Malunya PKDM Malaysia

Posted by sazali

Salam. Sudah 4 , 5 hari rakyat malaysia dan dunia dikejutkan dengan penangkapan 52 orang pegawai kastam di raja Malaysia. Mengapa? Rasuah. 2) Malunya kita .. bangsa melayu. Umat Islam akhir zaman. Umat islam yang tak leh tahan dengan godaan wang ringgit, emas dan kehidupan berpura-pura. Mengapa berpura-pura> ? Maklumlah belajar tak tinggi mana, tetapi stail kehidupan macam the rich and the famous. Seingat saya .. saya ada kawan .. belajar setakat STP, HSC sahaja.. tetapi sekali tu saya melawat rumah tangga dia .. wow! tercenggang saya. Mengapa? Dia mampu berkereta Volvo baru, BMW, kerusi set .. import ITali. Jam tangam ROLEX. Aku? Casio jer. Bawak kereta Proton Wira 1.5 GL jer. Belajar matematik luar negara. Bentang idea .. maths ..computing di atas pentas dunia ..akademik ..Italy, Greece and Spain. Tetapi duit.. cukup cukup makan jer. Maklumlah anak 6. Semua bersekolah. Dia pun sama juga. Aku tanya dia? How kau dapat hidup macam Dallas Ewing ni? He...he .. dia kata smart living/ smart working. Sekarang dah terjawap lah ..semua lakonan pentas dunia di markaz kastam seluruh negara. Duit tu berhantu dan buat ramai orang ketagih. Lagi diberi lagi nak. Tak cukup-cukup. Kan sudah orang ramai bilang .. berhentilah. Rasuah itu ..bahaya. Tengok apa dah jadi tuan hamba? Sekian. Kita tunggulah .. hisab di dunia ini. Tak kan ..semua mereka akan terselamat .. tak kan tak ada se orang pun yang akan dibuang kerja dan dipenjara 10, 20 tahun. Malu kita bangsa melayu , islam ... itu dah dengar khutbah 1 kali seminggu ..kalau tak dengar khutbah jumaat ..apa lagi yang tuan mahu? Bertaubatlah. Ini semua satu lesson untuk semua umat islam di malaysia. Tak kira kerja kecil atau besar. Orang makan rasuah akan dimalukan di dunia ini lagi. Sekian. Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment