambik berat pasal ini untuk kepentingan saya sekeluarga/ zaman pencen yang bakal mendatang/ dan zaman kehidupan saya dalam dunia kubur insyallah. Kita doakan bersama-sama supaya semua umat islam terselamat dari kesan negatif teknologi dan FB ini. Berita sejemput ..tiba2 jadi teramat panjang ..dunia mengumpat dan fitnah. A u zubillah. Betul tak? 4) Bertaubatlah kalian. Dulu kita suka membaca Al Quraan bersama-sama dgn anak-anak. Kita tidak pernah miss berzikir beramai-ramai. Kehidupan kita cukup selesa dan bahagia. Tak cukup wang pun tak apa. Kita cepat redha dgn apa yang ada. Semua anak-anak hurmat kat kita. Cium tangan kita selalu selalu jika ingin ke mana-mana. Sejuk hati ibu bapa jika anak dara kita umur 28 tahun tahu pulang ke rumah sebelum maghrib walaupun berjawatan tinggi di awan biru. Sekarang? Walaupun rumah kita macam istana, tengok.. Allah telah cabut semua itu dari alam rumah tangga kita - semua ketenteraman , keserdahanaan, sifat qonaah dah mula hilang satu per satu , .. , anak-anak tak peduli siapa anda walaupun poket anda penuh dgn wang ringgit, .. ayuh kembali lah kpd amalan amalan agama .. tambahkan sembahyang sunat seperti Dhuha, tahajud, witir dan banyakkan masa menghafal doa-doa masnuun .. demi untuk syurga abadi abada. Fokuskan hidup kita bermula dengan sembahyang subuh berjamaah di masjid-masjid, tadah lah telinga kita sikit sikit dengan pengajaran kitab dan hadith dari mimbar masjid se tiap malam. Kita belajar sikit dari masjid dan bila pulang ke rumah ..kita sampaikan apa yg didengar kpd anak-anak bini kita. Guarantee Allah pulihkan semua kekosotan otak dan rasa ketidak puasan hidup ini. Kepuasan hidup ada pada kuasa Allah sepanjang masa. Ayuh selamatkan diri kita semua dari tekanan hidup dek internet, FB, chit chat , poco-poco, gedek-gedek para ibu bertubuh badan seperti 'GB'... a u zubillah min zalik. Sebelum berpisah ..saya mohon maaf jika ada terkasar bahasa. Wallah huaklam. AL_FATIHAH.

0 comments:

Post a Comment