Ajaran agama sesat - tajuk khutbah

Posted by sazali

Salam

Today tajuk Khutbah ajaran agama yg sesat. Ada jugak Pak Khatib sebut Ahmadiah. Ajaran dari Benua Arab. macam-macam lagilah.

Entah apa motif khutbah ini. Yang peliknya saya dapati rakyat kita makin hari

1) terlampau sibuk .. dengan cari makan, cari duit dan gitu-gitulah
2) oleh sebab kesibukan yg melampau-lampau , ramai .. org kita tidak menjaga solat 5 waktu
3) oleh sebab kesibukan yg melampau-lampau, ramai anak-anak terbiar begitu sahaja
4) oleh sebab ada ibu bapa yg mengambil 2 3 jenis kerja sehari/ maka pendidikan agama dan pembinaan akhlak islam dirinya dan anak-anaknya diabaikan.

Pendapat saya lah .. mana ada ajaran sesat ni? Kalau sesat pun ..mungkin tak sampai pun 10% jer di negara ini. Tragedi terbesar ialah perkembangan dan masalah sosial .. merangkumi 4 perkara di atas tadi. Mengikut satu kajian , UKM , 85% muda mudi islam tidak menjaga 5 kali solat sehari semalam. Ini lah .. rakyat sesat! berkiblat kepada kepentingan material bukannya ajaran agama sesat. Apa pendapat pembaca yang budiman? Iman kita semakin luntur. Iman kita kepada Allah sudah makin hari makin nipis. Apakah yang pihak kerajaan akan lakukan?

Semalam .. di seluruh pulusuk negara ini ada pak menteri .. tekankan supaya rakyat mesti serious dengan menambah jumlah pendapatan keluarga seharian, mingguan, bulanan dan tahunan. kerana harga barang akan terus naik .. nampak nya kerajaan tidak boleh buat apa-apa dah secara efektif. Harga minyak naik .. maka toke-toke cina akan terus hisap darah kita semua rakyat malaysia .. Target mahu jadi negara maju dan termaju. Oleh yang demikian .. perkara 4 di atas ..akan terus berlaku dan tidak ada kesudahan. Mana ada cerita .. ajaran agama sesat ni? Kena buat dakwah. Ajak manusia kembali ..mengamalkan ajaran islam yang sudah sedia ada. Sembahyang 5 waktu sehari .. lelaki sembahyang di masjid. Simple. Ajaran islam suci murni. Mana ada yang sesat.

Nampaknya .. tajuk khutbah .. tidak relevan dgn masalah sosial kita seharian. Rujuk 4 perkara di atas tadi. Patut Jabatan Agama tulis khutbah yg lebih baguslah sedikit / relevan dan boleh kita sama-sama laksanakan. Jika tidak ..patutlah ramai makmum tidur jer dalam sesi khutbah tadi. Boring. Selepas sembahyang ..terus ke kedai makan dan hilang terus kesan (jika ada) khutbah jumaat pada hari ini, minggu depan dan seterusnya. Penyakit kurap kita .. diceritakan ..ubat kuda untuk buat kita kuat berlari dan terus berlari. (satu anologi ini).



Macam mana? Apakah yg kita patut kita sama-sama lakukan sebagai umat islam tua dan muda? patutkah kita berada begini sahaja? Jom ..bantulah jamaah dakwah di seluruh dunia. Jangan sekat sekat. Jika tidak ..nah bala .. sudah datang. Rujuk 4 perkara di atas.

Renung. dan fikirkanlah.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment