Giliran tuan guru menjawab komen-komen anak buah dia

Posted by sazali

Salam. Sebagai student ijazah, anda sepatutnya mampu: a) belajar sendiri. Lecturer tunjuk skop topik / subjek ..latihan -latihan itu kau carilah sendiri b) nota-nota piawai subjek telah pun diedarkan kpd saudara-saudari. Saya supplement dgn contoh-contoh yang baik dari buku rujukan Johnsonbaugh/ Schaum's Series sahaja c) Universiti ambik students yang telah melepasi tahap kelayakan minima. So tidak timbul , students itu lemah ataupun tidak. Mungkin mereka sudah diiktiraf sepandai students di Harvard dan Oxford. Mungkin. d) ini bukan sekolah menengah KPM. Lecturers bukan berperanan menyuap sahaja apa yang patut ..mengikut saiz perut studentsnya. Pandai-pandailah cari ilmu tu. Pergi library, pinjam buku dan buat latihan dari situ e) assignments saya beri tapi ramai yang hantar pada tarikh 'overdue'. Payah saya nak program waktu saya untuk menjalankan research/ consultations dgn org2 luar f) Fakulti memberi amanah kepada saya - jam 0100 tengah hari Khamis - kuliah maths. Sayangnya ramai antara anda tidak datang tepat pada masanya. Sekejap saya mengajar, ada lagi students yg baru sampai dgn assalamualaikumnya. Mereka memberi ucap selamat sejahtera kpd tok guru yang telah memulakan majlis kuliah. So saya mengajar laju .. memang matematik subjek org ngajar laju laju. klau nak slow motion , kena buat degree Architecture di Univ of Sheffield. Slow dan slow profs dia mengajar. then u go to the church and draw parts of the buildings from the church from many angles. Pakai sabun buku 'chap tongkol' dan buat model-model gereja atau .. tempat menarik. Architect buat kerja gitu lah ..slow2 tetapi cukup rapi punya. g) Waktu jam 0100 tengah hari tak sesuai buat lecture maths? tetapi itu lah yang diberi oleh fakulti kita. terima sajalah. bilik kuliah dekat dgn masjid univ. bila time azan zohor. kita berhenti sebentar. after that we kena go fast to kejar masa dan make sure .. topik boleh cover dgn sempurna. h) saya jika tanda any papers / assignments/ quiz dan test // saya selalu guna 'see me' remarks. Itu sebagai tanda saya nak tolong anda supaya lebih pandai dari saya lagi tetapi sayang .. org2 yg dapat 'SEE ME' tak datang-datang pun. Kalau ada yang datang .. mereka datang seperti gerabak kereta api. ramai ramai nak jumpa saya .. Where got road? Bilik lecturer kecil, sempit dan yang paling rimasnya ..no window. Lemas???? i) subjek matematik di peringkat universiti ialah subjek orang-orang 'dewa' jer. Belajar discrete pulak tu. See discrete start with "d' ... in short it means a subject for the dewa-dewa bangsa greek seperti aristotle/ pathagoras/ issac newton // dan filosofer islam kharazmi .. so saudara kena asah otak tu ..biar tajam dan lebih lebih tajam lagi dari hari ke hari. j) ada yg complain pasal bahasa inggeris. Bagus . tetapi apa leh buat .. lecturers yg ada di universiti awam.. kebanyakkannya belajar dari universiti luar negara pada zaman muda mereka. Bahasa mereka dah banyak ikut .. cara mat salleh dah. If nak belajar maths dgn bahasa malaysia ..tunggu sikitlah.. tahun 2020 ~ 2030 .. generasi awaklah. Mungkin ramailah lecturers yg datang dari Indonesia, Malaysia dan Brunei. So u wait sikit lah. Tunggu umur saudara dah masuk zone 30 ~ 35 tahun .. baru buat degree. Semua univ awam menggunakan bahasa ibunda insya allah. Sekian sahaja respons dari saya ini. Yang baik dari Allah yang telah mengurniakan otak geliga kpd kita (sikit-sikit ini) .. so org panggil kita students universiti .. dan yang silap silap tu (hati anda may be terasa sikit, sakit ker).. maaf banyak-banyak .. saya pun manusia juga. Tidak sunyi dari kelemahan ( otak makin tumpul, lutut makin longgar, mata makin kabur, suara semakin menghilang .. dan white board kita dalam lab tu pun makin hari makin ..bergoyang.) Adush. Banyak yg tak 100% sempurna. Buat tutorial maths dan makmal komputer. Layar skrin besar tetapi saiz whiteboard tersangatlah kecil. Wasallam. Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment